Jumaat, September 05, 2008

PEROKOK RINGAN

Engkau orang miskin. Engkau tidak layak hisap rokok. Itu mesejnya. Pemerintah pemerintah berproganda bahawa depa boleh halang orang tidak berduit hisap rokok dengan cara membasmi jualan rokok kotak 7 batang. Lepas itu diharamkan jualan rokok bukak dalam tin. Tidak cukup lagi, tahun ini ada ura-ura mahu haramkan kotak 14 batang pula.

Pemerintah bukan peduli sangat kesihatan rakyat. Pemerintah sebenarnya mata duitan mahu mengenakan cukai lebih dengan kotak besar. Statistik yang disorokkan menunjukkan orang mahu hisap rokok, mereka tetap hisap rokok. Kempen halus rokok memiskinkan anda dengan memahalkan rokok tidak pernah berjaya. Kerajaan senyum mengaut untung dari cukai dosa.

Jika pemerintah prihatin dan ikhlas mahu jaga kesihatan aku, rokok bukak dan rokok 7 mesti dipasarkan semula. Dengan ini tidaklah memaksa perokok ringan seperti aku membeli kotak 20 batang kemudian dengan gelojohnya cuba menghabiskan semua sebelum lemau.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Karate Tengkuk: Kenaikan Harga Rokok dan Anda oleh Kumprinx, Penganalisis Ekonomi dan Politik Bebas.

8 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Saya cuma berharap saya akan lebih memahami perasaan seorang perokok :)

tasekM berkata...

tok, darling ai beli rokok guna courier... meroyan gamaknya... ai rasa nak karate je budak courier tu...

berhenti sajalah tok... ai akan terus beri sokongan...

:)

DeanSham berkata...

pemerintah nak suruh perokok semua mati cepat agaknya, sebab tu depa tak bagi jual batang2, hahahahaha!!!

rasso berkata...

Perokok yang baek khususnya yang ringan2 ajer tu akan selalu sedekah rokoknya pada rakan serokoknya....

tu yang gomen nak....

azie berkata...

ai sokong merokok ni. merokoklah banyak2. sekali hisap, pat ploh batang pun takpe. baru nampak, gaya, mutu dan keunggulan.


lagipun, kalau tak de perokok, sape pulak nak sokong industri tembakau kita. itu hujah perokok tegar.

Yana Ismail berkata...

I cadangkan you berhenti merokok. Supaya angin2 tepi laut tidak menghembuskan asap rokok pada i. hik2..

Sekian terima kasih:)

Tok Rimau berkata...

Princess,
I janji. Jika jalan dgn u lagi, I tidak hisap rokok. Sumpah.

Azie,
Majulah Agrotek!

rasso,
Rokok pool macam Car pool?

dean,
kalau perokok semua mati, siapa nak bayar cukai? nak tampung pembinaan jalanraya?

tasik,
saya masih mencuba. dah 20 tahun dah mencuba.

lily,
Tidak perlu fahami kami. Cintai kami.

Yana Ismail berkata...

Jangan mungkir janji ok?. Nanti kena sumpah si sumpah-sumpah:)ha ha ha.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...