Jumaat, Julai 10, 2009

CAKAP SIANG

Klik foto untuk lihat foto-foto belakang tabir.

Tuan pengarah suka tunjuk kami video-video yang dia pernah shoot. Juga ditunjukkan kepada kami video dia on location filem bapa saudaranya, Prof. Madya RM.

Kami kata, "Mmmm."

Kemudian, atas video itu ada satu imej seorang aktres cantik sebagai subjek tetapi di belakangnya ada seorang kanak-kanak perempuan bergigi besar sedang tersengih macam kerang busuk. Sengih itu sungguh dominan sehingga mencuri perhatian walaupun dia bukan subjek sebenar.

"Poyo betul budak gigi yang enter frame ni," komen pengurus produksi.
"Hoitt! Itu anak aku la," marah tuan pengarah.

Selepas dari itu, jika kami nak kutuk mana-mana watak dalam video yang ditunjukkan, kami tanya dulu, "Ini saudara engkau ke?"

Hi! Hi! Hi!

9 ulasan:

azie berkata...

salah tmpt nak melaser,ahaha

test berkata...

hahaha, jaga jaga tok...
pengarah sedang memantau...

Tanpa Nama berkata...

He he he!

noorafzan.blogspot.com berkata...

haha~

tanya dulu baru kritik ek..
bagus idea tuh..

Bazinga berkata...

budak gigi? adeh lawak~~lawak~~

Unknown berkata...

tulah ...lain kali cakap bertapis sikit,he..he...

A t i Q a h berkata...

Ngeri gambar tu.

lalink7 berkata...

wahh..bestnyer kalu dapat ikut g set..hoho

BuRuuj berkata...

Tahniah tok! sikit masa lg, glemer la tok yer?? Lgpn mmg ini kesukaan tok..apepn, smga lebih cemerlang membikin filem yg ada mesej..all the best!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...