Isnin, Januari 12, 2009

PENGINTIP YANG MENCINTAI AKU

Dr. Ghoulam memberi motivasi untuk Jef Jantan berpaling tadah.

Dr. Ghoulam: Engkau masih bawa kancil Jef? Ikut skim aku, kau pasti pakai kereta besar macam aku. Baru ada kelebihan.

Jef Jantan: Orang yang kekurangan sahaja suka menunjukkan kelebihan. Jef tidak kekurangan.

Dr. Ghoulam: Kau takkan rugi Jef. Ramai menteri sokong aku.

Jef Jantan: Hanya orang yang mahu rebah sahaja yang perlu sokongan.

Dr. Ghoulam: Engkau menghina aku secara melampau Jef. Jalak, hapuskan dia!

Jalak pun tampil berdiri di depan Jef Jantan. Badannya besar sekali. Sambil membuat muka garang, dia menegangkan semua otot-ototnya. Kemudian, dengan sekali sentap dia mengoyak t-shirtnya, mendedahkan otot-otot yang terbaja dengan steroid.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cam bleh agak je sape watak Dr Ghoulam tu.ehehe..

hegira berkata...

wow! dibajai steroid!

macam hulk!

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro, FINAS gerenti x lepaskan bab koyak baju tu...unless kau sendiri yg buat..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

fulamak...

dibajai steroid...

best tu~

DeeN berkata...

Er.. koyak baju dlm filem buleh diterima, tp baik2 kalo kat pentas awam mungkin kene 'sita'.
Satu lagi kan, kalo koyak baju, jgn plak sampai terkoyak sluar. Malu oh.

BuRuuj berkata...

pengintip yg mencintai aku..hurm...saya lah tue..hik..hik;)

Tok Rimau berkata...

Penyu,
Watak2 jahat bagi sapa lagi.

Hegira,
Kami cast kat gym.

Abdullah,
Film kita mana pernah gi Finas.

Zara,
Muscle palsu sama macam botox.

Deen,
Gua dulu pakai seluar koyak lutut. Rock konon.

Buruj,
Hati-hati Dik, nanti tembel mata.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...