Lelaki bagaimanakah Mobius ini jika dia membiarkan gadis comel menjadi supir kepadanya. Tak gitu? Mobius beranikan juga diri sukarela memandu kereta otomatik milik gadis comel itu, meredah jalan metropolis yang sesak sempit di malam minggu.
Mobius pandu perlahan. Ada tiga sebab kenapa dia pandu perlahan. Pertama kerana dia tidak biasa dengan kereta otomatik. Kedua, dia tidak biasa dengan simpang siur jalan pusat bandar dan ketiga, dia mahu berlama-lama dalam perjalanan. Destinasi dan perjalanan adalah sama penting.
Tangan kiri Mobius pula kekadang meraba-raba mencari sesuatu. Ya sesuatu. Handle gear la. Engkau mesti fikir Mobius cari benda lain. Cheh! Kaki kirinya pula tertekan-tekan clutch yang halimunan. Mobius memang tidak biasa dengan kereta otomatik.
Malam pun tidak muda lagi. Secara teknikal, waktu itu sudah pagi. 4 pagi. Dengan rasa berat hati mereka berpisah menuju hala masing-masing. Setelah benjanji untuk temujanji yang akan datang, gadis comel itu memandu pulang membelah malam. Mobius mesti meneruskan perjalanan dengan keretanya sendiri.
Sesampainya di tol, kereta Mobius mati enjin. Mobius lupa tekan clutch. Lupa bahawa keretanya manual, bukan otomatik seperti kereta gadis comel.
Sabtu, Januari 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
9 ulasan:
ha ha ah
mobius lagaknya seperti jejaka pergi first date je
hahaha...
kelakar sungguh~
:)
ya.
mobius memang berani dan gentleman.
cuba menjadi gentleman...bgus2..ahaha ;P
Mcm penah dgr je cite ni..tok dah cite..;P
lelaki mmg cenggitu..ego..dh x tau bwk auto, ckp aje la..ape slhnye kalau gadis comel yg memandu? takut jatuh standard la tu..haha..
Gua dulu first2 beli keta oto pun asyik nak tekan clutch halimunan je... Tangan teraba2 jugak...tapi kadang2 bukan nak cari gear stick...
aku tekan gear pakai kaki tok.
sebab aku cuma naik moto buruk haha!
Gadis comel ni bawa kereta manual tau
ha ha
Catat Ulasan