Selasa, September 09, 2008

USTAZ SELAMAT MASUK TV

Kebelakangan ini, aku sering dituduh bersengkongkol dengan setan. Tapi, malam tadi orang yang bersengkongkol dengan setan ini tonton ceramah agama di TV1. Jangan tidak percaya.

Sedang aku loncat dari satu saluran ke satu saluran lain, ternampak muka Ustaz Selamat. Dia pakai kot kali ini.

"Bank dari barat pun sudah meniru cara pengurusan kewangan Islam. Banyak bank sibuk promosi Pebankan Tanpa Faedah. Sebenarnya bukan Pebankan Tanpa Faedah. Siapa nak buat kerja, jika tidak berfaedah?"

Aku ketawa. Begitulah Ustaz Selamat yang aku kenal. Dia dulu mengajar aku semasa aku buat Masters. Cakapnya selamba tapi penuh kelakar sinis.

"Sebenarnya, panggillah Pembankan Tanpa Riba. Baru betul."

8 ulasan:

saudagar gaRAM.. berkata...

Tok, ustaz selamat masuk tv ke atau keluar tv??

hahahahahahhaaa.....

jagoan berkata...

Apa kejadahnya kalau semua bank guna konsep islam tapi Bank Negara masih ada unsur riba'. Sebab tu saya simpan duit di bawah bantal. :D

rasso berkata...

Prof Selamat tu ajar wa dulu usul fiqh.... alahai~

huh~

azie berkata...

hi hi hi.sape cakap u macam setan?

err, tapi u tengok ceramah tu sebab ustaznya, atau sebab topik pasal kewangan tu?ehehe

Tok Rimau berkata...

Garam,
Entah la. Aku nampak dia dalam TV.

Ah Tok,
Duit mempunyai nilai bila dibelanjakan, bukan bila disimpan.

Rasso,
Utz fevret wa tu.

Azie,
Tok dengar ceramah tanpa sebab.

roserose*MrsYusof* berkata...

Wah Tok ,sudah tak kunci blog ini ya!

Dah cukup target 100 ke?

A t i Q a h berkata...

Bulan puasa...tak ada dah setan nya. Sebab tu you ada seru untuk dengar ceramah agama. Ehehehe.

Bank2 tu nak tunjuk, wlaupun tak da faedah, tetap mau berkhidmat untuk pelanggan. Kot..

tasekM berkata...

hahaha. sungguh betul ustaz tu la....

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...