Selasa, Disember 23, 2008

MENGENAL DIRI

Flat Bukit Chagar bukan tempat yang baik untuk membesar tetapi percayalah inilah tempat yang mendewasakan. Diabadikan dalam tulisan blog, kemudian dimasukkan ke dalam buku Ayah Kita Bos dan akhirnya diwayangkan sebagai Bumbung Aku Lantai Orang.

Filem pendek itu dimainkan di Annexe, Central Market KL, hujung minggu lepas. Secara amnya penonton memberi reaksi positif tentang karya itu. Vovin turut menonton filem itu dan membuat komen, "engkau tidak boleh tinggalkan Flat Bukit Chagar."

Tidak pernah pula aku berfikir begitu tetapi ada benarnya ulasan Vovin itu. Walaupun flat itu sudah diroboh, kini hanya tinggal padang kosong, aku masih lagi ke sana. Melihat-lihat. Entah apa yang aku cari, aku pun tidak tahu. Mungkin aku mencari diri ku sendiri.

10 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Mencari cebisan kenangan lalu mungkin!

Yana Ismail berkata...

Mengenang kenangan terindah di kala susah dan senang 2. Sedih plak bc. Anyway,flat itu akan sentiasa di hati tok!4ever.

Nida Shaari berkata...

Saya rindukan Flat Bandar Baru Sentul

DeanSham berkata...

Tempat jatuh lagi dikenang

Inikan pula tempat mengorat.

hahahaha.

Unknown berkata...

ari tu i balik johor tengok sek menengah dulu waktu belajar... banyak ingatan lama memukau balik.

no doubt. masa mengubah segala-galanya.

addyaholix berkata...

kau cuma perlu terus pergi sana tok.

mungkin masih boleh jumpa serpih-serpih kenangan yang tertinggal!

DeeN berkata...

Mungkin juga akan bertemu kembali duit 50 sen yg terjatuh dulu. Er..huhuk.

Kenangan terindah.

ayobkelubi berkata...

tok, ko dan flat bukit chagar

aku dan flat polis bukit aman.

tempat jauh lagi dikenang,inikan tempat asal.

yusrihashim berkata...

lama aku tak ke sana...dan lama gak aku tak mampir ke sini

fadliahmad berkata...

Saya terkenang-kenang bekas rumah nenek di Ngee Heng.Kawasan yang katanya mahu didirikan flat akhirnya tinggal semak tak terbiar.rasa rumah nenek itu sia-sia dirobohkan.banyak sangat memori kat situ.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...