Sabtu, Januari 31, 2009

SORAK HOREY UNTUK RTM @1

Dulu bila RTM buat penjenamaan semula, aku tak rasa apa-apa pun perubahan. Setakat tukar logo, bukan penjenamaan namanya. Setakat tambah pembaca berita cun, bukan penjenamaan namanya. Isinya masih di takuk lama. Awani yang setahun jagung pun lebih matang dari RTM yang entah berapa banyak lilin atas keknya. Kena ambil air sebaldi untuk padamkan agaknya.

Dulu. Itu dulu.

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Sekali menteri bertukar, sekali RTM dijenamakan lagi. Semua dah @1 sekarang. Setakat huruf "a" kerinting tu tak ada aku hairan sangat. Tetapi paling aku suka dalam latihan penjenamaan kali ini adalah RTM 1 jadi macam BBC + Discovery. Macam je. Niat dan cubaan yang bagus tapi masih belum dapat bersaing dengan Awani dan Bernama TV.

Niat tu dah ada. Mungkin terlalu awal untuk menghukum. Janganlah kejam sangat. Kan? Aku nak bersorak agar RTM lebih bermotivasi berlari lebih laju. Teruskan fokus kepada Non-Fiction TV. Lebih dokumentari, lebih berita, lebih talk show. Tapi kurangkan la rancangan menteri-menteri bercakap. Bosan. Lebih baik aku layan Ben 10 di Carton Network. Okay RTM, jangan pandang belakang lagi. Terus maju. Terus laju.

Yang aku nak hukum adalah penerbit-penerbit drama TV Melayu yang mengeluh kerana ruang drama dah kurang. Tidak boleh lagi jual melodrama ahli korporat bercinta mereka tu. Rakyat tak rugi. Sheikh dah ke bulan, mereka masih guna formula Dallas dan Knots Landing. Untuk mereka, gunakan peluang sebaiknya. Apa ada susah, buat la dokumentari pulak. Tambah dokumentari Melayu. Banyak dokumentari boleh buat. Contoh: Parit-parit Di Johor, Dari Setinggan ke Flat, Merancang Sebuah Demo Halal, dan banyak lagi. Kalau tidak idea sangat, datang cari aku. Setakat idea memang aku @1.

Kalau RTM jemput aku ke Blog @1, aku nak pakai baju apa ek? Ha ha ha.

26 ulasan:

azie berkata...

ai suka bab dokumentari parit2 di johor tu

Tanpa Nama berkata...

tok pakai la baju batik..
gaya menteri gitu..

hehe

tasekM berkata...

kau kena pakai baju belang2 rimau tok. ha ha.

yang aku meluat pulak berita tv3. dah mengalahkan berita tv kerajaan. haih~


.

Azhar Ahmad berkata...

Tok, pom-pom dengan baju-baju-kecik-nampak-seluar-sket-sket-dengan-skirt-pendek yang tok pesan dah siap. Bila tok nak ambik?

bakrihafizhisham berkata...

pakai cawat besi.mesti naik nama tok serta merta.
haha.

ehhh apa la rtm nih.
malas nak fikir dah.
buat iklan guna powerpoint pun dah bangga.
aduhaii.

jangan lah sibuk banggakan yang lepas.
memang bagus untuk kekalkan tradisi,
tapi buat dengan gaya yang baru lah.

ini tidak.
fuh malas nak cakap.
bagus lah mereka mereka ini ada,
supaya jurang kehebatan diantara tv3+ntv7+channel8 dan rtm1 lebih besar.

hahaha

muhdzahari berkata...

err..pembaca berita maseh tak dikenali. tambahan pula tersasul banyak sangat, hampir di setiap lintas langsung.

theblabber berkata...

tapi kalau dokumentari yang dah 3-4 kali tgk pun tak best gak kan? Erk,ada je tak kena eh. Biasa ar, manusia. Eheh

Unknown berkata...

setujubenar dgn anda

Lily Abdullah berkata...

Dulu-dulu. Ada seorang produser buat dokumentari - fokus ttg OKU yang berjaya. Tapi RTM ni tetaplah bengong. Ada ke diaorang siarkan waktu semua pekerja masih berebut-rebut naik LRT, masa surirumah sibuk siapkan anak-anak ke sekolah.

Sapa nak nonton beb..
"Bengong" produser tu talipon saya sambil marah RTM

yusrihashim berkata...

Dah lama tak tgk topi Jr. Ewing..
Dah lama tak Farith Esmeth Amir di Dunia Jam 10

Yana Ismail berkata...

huhuhu..u pakai kemeja belang2..uhuhu..memang handsomela..kalah fahrin tau ;P

K.H berkata...

Bukan kalah Fahrin, ini cakap pasal RTM. Kalah Harjit Singh Hullon.

Unknown berkata...

pkai bju belang tak bulih. dh mcm team sukan m'sia. ppkai baju bunga2 orait kot.

dugongsenyum berkata...

jaket itam yg itu hari. lebih hitam lebih terampil.

musafir berkata...

suka kelambu..baju bunga2 pun ok tok...waha..lama tak datang sini.

Nafastari berkata...

RTM selalu mcm tu, kita tahu dia dah cuba bersungguh-sungguh tapi masih nampak macam tak bagus. Tak dapat saya nak tolong. Lagi satu kalau buat talk show dan kalau ada pemanggil yg bercakap mengkritik kerajaan skit, atau puji pembangkang lebih2 skit, mesti moderator akan putuskan panggilan tu dengan segera. Tak intelek langsung!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe...

RTM oh RTM...

selalu benar macam itu....
buat sesuatu..tapi hasilnya tak sebagus yang lain...walapupun, tahu yang dah usaha ke tahap maksimum...

addyaholix berkata...

biar apa orang nak kata, tok rimau kena kekal jadi tok rimau. biar mati mak, jangan mati adat. tak payah pakai baju. dah cukup ko kilatkan bulu yang berbelang cantik tu tok. haha!

nota : rimau mana pakai baju kan?

Yana Ismail berkata...

yana cakap kalau tok pkai baju belang2, handsome lg tok. tak pndg fahrin dah. ekeke..u percaya tak?hahaha

ramai btol nk jadi perunding imej u..ekeke..psni lehla, msk tv amik service mereka..huhu

OP Zaharin berkata...

luar pakai kot, dalam pakai singlet. atau kau pakai je baju soljah, tengok new rtm kasi pakai tak.

BuRuuj berkata...

hurmm...sebenarnya tok teringin nak masuk tv ek???

Rahimin Idris berkata...

pakai ihram...

ayobkelubi berkata...

Nasib tok tak sebut Little House on Praire tu!.

Baju Melayu tok!. katanya melayu minimalis?. hahaha

Tok Rimau berkata...

Ayob,
Mana butang baju Melayu aku pah?

Rahimin,
Seksi tu nampak ketiak. RTM censored nanti.

Ruj,
Kalau Tok masuk, jgn lupa Afundi.

Op,
Siaran langsung. Kalau dia tak bagi tengah2 siar tu berlenggeng.

Yana,
Tok pakai kostum harimau. Rau rau.

Addy,
Seluar pun tak pakai. ha ha ha.

Zara,
Perjalanan seribu batu bermula dgn satu langkah.

Naf,
Depa tak objektif. Takut kritikan. Mana nak maju.

Musafir,
Lama benar ko musafir.

Dugong,
Jaket hitam. Cermin mata hitam. Macam terminator.

Indra,
Singh tu ikon tu.

Kareem,
Pakai topi JR baru nampak macho.

Lily,
Memang bengong.

Nadine,
Tok pun setuju.

Miezi,
Kami pengkritik bebas.

Muhd,
Mula mula mmg gagap. Bagi dia peluang.

Bak,
Tok cari dah cawat besi kat kedai hardware. Habis katanya.

Azhar,
Ada diskaun?

Tasik
TV3 tu lebih rtm dari rtm. kadang2.

Azwan,
Batik utk khamis je. Kain batik tiap malam.

Azie,
Doku itu akan bermula dari rumah awak. ha ha ah.

Bungo Lale berkata...

aii... tok, gaya macam dah dapat jemputan je ni. hehe... sy syorkan tok pakai baju melayu je tok. kaler pink. mesti handsome ah...

Aqil Dot Com berkata...

masa mula2 rancangan blog@1 tuh wartawan dia ada tanya aku sapa blogger yang aku kenal, dia nak interview. aku cakap ah tok rimau, tapi dia kat jb. wartawan tuh cakap alah.. jauh sangat pulak...
minta maaf yer tok....

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...