Isnin, Januari 05, 2009

AIYU ANAANTE GUALU

Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang harimau mengaum. Kalau engkau mengembek di kandang harimau, mampus engkau kena gigit tengkuk. Begitulah resam hidup bermasyarakat.

Dalam waktu pejabat, aku berurusan dengan para professional wanita lulusan luar negeri. Jadi, sudah terbiasa kami beraiyu-aiyu (i and you).

Depan pejabat aku pula, pejabat para ustaz-ustaz. Jadi, sudah terbiasa la kami berana-ante. Beraiyu dengan ustaz rasa macam berdosa.

Masa aku duduk di Flat Bukit Chagar, kawan-kawan zaman muda dulu ramai. Kami bergua-lu sahaja.Beraiyu dengan geng sendiri rasa macam pondan.

Yang jadi masalahnya bila bos aku, Puan Roya, telefon aku kat rumah.

"Apasal you tak angkat telefon tadi? Penat I call."

"Biasak la. Gua pergi kedai tadi."

"Amboi! Rocknya."

"Opss sorry. I terlepas."

Nasib baik aku tidak kena gigit tengkuk dengan bos.

15 ulasan:

azie berkata...

eyp, bahaya bos ppuan nak geget tengkuk,ahaha

Lily Abdullah berkata...

Tok,

Gua suka entri lu ni. Sangat rock beb!

Gua cakap lu.

Boleh tok?

(menulis komentar ini dengan sedikit rasa bersalah sebab saya tak kenal dan tok pun tak kenal saya) hahaha!

addyaholix berkata...

Nak beraiyu dengan tok, rasa semacam la pulak.
nak beranna-ante dengan tok, macam tak berapa nak sesuai.
nak bergua-lu dengan tok, seolah macam tak hormat.
habis macam mana?

haha bahaya kalau tok kena gigit sama itu puan Roya haha!

addyaholix berkata...

sambung...

bimbang tok yang mula gigit haha!

Unknown berkata...

suka baca yr posting,very jovial.buat tersenyum sendiri...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe..

selalu gak camni~

kadang2 bila i u orang kata berangan..

tapi bila aku kau..orang kata kasar..

haiii...guna saya awak cam skema..

pemutusnya..tengok dulu cara orang yang bercakap tu..dia guna apa..hehe~

BuRuuj berkata...

erk?? tok pun nak kene gigit gak ker? jgn tergigit dah ler..huhu...

awak-saya(bahasa melayu)
ana-anta or anti(arab)
ai-you(english)

dah tiga bahasa dah tok kuasai. nie kire terer lah nie...

bukan orang pinkish berkata...

tak suke ber "ai-you"..rs seperti ke "kl" an..coz "saya" org kg..

rasso berkata...

tok tak dengar lagi orang melayu sarawak ber' aiyu-aiyu.... mesti laen semacam...

saudagar gaRAM.. berkata...

weii..datang bilik aku sekarang..

lu sape?

datang jelah dulu..

laaaa...camne gua nak datang.lu ni sape?kat mana bilik lu?

gua..KETUA PROGRAM lu.datang cepat..



letak telefon tergesa gesa..
mampus gua..

dugongsenyum berkata...

Aku syak Tok R nak cover line jawab telefon depan awek sendiri, wakakakaka

sinaganaga berkata...

Gua gelak, HA HA.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

kalau gua speaking english dengan lu sekalipun, akan gua tukar aiyu aiyu tu kepada gualu gualu.

elmaaniq berkata...

hang rock!

el-Maaniq berkata...

yang kata "hang rock!" kat atas adalah saya...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...