Ahad, Januari 18, 2009

KOPI JANDA



Dari engkau minum kopi di Starbuck, lebih baik engkau minum Kopi Janda. Kenapa?
Howard Shultz, the chairman of Starbucks is an active zionist. (More info)
Aku bukan anti-janda. Nabi pun kahwin dengan janda. Que Haida pun ada cadangan yang sama. Tetapi yang aku mahu bincang adalah soal perniagaan. Nothing personal, just business. Ini soalan cepuemas, adakah Kopi Janda satu pilihan jenama yang baik untuk satu produk?

Ya dan tidak.

Ya, kerana seorang janda sering dikaitkan dengan pengalaman. Mungkin peminum kopi merasakan kopi ini dibuat oleh orang yang berpengalaman.

Tidak, kerana yang membelibelah biasanya kaum isteri. Mereka akan mengelakkan Kopi Janda kerana paranoia suami mereka akan dirampas oleh seorang janda. Ada ruangan testimoni dalam Kopi Janda . Kosong tiada isi. Dalam pembangunan katanya. Mmm... engkau terkejut tak?

Jika pengeluar Kopi Janda mahu buat penjenamaan semula, apakah nama yang sesuai? Kopi Dara? Kopi Janda Muda? Kopi Paste? Kopi Foto? Kopi Dangdut? Kopi Duda? Kopi Bujang? Kopi Jantan? Kopi Pre-Owned?

Sokonglah produk tempatan.

18 ulasan:

spyz berkata...

Kopi batin.

p/s tahniah kerana eja 'pengalaman' dgn betul ha ha..

Nizam.Ariff berkata...

Bang, kopi jantan dah ada..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe..

kopi kawin semula agaknya...

hehe~

addyaholix berkata...

kopi kopa!

agak2 bleh jual ke tok?

azie berkata...

owh, ai jeles betul ni.

apa, ingat anak dara takleh jadi jenama kopi ke?ahahaha

Danielle_Corleone berkata...

Bukan nak menggoda cuma nak berniaga! dier nyer tagline tok! hahaha!

Yana Ismail berkata...

Brape kali nk ckp..kopi dara..ekeke ;P

Apa yang penting??Kerjasama..eh merepek..hehe yg penting kopi tu sedap..sudah;)

K.H berkata...

Kopi MakJan (bukan Mat Jan).

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro,
Kopi Janda = Kopi that's been named by people who don't really understand marketing... Don't these people know about the idealised imagery that goes hand in hand with consumerism? You buy a product not just for the product, but you buy the lifestyle that comes along with it... Smoke Marlboro and you'll be as manly as a cowboy... Drink Kopi Jantan and be as 'manly'as the pakciks adorning the packs... Drink kopi janda to what?

become a janda?

Sokonglah barangan tempatan, tapi pengeluar nak kena pandai market their wares, alongside making sure their products have quality.

Tok Rimau berkata...

Abdullah,
Gua hisap gudang garam. Rasa hebat. Boleh angkat simen.

Indra,
Baik letak McJan.

Princess,
Kopi dara macam kopi belum matang je.

Dan,
Tak tergoda pun. Makcik kat paket tu tak cukup mengancam.

Azie,
Jenama majalah ada la. dara.com

Addy,
Kopi Kopa mesti minum dalam Copa Del Mundo.

Zara,
Kopi poligami lagi seru.

Nizam,
Kenapa mesti kaitkan kopi dgn maskuliniti? tak paham tok.

Spyz,
Itu ejaan lama la. Pengelaman. ha ha ah.

hana_kirana berkata...

kopi selalu dikaitkan dengan maskuliniti sebab kopi dipercayai sebagai salah satu bahan afrodisiak selain dhab, tongkat ali, misai miau dsb. bak kata lagenda Turki - people claimed coffee to be an aphrodisiac and the husbands kept their wives well supplied.

kopi janda - aku percaya juga ada kaitan dengan seksualiti. selalu orang kata: janda - maka 'berpengalaman'. tapi masa tengok Melodi online hari tu Que Haidar tak cakap gitu la.

Nazri berkata...

macam gua komen kat facebook lu la,

sexuality sells. Kita semua buat benda tu tapi berselindung dengan alasan lain supaya nampak noble sikit.

sedap ke janda, i mean the coffe...

dugongsenyum berkata...

Kopi Janda Baik ..?

u l t r a b a e berkata...

jangan main-main tok..kopi ni kopi pilihan utama pilihan raya kuala terengganu ari tu..

Unknown berkata...

Neskopi

snm | snm berkata...

Tok R
di ofis, bdk2 lelaki suka beno pegi mkn tghari di Kedai Janda. Hemp..xde plak signboard kedai tu tulis Kedai Janda. saya pun penah mkn ctu tp xde apa yg menarik pun. klu saya dtg mkn, saya akn segan sndr. sbb hanya saya & kwn ppuan shja ddk mkn di situ. selebihnya, kaum Adam..hempp..

budakbarublaja berkata...

ko pi kir la sendiri

Kopi Janda berkata...

http://janda2u.blogspot.com/

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...