Sabtu, Ogos 30, 2008

ESEMES PIEMES

Di wajah Nora Zain ada bintik-bintik jerawat kecil. Semalam tidak ada.

Ketika makan malam dia salahkan engkau kerana kelkatu jatuh dalam jus epalnya. Dia juga salahkan engkau kerana nasi ayam lewat sampai. Malah, dia juga menyalahkan engkau kerana hari ini hujan renyai.

Pulang dari makan malam dia menghantar beberapa SMS kepada engkau. Tuduh engkau itu ini lagi. Maki engkau itu ini lagi.

Engkau balas dengan satu SMS sahaja. SMS itu kosong tanpa apa-apa batang huruf. Engkau harap dalam lambungan gelombang kekacauan jiwanya, dia masih boleh mentafsir bahawa engkau tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Engkau diam seribu bahasa.

3 ulasan:

rasso berkata...

pakai ajer senjata diam tu...

efektif dan efisyen... ;)

A t i Q a h berkata...

Bintik-bintik jerawat tu mungkin sebab PMS. Ngeh3.

snm | snm berkata...

pernah dpt balasan SMS kosong stlh ber"page page" sms dikarang dan dihantar.
chissss~~~
macam mahu campak hp rasanya

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...