Khamis, Januari 22, 2009

LAPISAN MAKNA

"Sorang je?"
"Yang lain dah makan. I makan sorang la."

Aku pasang telinga kepada perbualan Shah dengan seorang wanita yang sedang menceduk lauk di kedai makan. Kemudian, aku tanya Shah kenapa dia tanya sesuatu yang sudah jelas dan terang di mata. Shah membalas dia sebenarnya tegur bertanya khabar sahaja. Mahu tunjuk kemesraan.

Dalam kajian analisa wacana (Discourse Analysis) pertuturan terbahagi kepada tiga:
a ) Locution: perkataan sebenar yang dituturkan
b) Illocution: niat, maksud dan hasrat sebenar penutur ayat
c) Perlocution: impak pertuturan kepada pendengar

Kemudian Shah tengok pinggan aku. Dia nampak tempe dan kuah bening. Dia pun menegur, "Itu je engkau makan?"

"Khabar baik." Jawab aku ringkas. Seolah-olah aku boleh baca fikiran dia.

Aku dan Shah pun ketawa. Ketawa kerana ganjilnya perbualan itu. Bersembur-sembur nasi.

.........
p.s.
Kalian tentu tidak ada komen tentang entri ini sepertimana kalian komen entri sebelumnya. Ha ha ha.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha! Adeh.

Nazri berkata...

Tok tak hensem

Mat Jan yang cakap, bukan aku.

BuRuuj berkata...

hahaha....adat org melayu, berbudi bahasa. walaupun dah tau ape yg tersirat, mmg sengaja bertanya untuk menunjukkan kemesraan...kan elok begitu?

addyaholix berkata...

budi bahasa budaya kita. teringat slogan tu tiba-tiba.

tapi jawapan ko macam kurang berbudi tapi cuma berbahasa je tok haha!

jagoan berkata...

Kalau kita sedang membasuh kereta.

Kemudian, orang tegur "Basuh kereta ke?"

Kita jawab taklah! Basuh helikopter ni.

Kita biarkan dia tanya begitu. Sebab memang tipikal orang kita. Mak, kita ubah je jawapan kita.

Sebab perubahan tu terletak pada kita sendiri. Hehe..

.

tasekM berkata...

hahahahaha... aku gelak sampai nak menitik air mata tok....

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe...

Tok ni memang kelakar la...

haha~

spyz berkata...

Tok, ko blajar buku org putih.
Org putih mana ada budi bahasa :)

saudagar gaRAM.. berkata...

itu je lu tulis?

tak..aku dah makan dah tadi..tu je ko komen?

taklah..gua masih single..




macam itik dengan ayam plak rasa.
hahahaaaa....

mugiwara berkata...

"Yang lain dah makan. I makan sorang la."


ada tnye 'sorang' tu rasa sedap x?

hegira berkata...

dulu sy pernah kena marah dengan kawan sebab tak msj atau call dia.

kemudian sy jawab, ya. saya pun rindu kat awak.

haha. dulu lah.

azie berkata...

eyp, don't underestimate what i have learnt during last semester tau.

saje nak tunjuk eksyen kat org lah tu dgn ilmu discourse dia,ahahah

Tok Rimau berkata...

Azzam,
Jangan ketawa sangat. Kau tu baru masuk besi. Nanti karat.

Nazri,
Apa la penting sangat paras rupa. Yang penting adalah budi perkerti mulia.

Buruj,
Hai, letak satu komen je hari ni?

Alina,
Kita pun rasa serupa la. ha ha ha.

Azie,
Tok tulis entri ada ilmu tu. Ilmukan pelita hidup.

Addy,
Lama betul panas ni. Bila la nak hujan?

AhTok,
Setiap kali basuh kereta mesti hujan.

Tasik,
Terimakasih kerana jadi kawan menangis.

Zara,
Boleh jadi raja lawak tak?

Spyz,
Mat Salleh pun berbudi bahasa. kalau polis dia tahan, dia minta lesen kata PLEASE tau.

Garam,
Tak ada coherence langsung.

Muguwara,
Nak temankan dia makan la ni. Baru sedap lauknya.

Sir Mute Key Chicks berkata...

"Hai" Azizah Mat Kasim.

"saya dah makan dah tadik. emak sihat. ada kat rumah. mak jemput awak datang rumah hujung minggu nih. abah takder. dia balik kampung. tadi kerja banyak. tapi sempat makan lagi.semalam mak buat makanan kegemaran. selera betul makan...bla...bla...bla..." Mat Husin Kasiran.

Dan saya suka cara tok berbahasa telepati.

sinaganaga berkata...

Hello John, what is your name? Ha ha.

Nida Shaari berkata...

Oooo.. rupa-rupanya Tok telefon saya sebab nak tanya kalau-kalau boleh dapat tiket untuk tengok Tiara berkemban ye?

budakbarublaja berkata...

dah belajar discourse dgn Dr. U*** huhuhuhu takut sangat kat dia smpai tak ingat perlocution, illocution and cution2 yang lain...dapat b- jer paper tuh...lain kali tok je lah yg ajar.

coklat berkata...

ha..ha

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...