Khamis, Ogos 21, 2008

MADU DAN RACUN

Cerita Mobius:

"Kita nak lunch mana?" tanya aku kepada Don.

Don akan jawab, "Susah betul soalan engkau. Mahboub servis lembab. Singgara entah buka, entah tidak. Mak Minah tutup hari Jumaat. Safinah mahal sangat. Restoran Salam pulak, taukenya selalu masam muka. Tidak friendly langsung. Terima duit pun tak mau senyum." Don garu-garu kepala botaknya macam memikirkan jawapan kepada soalan cepuemas. Pening kepala Don nak memilih restoran.

Tetapi lain pula dengan Yantie, kalau aku bertanya.

"Kita nak dinner mana?"

"Mana-mana pun okay. Terpulanglah kepada bajet you."

Yantie menjeling sambil menyimpul senyum. Aku kalah dengan senyum itu. Aku meraba dompet dalam kocek. Kocek belakang jeans aku. Mmmm. Takkan la jeans dia pula.

9 ulasan:

Amyz! berkata...

Terus bawak pergi makan kat Johnny's. Hahaha.

BuRuuj berkata...

tobak tokse gi TGI FRIDAY'S. huhu...

snm | snm berkata...

huuuu~~~~~ don juan muncul kembali.
apa susah sangat Tok R, fastfood bersepah kan. pilih mana nak. nak murah sikit, sederhana, nak mahal ke..

azie berkata...

haih~

kalah yer?

Lily Abdullah berkata...

Huuu.....Yantie sangat cool. Macam saya ahaks!

A t i Q a h berkata...

SugarLESS daddy macam tu lah. Tak perlu yang mahal-mahal.

Tok Rimau berkata...

amyz,
best juga Joni's. Lain kali duduk dalam sikit. Privacy.

buruj,
TGIF jauh sangat.

SNM,
perut melayu lapar nasi.

Azie,
I tertewas. Tumpas.

Waterlily,
Yantie memang seru.

Atiqah,
nanti kita gi Mamak je.

saudagar gaRAM.. berkata...

penganjur acara berterima kasih atas sumbangan anda malam itu..

malu..
hahahahahhaa...

Chika Chika berkata...

yibbah.
sanggop tok lupa kat i.
patotnya chika neh golongan awal-awal dijemput.
makan hati betul.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...