Selasa, Ogos 05, 2008

KIFARAH

"Macam mana boleh jadi macam gini?" soal Wak Sayuti sambil menyeluk tangan ke dalam minyak urut.

"Entah la Wak. Cedera lama campur cedera baru. Terpaksa pula berjalan jauh dan berdiri berlama-lama."

Aku rasa seperti orang kurang upaya. Kaki aku lumpuh. Aku tidak upaya berlari atau berjalan. Aku cuma boleh duduk dan baring sahaja. Terlentang. Meniarap. Inilah kifarah kepada dosa yang bertimbun. Agaknya.

Berulang-alik Johor Bahru - Singapura pada waktu puncak adalah pengalaman yang menggetirkan. Ramainya manusia membuat laluan menjadi sesak. Sesak untuk pejalan kaki, sesak untuk motor, sesak untuk kereta, sesak untuk bas dan tambah sesak untuk lori. Tiga hari aku berulang alik kerana ada kerja di Singapore Management University buat kaki aku terpaksa berkerja keras. Menjerit-jerit betis aku yang bunting kelapa ini.

Perkara yang menyeksakan adalah terpaksa turun dari bas sebelum bas sampai di pusat pemeriksaan. Penumpang bas terpaksa berkira-kira dalam kesesakan lalulintas, bilakah masa paling untung untuk turun dari bas. Kalau turun cepat sangat, jauh la perjalanan. Jauh perjalanan, luas pandangan dan dapat penat. Kalau nak tunggu bas beratur dalam sesak untuk sampai ke pusat pemeriksaan, sempat beruban la janggut. Perkara lain yang menguji kesabaran pelintas sempadan adalah menunggu passport dicop oleh kastam Singapura. Mesti berbaris selama 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada ramainya manusia. Muka masing-masing macam zombie.

Semua ini aku tempuhi dengan lutut kanan bekas tercedera kerana main bola keranjang dan buku lali kaki terseliuh kerana terpijak lantai yang tidak rata. Hasilnya, bila aku habis bertugas pada hari keempat, aku tidak mampu menginjak untuk berjalan tanpa rasa sakit yang sengsara. Aku jadi demam dan tidak boleh berjalan. Lumpuh.

Apabila sakitnya sedikit reda dan aku boleh bertempang-tempangan, Dean Sham bawa aku ke Parit Sikom untuk berurut di rumah Wak Sayuti. Wak Sayuti adalah pewaris ilmu penyambung tulang belulang dari ayahnya Wak Ngador. Di laman rumahnya, terdapat longgokan simen plaster (Cast) dari pelanggan-pelanggan sebelumnya.

"Kamu tak patah tulang, cuma masalah urat saraf saja," kata Wak Sayuti sambil ibu jarinya menggosok urat kaki aku.

"Tidak serius la masalah saya ni Wak?" tanya aku sambil menahan sakit di picit.

Dean Sham cuma duduk bersandar di pintu sambil mengetawakan aku.

"Tak serius. Muda lagi kok. Lepas urut ni lancar darah-darah. Boleh bagi nafkah kepada empat isteri," jawab Wak Sayuti sambil ketawa kecil.

Aku menyeringai. Lupa sekejap sakit sengsara.

"Dah lumpuh kaki pun tak insaf-insaf lagi," tegur Dean Sham yang lagi tadi duduk bersandar. Dengki la tu. Entah-entah lepas ni dia pula mahu berurut.

25 ulasan:

azie berkata...

ehehehe..dasar laki2..sakit2 pun, sebut pasal berbini 4, menyeringai sampai ke telinga,uhuhu

Kemat berkata...

itu ayat psikologi nak kasi sembuh cepat tu tok..balik rumah kena piat ngan bini kembali sakit tok

Yana Ismail berkata...

Ada pasang niat nak beristeri 4 ke tok?uhuhu:)

Eerr,dean sham bukan g gym ke hari2, takkannnla nak berurut jgak:p

Layla Haq berkata...

Semoga cepat sembuh.

Kaki yang cedera bukan apa-apa. Boleh diurut atau di usap oleh 4 isteri.

Hati yang cedera dan terluka, sesiapapun tak boleh ubat.

Tuhan juga tempat mengadu...

A t i Q a h berkata...

Hmm..duduk je la rumah tok. Mamamon pun bleh dapat pahala dapat suapkan tok makan. Agagaga.

Danielle_Corleone berkata...

skali empat trus! hahaha! :-P

Tok Rimau berkata...

azie,
dasar wanita, sedikit-sedikit mahu cemburu.

kemat,
wak ni pakar psikologi juga.

liyana,
berniat untuk mengikut sunnah, berapa pahalanya?

bayan,
biar tok balut luka itu.

atiqah,
makan tak selera la. mandi pun tak basah.

dan,
benda yang baik jangan ditangguh.

BuRuuj berkata...

tok, kok wes mampir parit sikom orak mampir ke rumah aku?

wak ngadur dan wak sayuti tue sedara nyer aku kok.

Marjerin berkata...

tuh mesti best munyer urutan tuh..

Yana Ismail berkata...

Bolehkah tok berlaku adil?Itu salah satu soalannya;p

Rembo berkata...

salam.

tumpang tanya.

Parit Sikom or parit sikun? Parit raja ke?

rasso berkata...

Baru saya tau... Urut2 nie baek untuk aliran darah... Tak belajar fisioterapi lagi...

ha ha ha... Patutlah senyap jewr...

Tok Rimau berkata...

Rasso,
kalau aku bising pun tiada orang nak dengar. Telinga kau dah jauh.

Rambo,
Parit Sikom, Pontian. Sebelah Pt. Hj Adnan. Pekan koboi je.

Princess,
Boleh. Ringkas je jawapannya. Errr salah satu dari jawapannya.

Marjerin,
Lebih best dari rumah urut.

Buruj,
Urutnya telu kali. Nanti mampir lagi. mahu diurut keponakan Wak sayuti pulak.

dugongsenyum berkata...

Tok,
Selamat pengantin baru... in advance.


HAHAHAHA

Lily Abdullah berkata...

Tok,
DEan Sham kata pasang niat pun dah ada pahala

Kan..kan..kan..En Dean? (:

Amiene Rev berkata...

O.o" kaki lumpuh!

Yana Ismail berkata...

Kalau mamamon izinkan pe salahnya. Tapi, takkannla mamamon kc;p

Tok kena cekik nanti dgn mamamon;p

azie berkata...

cemburu kan tanda sayang:P

Tanpa Nama berkata...

wak sayuti bini empat ke? kalu tak, jgn harap la tok bleh bini empat jugak.nnt lawan tokei kata orang.hehe

Letting the time pass me by berkata...

nasib baik jumpa wak yang pandai urut.. boleh urut kasi sihat balik,,,,

Tok Rimau berkata...

letting,
rezeki si sakit la tu.

penyu,
tak mau lawan tokei.

azie,
kamu cemburukan tok?

liyana,
ha ha ha

amin,
kaki sahaja.

lily,
nak dosa senang. nak pahala pun senang.

dugong,
nanti kau jadi tukang silat.

tasekM berkata...

sakit ooo berurut... rasa nak terkeluar air mata...

l.i.f.e berkata...

penuh sentiasa rumah wak tu. kena amik nombor tak?

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro,
Dean nak urut lain tu...;)

Cucu_Sikom berkata...

Tok rimau... kalau jumpa Mat Kentang (Wak sayuti) kirim salam kat dia.... kata kat ada sorang cucu wak sikom tu kirim salam. kalau dia tanya yang mana satu, cakap yg ada janggut tuuuuuuuuu.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...