Jumaat, September 12, 2008

SUPIR


Sekali-sekala je menyampuk bila Mak, Mak Long dan Pak Long berbual. Aku cuma warga karbon, bukan emas. Jadi, titik temu topik perbualan selalu selisih. Malah, komedi mereka pun susah aku mahu faham. Sebagai supir, aku banyak menumpukan kepada jalan raya.

Ini adalah rombongan balik kampung dari Kulai ke Senggarang, Batu Pahat. Pak Long duduk depan sebelah aku, dan Mak dan Mak Long duduk belakang.


Kalau aku ikut kehendak sendiri, aku pasang CD Hip Hop Ahli Fikir tetapi Pak Long mahu dengar Klasik F.M. Aku akur. Dengar hip hop nanti, sakit jantung Pak Long datang menyerang pula.

"Klasikkkkkkkkkkkk F.M. Tut. tut. tut. tut. Jam 2 petang. Inilah Radio Malaysia, Kuala Lumpur. Berita disunting oleh Jamilah Sidek. Mula-mula berita penting.

Tiga lelaki rentung dalam satu kebakaran di Pekan Kuah.... Punca kebakaran masih belum dikenalpasti."

"Apa la susah sangat. Punca kebakaran pun tak tahu." Pak Long memang suka mengulas berita dalam radio.

"Apa puncanya Pak Long?"

"Punca kebakaran? Api la. Ha! Ha! Ha!"

"Ha. Ha."

Ketawa aku tidak bersungguh tetapi ketawa jugalah agar tidak dianggap budak kurang sopan terhadap lawak warga emas. Ish. Dalam hati aku seinci lagi nak pasang Hip Hop Ahli Fikir.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Unique Shopping Bags
10 Commandments of Facebook

18 ulasan:

rasso berkata...

ha ha ha...

lawak tu tok...

tak ngaku tua la plak....

Nida Shaari berkata...

Ha ha ha..

Macam kes punca banjir la ek?

Nazri berkata...

Tok, aku pernah berpengalaman dari Penang ke KL dengar keroncong sepanjang jalan. Aku tak boleh buat apa-apa.

Tak perlu ganja untuk high tatkala sampai saja di KL.

Jangan Ahli Fiqir, Iron Maiden jauh sekali.

BuRuuj berkata...

hahah...lawak tue..
ape la tok nie. best tau klasik fm. sy pun dengar.
agak2 tok percaya x? hehe...

Feeyona berkata...

ada kawan aku kan tok - orang muda tapi dengar klasik fm. Kalau naik keta dia, tahan je la telinga ni. sampai satu tahap saya takleh nak dengar, terus je tukar punat siaran lain. hehehe.

btw, pak long u tu lucu la

Jimmy Ang berkata...

betul apa yang pak long tu cakap! hahaha!

Tok Rimau berkata...

rasso,
Jangan tua sebelum waktu.

madulebah,
Yup. Punca banjir- api
punca jam- kereta
punca Pipi - Hilang punca

Nazri,
Teringat penumpang aku kata, "Encik kalau nak bunuh saya, tikam sahaja. Jangan seksa saya dgn keroncong."

Buruj,
Sapa dengar klasik-fm, dapat laki tua. hi hi hi.

Kayu,
Ish. Jgn langgar undang2. Stesen radio adalah hak mutlak driver.

Zeemi,
Pak Long buat jantung gua terbakar.

jagoan berkata...

Kelucuan Pak Long turun pada Tok. Cuma minat Tok akan sama nanti dengan Pak Long bila Tok juga menjangkau usia seperti Pak Long.

Dunia ini kecik je.
Tapi Pak Long buat lawak tu...

dugongsenyum berkata...

best apa klasik fmmm

snm | snm berkata...

tok
saya gelak sungguh2 ni
bestnya kalau blh kenal pak long Tok R (^_~)

Lily Abdullah berkata...

Tok saya masih lagi dalam percubaan untuk mendengar klasik fm.Malangnya jika, si dia pasang siaran radio retro pun saya marah.

Saya nak denangar radio 24 jam tuh. Sebab pasang rentak musik terkini.

hohoho..tak sedar diri sungguh saya.

tasekM berkata...

punca kuasa dua 14 berapa tok?



errkk...

neeta berkata...

ju rasa..pak long tu mungkin berpotensi menjadi buaya tembaga kelas 5. Lesen laut dalam dan bahaya untuk perahu-perahu kecil.heheheheh........

BuRuuj berkata...

laki tua? tok ke? hi hi hi...;)

saudagar gaRAM.. berkata...

KLASIKKKK NATIONAL..
KLASIKKKK NATIONAL..

SEGALANYA DISINI,
MENGGAMIT MEMORI..


gua layan jugak klasik national..

Tok Rimau berkata...

Garam,
Kau boleh kawan dgn paklong aku.

buruj,
Hi hi hi. Belum mampu.

neeta,
Paklong tak boleh jadi boyapren. Dia baik.

tasik,
soklan cepuemas lain tak de ke? Tok bukan Adi Putra.

Lily,
Pilihlah jalan yg lurus. Tune to IKIM. Pandai berusrah pulak kita ni. Hi hi.

Snm,
Jangan tamak. Kenal anak sedara paklong cukup la.

dugong,
best hingga berbuih telinga.

ahtok,
kita mesti hormat orang tua kerana mereka muda lebih lama dari kita.

Yana Ismail berkata...

Nak dengar lagu hip hop ke lagu MATAHARIKU?Alaahai;)

azie berkata...

kelakar lah tu..ok pe..


takpe, jaga hati orang tua. macam ai selalu jaga hati u:P

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...