Selasa, September 16, 2008

SOMBONG

 Cerita Mobius:
.....
Aku tulis status sebagai "bertemu Tuhan" dan aku biarkan messenger hidup sementara aku ke tandas untuk wuduk. Aku masuk semula ke pejabat. Aku bentang sejadah dan solat Asar.

Ketka solat, aku terdengar bunyi ding dang ding dang dari speaker komputer. Ding dang ding dang. Ada mesej masuk la tu. Ding dang ding. Solat aku jadi tidak khusyuk. Nyesal aku tidak bisukan komputer.

Seusai solat, aku lihat di monitor.

STATUS: BERTEMU TUHAN
Julie Foxy: Akm.
Julie Foxy: Orang bagi salam tak jawab. Sombong.
Julie Foxy: Opsss! bertemu Tuhan. Semayang ya. Sori.
Julie Foxy: Rakaat berapa dah ni?
Julie Foxy: Sombong x mahu jawab.
Julie Foxy: Nanti u sunyi jgn cari I. Kita putus!

Mmm. Aku ketuk papan kekunci. Tukar status. Available.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Freedom Film Fest, JB. Cari Tok Rimau.

22 ulasan:

azie berkata...

dia macam u jugak. ade ke tanya orang tgh semayang rakaat berapa?

boleh lah plak dari sejadah org tu nak lari pi tulih "rakaat dua dahhhhhh"

Tanpa Nama berkata...

ingatkan dapat msg spam tu.
"hi! i'm sexy Julie."
"Go to my homepage bla..bla..bla.."

hehe..

Amyz! berkata...

Huh? Org macam ni pun ada ye?

Feeyona berkata...

aik
tetiba tok jadi mulia?
baguslah kalau dah taubat dan bertemu tuhan.

hehehe gurau je tokr yang sweet. hahaha

Shila berkata...

tokk..time kasih approve ye..heheh

Tok Rimau berkata...

Just me,
Enjoy the crap that I wrote.

Kayu Sakti,
Tok cubalah bertaubat. Kalau tak boleh, tok cuba utk cuba.

Amyz,
Tok maafkan dia. Dia tak gi sekolah agama dulu.

Penyu,
Hi hi hi. Puasa.

Azie,
Jgn lupa doakan kesejahteraan Tok ya lepas solat.

A t i Q a h berkata...

Emosi sungguh Julie Foxy itu. Hua hua hua.

saudagar gaRAM.. berkata...

jawab je begini.

TADI..tengah tahiyat awal..


ni SEKARANG,mau takbiratul ihram..


dan tanya..
mau gua semayangkan lu skali tak ni?

hahahahha...

Yana Ismail berkata...

Hi hi hi..

Siapalah yang emo tu tok?

Untuk Julie Foxy,
tok sedang solatlah. Khusyuk tu:)

rasso berkata...

ha ha ha...

nakal sekali ya julia tu....

Nida Shaari berkata...

kenapa tak ajak Julie berjemaah?

tasekM berkata...

julie tu mungkin ada tanduk...

BuRuuj berkata...

ish..ish..ish...

Mat Jan berkata...

ooo... ingatkan status "bertemu tuhan" tu dah kembali ke rahmatullah...

hEr namE is diEla berkata...

hhmm...
dia tak pandai baca bahasa melayu ke?
atau kata lainnya tak paham bahasa ke?

Aku berkata...

nina dh cube tunjuk isyarat jemput makan..tapi tok sebuk menyenap picture sekitarnya..

:) benci kita..tak bergambar sama-sama..

dugongsenyum berkata...

aku pun macam Mat Jan. setahu aku only good die young. Hahaha

Chika Chika berkata...

masa tu rakaat ke berapa dah?

Tok Rimau berkata...

Chika,
Punya la x khusyuk rakaat pun dah tersasul. Sujud sahwi.

Dugong,
Tok ni bad maderfaker. ha ha ha.

Pop,
kita ini skandal-skandal mata je. Bila la mulut ni berani berkata-kata.

Diela,
U hilang gi mana. Lama tak nampak. Jgn jadi halimunan ye.

MJ,
Kau mendokan aku pergi? Mungkin lebih baik. Hidup pun asyik accumulate dosa kering.

Buruj,
Bawa mengucap.

Tasik,
Julie itu ada ekor juga.

Madu,
Jemaah secara online? Cenggitu ramai tak gi Masjid terus.

Raso,
Biasalah. wanita perlu perhatian.

Liyana,
Bukan you. Hi hi hi. Julie Uganda kot.

Garam,
Tak baik berdakwah secara kasar.

Tiqah,
Emo Julie tu. Dahaga kasih sayang gamaknya.

hEr namE is diEla berkata...

I ada jek.. Tak g mana2 pon...
selalu singgah tapi tak berkesempatan nak masuk rumah sebab u bz sangat melayan tetamu u yang super VIP.

snm | snm berkata...

heh! ting tong..slh satu btk godaan la ni tok :p

Aku berkata...

jantung kencang bila bersua bagaimana nak berkata-kata...

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...