Selasa, April 29, 2008

POI POKAN



"Roll camera! Action!" jerit tuan pengarah, Dean Sham.

Ini bukan petikan filem pendek Mengait Bintang tetapi parodi TV realiti bertajuk Mencari Jalel (Mencari Menantu + Malaysian Idol). Kami cuma main-main depan kamera untuk menghabiskan tape video. Video penuh parodi ini adalah 15 minit. Tetapi untuk kalian, 1 minit dipersembahkan di atas.

Konsepnya hampir improv di mana banyak ruang kosong dalam skrip bagi membolehkan pelakon berspontan. Terlalu senang untuk terlajak lidah dalam format ini. Masa kamera merakam, kru semua menahan mulut agar tak berderai gelak.

3 watak juri, 4 watak peserta. Dan aku memegang watak hos program. Nabil memegang dua watak, juri dan peserta. Untuk bahagian Nabil sebagai peserta, dia diberi kata kunci "loghat nogori" dan "monyet."

Dalam topi juri, Nabil memuji gaya, mutu dan keunggulannya sendiri sebagai peserta. Kemudian dia kutuk kow-kow, "Kenapa kau terloncat-loncat macam monyet?! Aku sumpit bontot kau nanti." Tersentak dengan dialog spontannya sendiri, dia tersengih dan menoleh ke arah tuan pengarah. Dia tanya, "Eh! Boleh cakap bontot ke?"

Nabil tahu setiap penerbitan ada garis panduan moralnya sendiri. Tertumpah juga gelak yang diempang oleh bibir dan gigi kami. Kami tahu garis panduan moral kami pun ke laut. Dan kamera masih rolling kerana pengarah belum jerit cut lagi.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pangea Day (May 10): Pangea Day is a global event bringing the world together through film.

12 ulasan:

A t i Q a h berkata...

Bagus. Spontan punya lawak yet sensitive. Hmm...

Yana Ismail berkata...

Poi Pokan,
Naek basikal,
Tongah hari, Tongah paneh,
Apo dayo motong gotah,
Apo nak dikato.lalala..
Mari nyanyi.. :)

DeeN berkata...

Punggung lebih supan. Ha Ha H Haaaa..!!!

Megat berkata...

tapi klu disobut mengikut lorat nogori... agak enak kedengarannya kan!?

Faisal Nordin berkata...

Tok, Mai dok Maskara minggu ni?

Fotokahwin.com berkata...

tok, hiburan tambahan untuk di tatapi http://www.youtube.com/watch?v=RCVeR7uMQHQ&feature=related

azie berkata...

best2!nabil nyanyi my feveret song,huhu..

tok nak dgr saya nyanyi??
ish..TAKKANNNNLAHHH tok tak nak dgr??

Tok Rimau berkata...

Atiqah,
Lawak yang tak sopan tidak boleh cerita depan perempuan. Tidak manis.

Princess,
Tengah nyanyi la ni. Sambil menari buat gaya kayuh basikal.

Deen,
Aku sumpit pungkoq hang. ha ha ha. lagi sopan.

Mogat,
Masa tu dia dah terlajak masuk loghat sabah bah. Bah bah black sheep.

Ice,
Perbincangan kita selalu tak kesampaian. Tok ada kenduri yg perlu dihadiri.

Ranis,
Kelakau betul Botlinggam tu.

Azie,
Kalau you sudi dendangkan, apa salahnya. Menari sekali tau. Jangan keras cam tunggul.

[ madey ] berkata...

Bler ader selection lg cmtuh...?
nak daftar...! hahaha

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro, we sure had fun on this one didn't we? hehehe..

Jemput dtg jd reader blog baru gua.. Finally took ur advice :)

test berkata...

tok, baru aku tahu improv tu adalah mengisi ruang kosong.
aku dah oder BALO, x sampai sampai pun?
x sudi jual dgn aku ke?

artisticklytouch berkata...

ha ha gilo den golak guling2 kat opis neh

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...