Selasa, April 01, 2008

DUET AJAN & RIMA

Foto: Nina Pop berduet dengan Tok Rimau membaca entri Ajan dan Rima dari buku Ayah Kita Bos.

Aku terima jemputan dari KITA untuk baca naskah sempena gig anti-dadah, Kami Tidak Lalai. Aku tahu ini bukan khalayak biasa untuk bacaan naskah. Jauh dari sasaran tetapi aku adalah aku. Tidak sekarang, bila lagi?

Aku pun baca entri dari buku Ayah Kita Bos secara solo dengan diiringi petikan gitar tong seorang sukarelawan (Madey). Entri yang aku pilih sudah diuji sebelum ini di rumah Pena dalam acara Maskara. Entri ini mengigit di Maskara tetapi belum diujikan dengan khalayak lain.

Mata khalayak ini macam mata kucing disuluh lampu kereta dalam gelap malam. Bersinar tanpa ekspressi. Mereka tidak tahu sama ada mahu tepuk tangan atau mahu baling botol. Seperti yang dijangka, mereka tidak faham aku.

Aku tidak salahkan mereka. Mereka datang untuk muzik indie. Baca naskah adalah seni yang asing bagi mereka. Malah, baca naskah juga seni yang asing bagi Malaysia.

Aku tukar strategi. Aku cari seorang sukarelawati membantu aku. Aku pecat pemain gitar dan panggil pemain drum pula (Tak ingat nama dia). Aku pesan dengan dia untuk bagi kami drum roll dengan cymbal setiap kali sampai punchline. Dan itulah yang dia laksanakan.

Aku dan Nina Pop berduet. Kami baca entri Ajan dan Rima dari buku yang sama. Kali ini lebih seru. Nina Pop menghayati watak dengan cermelang. Ada reaksi positif dari khalayak.
Perlu awek cun juga naik pentas untuk menghangatkan suasana. Alahai!

Usai aku baca naskah, 14 band indie pun membuat persembahan. Dengan riuh-riuh bingit muzik, tenggelam vokal. Butir-butir lirik lagu-lagu indie yang kelemasan dalam muzik pun bukan khalayak faham sangat. Apalah salah jika disajikan baca naskah, lagi satu perkara yang mereka tidak faham. Kan?


Glossari:
1. PENA : Persatuan Penulis Nasional
2. MASKARA: Malam baca naskah sindiket sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Senarai laman web untuk penulis yang serius.

13 ulasan:

Aku berkata...

memang ianya asing,KITA akan ketengahkan nya..pasti akan jadi sesuatu yang baru dan meyeronokkan..

Yana Ismail berkata...

Best tok dan Nina baca naskhah. Terutama part 'jahatttt' tu.Hihi. Way to go!=)

rasso berkata...

auwww....

I dengar your fan club (Kancil Clan) jer yang gelak time tok kat stage... tu sebelum Ninapop nak stage...

Lepas tu, barulah khalayak sedar perihal 'JAHAT' sambil Rima tepuk Ajan kat pentas....


Jaaaaa....haaat! (tepuk ajan)

Aku berkata...

mereka masih baru dengan pendedahan ini..lain kali mereka pasti suka dan tertunggu-tunggu!!!

yusrihashim berkata...

aku terlepas lagi nak tgk Tok Baca naskah..chess..nie gara-gara lelaki epal yg lambat sampai maklumat..:P

::.. a t i q a h ..:: berkata...

Masa tok atas pentas, mata saya melilau tengok reaksi orang. Ya, memang ibarat mata kucing...
Nanti, kalau mau lebih sorak dari peminat yang hok come nok mapuh ni, bagi makan kenyang-kenyang. :p

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

wah baca dengan makwe..boleh le kasi ejas sikit untuk gua hahaha - live dr seberang

Layla Haq berkata...

Mungkin juga silap majlis.

Tapi tak mengapa, selepas ini menjadi tanggungjawab tok [dan orang-orangnya] menjadikan majlis ini pelbagai. Seperti MASKARA yang mula menjadi sebutan.

Tok Rimau berkata...

Popnina,
Mungkin orang-orang muda pun hauskan sastera tetapi mereka tiada alternatif yang mudah diminum.

Princess,
Lain kali angkat tangat kalau nak volunteer.

rasso,
Kalau Tok main gitar karan, mungkin diorang gelak.

Radio,
Bila kau nak amik gambar Tok? Nak tunggu tok eksiden kat street baru nak snap street photography?

Atiqah,
Saya mahu fans yg bawak banner- "Marry Me Tok R!"

Pipi,
Tak cukup-cukup ke supply kretek kat KL, sampai kau kena ke seberang?

zalila,
Bila kami ada Maskara Selatan, jemput dtang.

azie berkata...

tok tak pesan suh bawak banner tu..kalau tak, kiteorang wat hand made banner utk tok tau. hugs n kisses lagi tu..auWW!

tasekM berkata...

tok tak nak baca naskah kat melaka ker??..

Pegang Cahaya berkata...

waaa sangat bagus.. kenapa saya tidak mengetahuinya.. nina perform mesti best.. teruskan usaha untuk mendidik anak muda kita agar mereka mengetahui semua itu dengan lebih mendalam melalui acara2 yang pastinya mereka sangat teruja.. =)

penunggucahaya.blogspot.com

husni berkata...

suka baca naskah

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...