Khamis, Januari 08, 2009

PROTES



Aku menonton sinetron petang. "Lebih banyak jutawan di Indonesia dari di Malaysia," kata aku kepada awek cun yang mengorat aku. Dia ambil masa dalam 4 saat untuk dapat bahawa itu adalah cubaan buat lawak. Biasalah, rupiah memang kena kira juta-juta.

Sebenarnya aku nak bercerita pasal nilai duit. McD menawarkan hadiah misteri (mungkin kentang goreng saiz kecil) setiap kali kita berbelanja lebih RM20 ikut kaunter pandu lalu. Dengan syarat ada pelekat McD atas kaca kereta. Kita rasa kita untung. Lebih nilai untuk wang kita. Bodoh.

Sebenarnya kita tertipu. Kita pandu kereta ke hulu ke hilir dengan pelekat atas kaca kereta, 24/7 kita promosikan McD tetapi dia cuma upah kita jika kita ke kaunter pandu lalu. Itu pun kalau belanja RM20. Berapa kos kentang goreng dan pelekat itu? Sebenarnya lebih nilai untuk wang mereka. Bayar ciput, kita sanggup jadi tukang promosi. Kita promosi produk Amerika.

Dewasa ini, kita terima banyak emel dan sms suruh boikot barangan buatan Amerika, sahabat ketat Israel. Sekali Israel tabur bom, sekali lagi kempen ini dilancar. Musim. Engkau fikir engkau ada kekuatan ke mahu tinggalkan gaya hidup Amerika engkau itu? Boleh hidup tanpa Levi's? McD? Hollywood? Ahh. Aku pun sama. Kita sudah terbiasa dengan produk Amerika sehingga susah amat mahu tukar cara hidup.

Dalam kemiskinan iman dan kelemahan jiwa, aku gagahkan juga cuba buat apa yang aku boleh. Aku terbalikkan pelekat McD atas kaca. Aku buat kenyataan protes. Aku mahu korporat Amerika juga protes keganasan Israel yang melampau itu. Aku akan pandu protes aku ini ke hulu ke hilir 24/7 dan dalam masa yang sama masih boleh nikmati kentang goreng saiz kecil jika aku mahu. Itu sahaja yang aku mampu. Aku rasa ini lebih berkesan dari berhimpun dan menjerit di depan masjid.

Aku pun menonton sinetron petang lagi. "Lebih banyak rupawan di Indonesia dari di Malaysia," kata aku kepada awek cun yang mengorat aku. Dia ambil masa sedetik untuk buat keputusan itu lawak yang busuk. Tidak kelakar. Aku dapat cubitan super kapit berpulas tanda protes. Fuh! Sakit tu.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tahniah pemenang AWET2008

15 ulasan:

Nizam.Ariff berkata...

Benar-benar betul. Betul benar-benar...

BuRuuj berkata...

tok..tanggalkan terus jer...

err...pelekat tue bukan levis.

haha...

hEr namE is diEla berkata...

xde levi's ada MNG
xde Mc.D, ada Carl's...

snm | snm berkata...

saya nak follow boikot cara tok la :)

blh kan?

DeeN berkata...

Levi's? McD? Hollywood?
Ya, aku tak kisah tinggalkan semua tuh. Sebab: Aku tak pakai seluar tajuk tuh. Rasanya aku dah dekat2 setahun tak makan mekdi [er..tpkan tekak aku neh cam ngidam propestriti beger tu la, huk]. Pehtu yg hollywood tuh aku tak penah pi pon [er..leh diterima ker?]

Ayyman Rahim berkata...

Betul tu, boikot McD? Amboi susahnyaaaaa

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

McD tu dah pernah boikot dulu...

dekat setahun tak makan...

dah tu,,iman goyah..iklan pon jahat...terikut semula..akan cuba berhenti semula juga gamaknya~

Amyz! berkata...

kalau beli levi's tiruan, gucci tiruan.

mcm mana?

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro, aku bila terasa nak tapau mcD je aku pasang benda tu...pastu tanggal balik...hahahaha!!!

addyaholix berkata...

aku boikot tapi makan mcD jugak boleh? aku suka doublecheese burger la tok. fevret tuhh!

Unknown berkata...

masanya untuk pergi ke Marrybrown..

Tanpa Nama berkata...

Logo McD terbalik? Jadi WcD. Atau sebut Wak D. Atau sebutan asalnya Wak Supardi.

azie berkata...

ngehngehngeh

no more hanging out at mcD, i guess,ehehe

dugongsenyum berkata...

menyebarkan boikot melalui hotmail, yahoo, blogspot, ironinya

hegira berkata...

ya. dr farish cakap. boikot ekonomi memang berkesan. betul.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...