Khamis, Disember 30, 2010

BUKAN TIGER CUP, MALAYSIA JUARA AFF SUZUKI CUP 2010


Dalam jangka hayat ini aku tidak sangka dapat menyaksikan sejarah. Sejarahnya adalah semalam, Malaysia berjaya menjuarai piala bola sepak Asean Football Federation, atau lebih manja dikenali sebagai AFF Suzuki Cup pada tahun 2010.

Semua orang pun sudah tahu, tetapi perlu juga dicatat di sini untuk rujukan akan datang. Ketika final, dalam pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur,- Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0. Dalam pusingan kedua di Stadium Bung Karno, Gelora Jakarta- Indonesia mengalahkan Malaysia 2-1. Secara aggregate, Malaysia juara 4-2. Yeay! Syukur Alhamdulillah!

Perdana Menteri Malaysia seterusnya mengisytiharkan cuti peristiwa untuk hari Jumaat 31 Disember 2010.

Dulu Suzuki Cup ini adalah Tiger Cup (1996-2004). Bila penajaan tamat, namanya ditukar kepada ASEAN Football Championship (2007). Bila dapat tajaan dari Jepun, tukar nama lagi ke Suzuki Cup (Mula 2008). Kalau bisnes Kicap Cap Kipas Udang amat maju dan mereka mahu menaja piala ini, maka dipanggil pula Piala Kicap Cap Kipas Udang. Bagus juga Malaysia tidak menang dahulu (1996-2004) kerana pasti dan jelas Piala Tiger Cup tajaan syarikat arak itu haram direbutkan. Tak gitu?

Bentuk sokongan terhadap skuad juga berbeza kali ini. Pada aku, dari sudut komunikasi, perang siber melalui Twitter antara penyokong Malaysia dan Indonesia menjelang dan semasa perlawanan akhir adalah peristiwa bersejarah juga. Penyokong merasakan perlawanan itu milik mereka walaupun mereka tidak berada di stadium. Antara hastag yang popular adalah:

#affsuzukicup #harimaumalaya #garudafightsback #malaysiacheatlaser Hate Malaysia Malingsia

Pada awalnya penyokong Indonesia mempersoalkan gangguan laser dari penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil terhadap pemain mereka. Tetapi apabila terbukti penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno  juga begitu, maka hujah itu lenyap. 2 X 5 = 10. 5 X 2 pun = 10. Sejarah bukan, di Afrika Selatan, kontroversi penyokongnya adalah bunyi bingit vuvuzela tetapi di Asia Tenggara, konfliknya berkitar kepada pancaran laser. Canggih!



Jika kamu seorang yang matang, kamu tidak akan emosi sangat dengan provokasi ini. Anggaplah sebagai gurauan adik beradik. Bak kata frasa Inggeris, sticks and stones will break my bones but words will never hurt me, semuanya berlalu bagai air di bawah jambatan. Menonton acara siaran langsung sambil bertwitter adalah menyerukan. Satu lonjakan besar kepada penglibatan penonton dalam acara olahraga.

Kalau jurulatih Raja Gopal dapat Datuk, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dapat bonus 12 bulan, dan Pemenang but emas Mohd Safee Sali dapat tanah di Pasir Mas- tidaklah aku mahu merungut. Selayaknyalah skuad dapat imbuhan. Kan?

Akhir kata, TAHNIAH diucapkan kepada skuad Harimau Malaya,

Rabu, Disember 22, 2010

PELACUR ATAU IBU ANJING

Setiap pagi gua akan melalui jalan yang sama untuk pergi kerja. Kalau kena pada waktunya, gua akan terserempak dengan penunggang motor berjeket biru muda. Pagi tadi gua jumpa dia lagi. Dia tidak merempit laju. Dia bawa bawah had laju kebangsaan. Ambil lorong kiri sekali. Gua snap gambar dia dari belakang.




Sunting foto, bagi fokus lagi.

Boleh baca tak apa yang tertulis dekat belakang baju pakcik ni? Kalau tidak ada keyakinan diri tahap Gaban memang tidak boleh pakai jeket ada perangai macam ni. Wicked!

Tetapi, gua rasa pakcik ni sebat je jeket kat bundle. Dia tak tau pun makna tulisan tu.

Isnin, Disember 20, 2010

LAMBAT PERGI KERJA



Cepat betul KL berubah. Buku peta tahun lepas sudah tidak relevan. Jenjatas sini, jenjatas sini. Bagi orang JB, sekali datang sebulan sekali pasti sesat.

Lain pula cerita di JB. Projek jenjatas juta-juta dari jalan utama masuk ke lapangan terbang senai tetapi kelihatan cuma 3 buruh Indonesia sahaja  bekerja. Seorang sorong kereta sorong. Seorang angkat papan. Dan seorang pengawal bendera lalu lintas. Bila nak siap ni?

Kesesakan lalu-lintas jangan cakap la. Buat naik darah je.

Selasa, Disember 14, 2010

USOP HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Ajami Hashim kata kat status Facebook, dia nak pergi tonton Hantu Kak Limah Balik Rumah untuk kali ketiga. Gua pun tinggal komen, "Gua nak bagi 5 bintang tetapi ada beberapa pelakon yang gabra masa berlakon. Jadi, gua bagi 4 bintang je."

Tiba-tiba seorang kawan Ajami menambah komen, "Mereka bakat baru lagi, tetapi amat berpotensi besar di masa hadapan." Alamak! Rupanya salah seorang pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah sendiri tolong jawabkan. Gua rasa malu gak sebab main lazer-lazer gitu. Gua segera minta maaf.

"Maaf Encik Syed Mohamad Asri, lancang sekali mulut saya."
"Takpe. Pelakon-pelakon mesti menerima segala kritikan untuk memantapkan bakat mereka."

Dipendekkan cerita, gua pun Add Syed Mohamad Asri (Sy8) sebagai Friend. Terus gua dapat wawancara eksklusif dengan Usop (Bukan Sy8), bekas penari kebudayaan dan penduduk Kampung Pisang.

 ...........


Assalamualaikum Encik Usop,

Tok Rimau: Kes hantu Kak Limah balik rumah heboh diperkatakan orang dalam surat khabar dan internet. Encik Usop adalah salah seorang penduduk Kampung Pisang yang terlibat secara langsung dalam misteri ini. Oleh yang demikian, saya harap Encik Usop dapat menjawab beberapa soalan untuk blog saya. Ya lah, sebelum Wikileaks mendedahkan, lebih baik Encik Usop sendiri memberi penjelasan.

Usop: Terimakasih di ateh soalan miker yg membingungkan kepala awokk (saya dlm bhs perak), dah macam soalan stpm lagoknyerr sdgkan rata2 masyarakat kg pisang spm pun xde kecuali pak jabit yg ada sijil keusahawanan utk membuka gerai... apa2 pun dgn semangat english edukesyen yg ada, awokk cuba jawab soalan miker tu walaupun takder jawapan secara objektif..


Tok Rimau:  Ada yang berpendapat bahawa Encik Usop adalah penari separa mahir kerana Encik Usop yang melenggangkan sebelah tangan sahaja apabila bercakap. Apakah Encik Usop setuju dengan pendapat ini? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Sebenornyer, Usop ni xler terror mana pun menari, eksyen jer lebey. Usop ni cuba mengangkat martabat penari2 yg berselerak di tanah pamah Malaysia ni yg selama ni tidak di hargai dan diberi perhatian seperti di barat. Kdg2 dlm mana2 show, penari2 latar di beri layanan yg teruk seperti tidak memberi impak kepada sesebuah show.


Tok Rimau:  Pada suatu hari yang aman tenteram, burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa, Encik Usop ditimpa kemalangan sehingga kedua-dua kaki Encik Usop menjadi lumpuh. Hinggalah sekarang masih belum sembuh. Apakah pandangan Encik Usop tentang prasarana Orang Kurang Upaya di Kampung Pisang? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Definasi OKU ni luas, secara directnyer Usop di kategorikan sebagai OKU kerana kakinyer yg lumpuh dan menggunakan weecha hak milik kerajaan. Usop adalah OKU yg nampak secara jelas. Namun OKU juga patut diguna pakai oleh ahli2 masyarakat yg xbley berfikir secara rasional, yg hanya mengikut jer (Yes Man) dan mudah membuat andaian sebelum selidik ke akar umbi... INi lah OKU yg melumpuhkan sistem masyarkat kita pada masa ini. Ilmu itu memberi kesempurnaan kepada pemiliknyer dan mampu merubah keadaan menjadi lebih baik.


Tok Rimau:  Adakah Encik Usop berdendam dengan orang yang membajak kaki Encik Usop hingga lumpuh? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Dendam tu tetap ada tetapi Usop seorang yg lebey memikiorkan cara hidup Usop. Cuma bila melihat org yg membuat Usop lumpuh sedikit sebanyak mengimbau kembali nostalgia kaki di bajok kubota tu. Namun Usop bukannyer marah pasal kaki digelek, cuma Usop lagi terkilan xdapat nak rasa kek blueberry yg jadi peberet Usop tu..


Tok Rimau:  Secara logik, jika rumah Kak Limah dibakar, hantu Kak Limah akan lebih marah lagi. Bagi cadangan lain bagaimana orang kampung boleh menghapuskan hantu Kak Limah?

Usop: Tu ler org kita, ikutkan logik jer, blum tentu lagi kak limah akan mengamuk kalau rumah dia kena bakor, kita kena cuba gunakan segala kaedah yg ada utk hapuskan Hantu Kak limah tu. Berdasarkan tahap IQ yg ada pada penduduk Kg pisang, membakor tu adalah cara yg terbaik yg dapat dipikirkan pada masa tu krn dah tak tahan kena ganggu. Cara lain yg usop rasa perlu di buat, ialah dengan pajakkan rumah Kak limah tu pada Dennis Lim, pasei org cina ni bab2 harta dan asset deme jaga dan tatang betui2.


Tok Rimau: Apakah hubungan Encik Usop dengan Abi Hurairah? Abang-adik? Tuan-kuli? Kawan biasa? Ehem-ehem? Apa? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Hubungan dgn Abi tu hanya di pengaruhi oleh faktor Si Abi yg mudah di eksploitasi oleh Usop tanpa sebarang bayaran. Di kg2 mmg ada jenis2 yg mcm ni, belanja minum teh atau mee kari kedai cina sure dia akan anggap kita sebagai abg long dia walaupun kita tak bagi gaji... hubungan lain..hmmm sorry he is not my taste, not like Usin


Tok Rimau:  Menurut pemandu ambulan, Kampung Pisang adalah tempat sial di mana bala turun. Ada zombielah, ada hantulah, pendek kata macam-macam berlaku. Encik Usop sudah tinggal di Kampung Pisang sekian lama. Apakah yang Encik Usop harapkan untuk masa depan Kampung Pisang? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Utk masa depan Kg Pisang yg sejahtera ini, Usop benor2 berharap agar pihak berkuasa dapat membina projek jalur lebar di kg pisang dan kemudahan internat diberikan secara percuma, hanya melalui projek ini, penduduk kg pisang yg tidak ada spm dapat berinteraksi dgn dunia luar melalui penggunaan facebook, twitter dan juga google.


Tok Rimau:  Apakah yang menghalang Kampung Pisang dari menjadi seperti sebuah kampung dalam wawasan Encik Usop? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Halangan utama adalah tahap edukesyen penduduk2nyer yg berpuashati dgn ilmu yg ada, hidup umpama kais pagi makan pagi, tidak ada keinginan utk mencapai taraf pendidikan yg tinggi, mgkn dgn adanyer akses kepada facebook seperti jawapan tadi tadi boley merubah IQ penduduk2 di sini.


Tok Rimau:  Bagaimanakah pengalaman Encik Usop sebagai bekas penari kebudayaan boleh menyelamatkan Kampung Pisang dari terus dilanda nasib buruk? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Sebagai bekas penari kebudayaan, utk mengelakkan kg pisang terus di landa nasib buruk adalah dengan membakor semua benda2 yg boleh mendatangkan masalah pada masa depan. Tubuhkan unit CSI utk menambah baik cara2 pembakoran di masa depan.


Tok Rimau:  Berbanding dengan penduduk Kampung Pisang yang lain, Encik Usop mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi. Apa pendapat Encik Usop tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Payah nak suruh org kita kuasai sains n matematik dlm english edukesyen kerana ianya kena bermula dari peringkat awal dan konsisten. Kena guna subjek yg lebey mudah xperlu pikior banyak. Misalannyer subjek tarian asas di sekolah rendah, bila nak dimatematikkan kita guna perkataan step, one and two, two an three, three and four dan seterusnyer, dan kalau nak disainskan kita guna ler ayat2 sains seperti take your deep oksigen not breath.


Tok Rimau:  Saya mahu tamatkan wawancara ini dengan soalan wajib sebuah program hiburan berinfomasi:- Bila Encik Usop mahu kahwin? Cuba citer, cuba citer.

Usop: Kahwin??? Usop masih menunggu Usin seperti gak Ayu huhuh


****
Sekian terimakasih. Kami pun singgah di warung Pak Jabit dan orde secawan kopi janda. Bukan nak berniage, cuma nak menggode. Hi Hi Hi! Terimakasih En Usop kerana sudi belanja minum. Kena tolak weechar la pulak. Dah la rumah atas bukit. Nyesal awokkk.

Begitulah flashback saya.

TONTONILAH HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH DI PAWAGAM-PAWAGAM BERDEKATAN! SILA BAWA BINDING TAPE IKAT PERUT SEBAB PENONTON KATA MEREKA PECAH PERUT MENONTON HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.

p.s
Lawatan sambil belajar:--> Blog Gunx:  (Eksklusif) Sembang Letup bersama Syed Mohamad Asri pemegang watak Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Isnin, Disember 13, 2010

NGETOP 10 UNTUK 2010

  1. Wayang Melayu: Hantu Kak Limah Balik Rumah
  2. Wayang Omputeh: Inception
  3. Animasi Paling Best: Toy Story 3
  4. Projek Wayang: KL 48 Hour Film Project
  5. Benda paling cekik darah: iPhone 4
  6. Benda paling rare beli: Basikal Terpakai Jepun
  7. Benda paling rare jual: Majalah  Fantasi - Creative Enterprise (Hujung 80 'an)
  8. Buku: Horror by Brigid Cherry (2009)
  9. Kasut Basketball: Adidas G08273 Attack Feather
  10. Majalah Bulanan:  Popcorn (Comic Art Magazine by Gempak)

Kalau kalian buat senarai ngetop 10 kalian sendiri, tinggalkan link di ruang komen. Tok nak baca.

Rabu, Disember 08, 2010

RANTAI ART 20 DEC - 26 DEC, 2010



Rantai.Art is a non-profit art organization aim to facilitate participation in art by community. Rantai.Art creates a public space; a medium of expression and sharing of artistic work which both public and private can get benefits from. Rantai.Art is made up of a network of designers, artists, musicians, students and tech geeks alike, coming from all walks of life and backgrounds. A platform for this multitude of talents to be showcased and appreciated, this is what Rantai. Art stands for.


Short Film Tok akan ditayangkan di Rantai Art. Coming Soon.
Friday 24th December 2010.  8 pm. Balai Seni Lukis

 Pemburu Buaya Darat ( 10 minutes )
  •  Pemandu Pelancong ( 10 minutes )

Jumaat, November 26, 2010

RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3

Saya suka berjalan-jalan di Rengit kerana terdapat banyak bangsal-bangsal menjual barang terpakai. Kebanyakan perniagaan ini diusahakan oleh orang asli.

Terlintas di kepala saya, entah-entah mereka ini punya mesin masa yang membolehkan mereka merentas ke zaman lampau untuk mengumpul barang-barang lama dan dibawa ke 2010. Lazat sekali ilham ini, sesuai sangat untuk projek Tee Rimau yang selanjutnya. Rengit Time Travel Agency- Tee Rimau no. 3.

Saiz cetakan rekabentuk atas baju adalah A4

Harga adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat untuk pre-order sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel RENGIT TIME TRAVEL AGENCY - TEE RIMAU No. 3. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.

Saya akan menjual terhad 10 helai sahaja secara online. Bakinya untuk simpanan peribadi.

Sekarang tinggal 3 helai available. (updated frequently)

Siapa cepat, dia dapat. Bukan nak berniaga, cuma nak menggoda. Ahak!


Inspirasi lain untuk projek ini
1. Ada sekeping foto dari tahun 1940 di laman web muzium Kanada. Sepintas lalu, foto itu kelihatan seperti mana-mana foto lama. Tetapi, apabila diamati kelihatan seorang lelaki memakai baju dengan logo W serta mengenakan sepasang cermin mata hitam yang amat hip. Dari busananya, dia terlalu moden untuk zaman itu. Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Time Traveler Caught in Museum Photo]

2. Dalam sebuah filem Circus (1928) lakonan Charlie Chaplin kelihatan di kalangan orang ramai seorang wanita sedang menggunakan telefon bimbit. 1928 sudah ada telefon bimbit ke?  Kesimpulannya, dia adalah seorang perentas masa. [Cell phone time traveler from 1928]

Foto-foto di atas masih diragui kesahannya. Pun begitu, jika anda tertangkap bergaya dengan memakai baju Rengit Time Travel Agency, sahlah anda seorang perentas masa. Stok amat terhad. Beli sekarang.

Khamis, November 25, 2010

PENGURUSAN TAMAN YANG MAMPAN

San Anselmo's Creek Park Movie Night

Kebanyakan taman ditutup pukul 7 malam. Ini adalah satu pembaziran sumber.

Apa yang rakyat perlu adalah taman yang dibuka hingga jam 12 tengah malam. Kalau rakyat boleh bayar untuk main futsal, snooker dan gym bagi keselesaan riadah malam, maka rakyat juga tidak kedekut bayar untuk riadah di taman di waktu malam.

Untuk bayaran yang berbaloi, pengurusan taman malam perlu menyediakan kawalan keselamatan yang cukup bagi mencegah jenayah dan maksiat. Taman juga perlu menyediakan alat senaman, litar jogging, taman kanak-kanak, gelanggang takraw, bola keranjang dan amphiteater (sekadar menyebut beberapa pasarana). Bayaran masuk ini boleh digunakan untuk urusan pembinaan dan penyelenggaraan taman.

Kalau taman buka siang sahaja, tidak sempat rakyat pergi memandangkan kita kerja bertungkus lumus pada waktu siang. Lagi pun cuaca Malaysia terlalu panas untuk riadah terhad di waktu siang.

Kredit: Yusri Hashim, tukang komplen bebas.

Ahad, November 21, 2010

BASIKAL POSMEN IDAMAN HATI

Semalam saya singgah Batu Pahat membeli basikal terpakai dari Jepun. Harga basikal terpakai di sana sekitar RM100 hingga RM200. Saya angkat 3 buah basikal.

Di depan kedai itu dipamerkan dua biji basikal posmen Jepun berwarna merah. Tempat duduk penunggang diperbuat dari kulit lembu. Tempat duduk pemboncengnya lebar. Di hadapan handle ada carrier untuk beg surat. Sungguh memikat hati. Harganya RM500. Kalaulah masih muat masuk kereta, aku dah sambar basikal posmen itu.



Terdetik sebuah cerita:
...........
Sang Posmen
Nordin adalah seorang posmen yang kerjanya menghantar surat di kawasan kampung di Pulau Tioman. Dia jatuh cinta dengan Maznah tetapi Maznah sudah bertunang. Tunang Maznah berkerja sebagai polis di Kuala Lumpur.

Nordin memendam rasa menahan cinta tidak kesampaian kerana saban hari dia terpaksa menghantar surat cinta sang tunang kepada Maznah.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, surat dari tunangnya semakin kurang. Akhirnya tidak ada langsung. Berpucuk surat sudah diutuskan, namun tiada balasan. Hari-hari Maznah menunggu Nordin, Sang Posmen, membawa khabar dari kota tetapi hampa belaka. Nordin singgah tetapi tidak membawa surat.

Ahhhh klise. Kau pasti tahu endingnya.

Jumaat, November 12, 2010

USAHAWAN PART-TIME

Team Wonderstuff akan menjual gajet fotografi, vintage comics and magazines dan pre-owned attire.

Kalau jumpa gua, sila bisik, "Tok, PhD second hand ada tak?" Gua akan keluarkan dari dashboard. Product haram ni memang tak boleh jual open.

Jumpa kita di Carboot Sales.

Khamis, November 11, 2010

MISSING PERSON

Lagi cerita Din Root aka Azaruddin Paiman. Dia hilang. Kawan-kawan tidak tahu dia di mana. Kali terakhir dia berkomunikasi dengan gua, dia kata nak jumpa bomoh untuk ubat kaki.

Bomoh ni bukan boleh percaya sangat. Buatnya dijadikan Din makanan jin, naya juga.

Apa-apa pun, kalau jumpa dia, sila contact gua. Pesan dengan dia, kucing kat rumah tak de orang bagi makan.

Selasa, November 09, 2010

APA KATA SURVEY

Masa gua muda dulu, ramai awek nak kawan dengan gua.

Tok post soalan di FB dan Twitter. Tok jumpa ramai wanita yang punya lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Kenapa? Men are better friends?


Kita lihat jawapan-jawapannya.

Asrahales: nak faham lelaki kena kawan dengan perempuan ke>?hehehe

Zulhadri: Bcoz men understand women.

Ainfazrin: Lelaki tak cakap belakang. 'Boyfriend ko tu teruk. Tinggalkan je'. Kawan pmpuan akan swoh 'bersabar demi cinta'. Haha!

Gingerdon: because I talk/joke/fuck like a dude myself

KL48HFP: pompuan kalau sekelompok membawa bencana!

Atie91: perempuan xleh simpan rahsia seorg perempuan..HAHA

Khalizawati Mohd Zin: totally agree..

Cahaya Ilyana Zaini: Ada perempuan rasa berkawan dgn lelaki lagi seronok berbanding perempuan sbb lelaki x bzbody dan x menyebok hal dalam kain dia.

Zalila Isa: Otak perempuan yang sedia komplikated, harus diringankan dengan otak lelaki yang selalu make it simple. Tapi ada juga lelaki yang make it complicated.

Nisa Kamaruddin: sayelah antaranya. kawan dengan lelaki senang sebab cakap straight tak selindung-selingung, tak cepat terase hati dan tak emosional. juge boleh suruh angkat2 barang. heh.

Aishah Nur Hakim: sebenarnya, malas nak mengaku. tapi pemikiran perempuan selalu boleh diterima lelaki, walaupun sekadar "buat2 faham". perempuan rasa tidak membazir bila ideanya dicurahkan kepada lelaki berbanding perempuan. hate to admit this.

Zulela Jamaludin: saya suka berkawan dng lelaki .. lebih santai dan cool .. mmm .. tapi kekadang takut isteri isteri or gf mereka tersalah paham lah pulak :(


Nor Azlin: lelaki memerlukan perempuan ; perempuan memerlukan lelaki. macam magnet, mesti tertendang semula ke belakang kalau P-P, L-L. Sebenarnya, semuanya berkaitan psikologi. :P Penerimaan, mendengar, kadangkala, pihak berlainan jantina lebi...h cenderung memahami...

Hate to admit thid tooooo!

Fikri Kacak: Saya nak kawan dgn ramai perempuan tapi depa yang taknak kawan dengan saya :p

Ain Fadzal: sy byk kwn perempuan. kah kah kah. dulu sedang-sedang saya gemok banyak kawan perempuan. Tapi, sejak saya kurang-kurang gemok dari dahulu bertambah kurang kawan perempuan. sbb sy x cukup solehah. T-T

Nurul Yahya: Ada y tak kena dgn perangai perempuan tu..memilih kawan..susah nak bertoleransi..kalau org biasa,dia tak memilih,lelaki perempuan tua muda semua boleh dibuat kawan..

Yalynn Minority: saya sendiri asek terkene gosip liar dari mulut perempuan. mulut lelaki pun ada juga. tapi overall lelaki mmg mudah dibuat kawan selagi tidak menyelewang maksud berkawan. dan saya mmg punyai kawan2 lelaki yg rapat dgn saya. mereka lebih rel...ax dan tidak merepek fikirannya. at least blh balancekan pemikiran saya yang kadang2 merepek. neutralizer. dan saya juga punyai kawan2 perempuan yang rapat, ini sudah ditapis dari segi attitude yang sesuai dgn saya. saya tidak memilih sebarangan, ini penting supaya tidak tersalah pilih kawan yg BUSUK. :D

Spyz Tom Faizul: hv u ever heard what harry said to sally bout man-woman friendship? :-)

Aku La Q: baru nampak best, macam player coz ramai kawan lelaki... ha ha


Kesimpulannya: Lebih banyak wanita menjawab soalan yang Tok ajukan berbanding lelaki. Ini membuktikan dengan jelas dan muktamad  bahawa Tok mempunyai ramai teman wanita. Ha Ha Ha.

p.s.
Agak-agaknya lepas ni mereka unfriend Tok tak?

REDUP PEMIKIRAN

Din Root melayan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa. Single and available.
Din update 9.00 malam tadi di FB mengatakan dia sudah ada blog, reduppemikiran.blogspot.com. Kawan-kawan berbondong-bondong pergi tengok mahu jadi orang pertama tinggalkan komen. Tak wujud pun. False alarm. Inilah konspirasi paling besar. Mak kepada bapak konspirasi.

Dalam gua tertipu itu, gua pun bikin reduppemikiran.blogspot.com. Gua tahu Redup Pemikiran itu satu jenama yang tidak boleh dipisahkan dengan Din. Sebagai manusia yang disumpah dengan kesetiaan, Din pasti mahukan Redup Pemikiran.

Bila dia mahukan Redup Pemikiran, dia kena bayar gua. Inilah mak kepada bapak peras ugut siber. ha ha ha.

Sementara itu, jam 7.33 pagi Jimbo bangkit tidur dan sarapan. Sambil dia makan nasi lemak, dia bikinkan blog untuk Din. Tajuk blog itu Redup Pemikiran tetapi urlnya http://pemikirandin.blogspot.com/ . Huh! Tak komersial langsung. Tapi tak sampai 12 jam, dah ada 5 postings. Memang prolifik. Kalau satu hari dia tak update, maksudnya dia hilang. Kita boleh buat report polis.

Kita lihat sampai mana dia bertahan.

Ahad, November 07, 2010

SIHIR KL48HFP



Okay. Kami tak menang. Kalau menang, kami akan takbur dan lupa diri. Kami bukan boleh lebih sikit. Hi hi hi.

Filem-filem lain dari KL 48 Hour Filem Project boleh ditonton di SINI.

Selasa, November 02, 2010

TAYANGAN PERDANA SIHIR tulisan Tok Rimau

Unofficial Poster

Official Poster

Sinopsis: Nurul, seorang wartawan, menyiasat kes santau sampai mati seorang ahli politik. Berjayakah Nurul atau dia sendiri yang bakal jadi mangsa?
Undilah filem ini untuk Audience Choice Award KL48HFP.

Tayangan Perdana
Waktu: 2 p.m.
Tarikh: Sabtu, 6 November 2010
Lokasi: Dewan Kuliah Utama, ASWARA

DATANG & UNDI: Mengundi adalah tanggungjawab anda. Undilah filem SIHIR tulisan Tok Rimau. Arahan Rozinor Razali. Semua pelakon dilatih oleh ratu filem pendek, Fazleena Hishamuddin. Diterbitkan oleh Pelita Bambu Production.

 .............
Berita lain:
Addeen Multimedia Sdn Bhd akan mengadakan satu open audition untuk mencari bakat voice actor bagi siri animasi 'Eicak'. Details are as follows:

Date: 9 November 2010 (Tuesday)
Time: 10 am
Venue : 5 Jalan Berlian 2, Taman Berlian, 68100 Bt Caves. (first floor)

Sebenarnya tempat ni kat greenwood, opposite Greenwood punya bas stand, tempat jual2 tiket bas ekspress tu. Shop house kat taman Berlian. Walaupun alamat dia tulis Bt caves.

kalau ada problem dengan lokasi tempat, contact

1. Azman0193832341
2. Dean Sham0173043907

Voice acting ni adalah projek berbayar. bayaran di tentukan berdasarkan pengalaman actor, watak yg diberi, jumlah watak.

So sesiapa yg tamak haloba bole amik 2,3 character buat 2,3 suara dapat 2,3 bayaran. hahaha.

Kalau anda takde bakat, sila sampaikan mesej ini pada rakan yg ada bakat. Sekian terima kasih.

Selasa, Oktober 26, 2010

MENCARI CINTA

Suatu hari, Esah merasa sangat bertuah. Maka, dia pun mencari cinta.

Isnin, Oktober 25, 2010

PERASAN POPULAR


Gua melabuhkan punggung di atas kerusi. Keluarkan sebatang rokok dan cucuh api. Gua sedut penuh paru-paru dan lepaskan perlahan-lahan. Setiap sedutan mesti dinikmati. Rokok mahal sekarang.

Gua panggil pelayan datang ambil pesanan. Pelayan itu datang sambil berlenggang. Dia catat pesanan dan terus ke dapur. Mata gua tidak ikut pinggulnya ke dapur. Pandangan kedua dah kira dosa.

Lima minit kemudian, pelayan itu datang menghulur cawan atas meja. Dia kata, "Tok Rimau?"

Terperanjat gua. Macam mana pelayan ni boleh kenal gua? Tidak sangka gua popular.

Gua pun menghulurkan tangan untuk berjabat. Gua tanya, "Macam mana kenal?"

Pelayan itu nampak keliru. Dia ulang lagi dengan nada lebih kuat, "Teh-O limau?"

"Teh-o limau?" Gua pun ketawa, "Ha! Ha! Ya, ya, abang order teh-o limau tadi."

Celaka! Gua salah dengar. Malu gua. Malu siot. Merah muka gua agaknya.

"Terimakasih," sambung gua lagi cuba kawal kool. Pelayan itu pun berlalu. Dan gua pasti dia berlalu dengan anggapan yang bukan-bukan.

BRING YOUR OWN TENT



Converse Jamboree 2010 6 - 7 Nov - 2 days and 1 night creative camp workshop

Only open for 18 - 21 years old.

Please fax in your entry form to 03 – 5632 0737, and call 03 – 5631 6500 (Nakiah) to check if we receive your form copy.

All entries must submit to us before 31st October 2010. Campers are limited to 150 participants only. We hope to see passionate faces and flaming talents who constantly ready - to learn and evolve.

Get your form and details HERE.

Rabu, Oktober 20, 2010

CASH & CARRY


For Sale. Syiling 50sen tahun 2007. Tunai dan angkat. Harga patut. Hanya Rm0.50

Selasa, Oktober 19, 2010

KEDAI HARTA KARUN

Sila datang ke Kedai Harta Karun gua. Gua tengah buat sales sempena musim kemarau. (Kalau lu friend je baru boleh masuk ini kedai. Eksklusif gila)
Gua tidak mahu, bila gua mati nanti, waris-waris gua berebut harta karun gua. Oleh itu, lebih baik gua jual sekarang. Keuntungannya kelak, gua boleh tempah plot tanah kubur yang dekat bawah pokok. Redup sikit kubur gua. Waris-waris datang nak baca doa pun tak mengeluh.

Rabu, Oktober 13, 2010

KEDAI HARTA KARUN

Bayangkan sebuah kedai. Namanya Kedai Harta Karun. Mungkin 20 kaki panjang dan cuma 6 kaki lebar. Barangan yang dijual dipamerkan kemas dalam rak berkaca dari dinding kiri ke dinding kanan dan lantai ke siling.

Apakah barangan yang dijual? Harta karun. Ini termasuklah komik, anak patung, buku stem, piala, t-shirt dan piring hitam. Sebenarnya banyak lagi tetapi malas nak sebut semua. Harta karun adalah barangan yang aku sayang tetapi kegunaannya sudah hampir tiada atau tiada langsung.

Berbalik kepada saiz kedai. Biasanya kedai lebar sampai 70 kaki tetapi kenapa guna 6 kaki sahaja? Oh! Sebenarnya ini konsep bukan nak niaga, cuma nak menggoda.

Depan sahaja nampak macam kedai tetapi sebenarnya di dalam adalah ruang latihan untuk bengkel penulisan, penerbitan, fotografi dan filem. Dalam ruang latihan ada meja-meja bulat, papan putih dan projektor. Bayangkan macam sekolah tadika tetapi untuk remaja dan orang dewasa.

Konsep dan idea ini adalah inspirasi dari projek 826 National, sebuah organisasi untuk bengkel penulisan dan penerbitan. Mereka ada 8 cawangan di Amerika Syarikat dan di setiap satu didepani sebuah kedai "gila". Ada kedai Time Travel, Bigfoot Research Center, Kedai Lanun, Kedai Jelajah Angkasa, Kedai Robot, Kedai Bosan dan paling mengujakan adalah kedai Superhero di Brooklyn (Sila klik untuk lihat gambar).

Itulah mimpi saya pagi ini. Hi! Hi! Hi!

Selasa, Oktober 12, 2010

IMYVM


"But that's alright, Because I love, The way you lie, I love the way you lie, I love the way you lie," bunyi nada dering lagu Eminem dan Rihanna. Ajan angkat telefon.

Rima: Rindu saya?
Ajan: Mestilah. Rindu sangat. Macam lagu Senyumlah Kuala Lumpur- Alleycats, "Di lebuhraya, di papan tanda, tergambar wajah mu.."
Rima: Sweetnya.
Ajan: Atas Papan tanda tulis, "Awas! kawasan Kemalangan." Ada gambar tengkorak. Hi! Hi! Hi!
Rima: Jahat!

KARUNG GUNI DOT COM

Kepada penggemar barang langka (rare), gua baru jumpa satu kedai yang amat langka di Johor. Ia menjual barang-barang terpakai dalam bentuk mainan, perhiasan rumah, perhiasan badan dan barangan antik. Kebanyakannya datang dari Australia.

Taukenya bernama Jane dan Vincent. Mereka sangat peramah. Gua singgah beli pelbagai bentuk Spiderman, Batman dan buckle talipinggang tembaga.

Oleh kerana kedai ini langka, maka maklumat kedudukan kedai ini juga langka. RM10 untuk maklumat lokasi. E-mel gua untuk urusniaga maklumat.

Gua memang pakar bab model perniagaan ganjil dan ekonomi baru. Ha ha ah!

Otai-otai di luar kedai bukan untuk dijual

Kereta-kereta plastik terpakai
Kereta-kereta besi
Figura aksi pelbagai bentuk
Topi koboi asli dari Australia sesuai untuk di pakai ketika mahu melaram.
Gua pun patutnya duduk sebelah barang-barang antik ni. Ha ha ah!

Selasa, Oktober 05, 2010

Isnin, September 27, 2010

ESOK MASIH ADA

Letak gambar kuih rasa macam blog makcik-makcik

Menunggu Syed datang macam menunggu kucing bertanduk.

Awal pagi Syed SMS kata, dia nak datang beraya ke rumah aku. Tentulah aku berkemas-kemas dan mula memikirkan apa nak jamu dia.

Tapi, batang hidung dia tak kelihatan.

Ini contoh perkara yang membatalkan raya. Janji nak datang tapi tak muncul-muncul.

Tengahari aku tanya, "Mana?" Dia sedang beraya di tempat lain. Giliran rumah aku lama lagi gamaknya.

Petang sikit aku tanya lagi, "Mana?" Dia kata dia kat rumah tunggu Shafiq datang rumah dia. Eh! Bila dia nak datang rumah aku ni?

Tidak boleh jadi ni. Aku kena desak sikit biar dia datang cepat. Aku tidak boleh pergi ke mana-mana selagi dia tak sampai. Habis program aku satu hari tunggu dia.

Jadi, aku hantar beberapa siri desakan via SMS setiap beberapa jam.

"Air batu dah sejuk ni tunggu lu datang."
"Jangan sampai bara BBQ ni jadi abu."
"Oiii ayam atas BBQ dah jadi arang."
"Bagi tahu exact time bila lu sampai rumah gua."

Akhirnya jam 10 malam dia sampai. Dia datang dengan Shafiq.

"Mana BBQ?" Dah la lambat. Ada hati tanya BBQ.

 "Tadi ada group marhaban datang. Mereka habiskan." Aku bohong.

"Cheh!" Syed tahu aku bohong.

Aku hidangkan dia spaghetti goreng dan koktail buah. Sambil-sambil menjamu selera, aku marah dia sebab buat aku tunggu. Dia tidak mempertahankan diri tetapi dia minta aku baca balik SMS yang dia pagi tadi.

"Saya nak datang raya rumah Tok esok."

ESOK. Bukan hari ni. ESOK. Bukan malam ni. Oh! Aku terlepas ESOK sebab aku amalkan speed-reading. Aku la yang tercepat, bukan dia yang terlambat. Malu dowh!

Ini contoh perkara-perkara yang membatalkan raya. Marahkan orang tanpa usul periksa. Mengenakan pula. Paksa orang datang rumah. Ish ish. Raya-raya tambah dosa.

Maaf zahir batin kepada Syed dan Shafiq. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan seluruh ukur lilit badan. 0-0. Janji, aku tak buat lagi.

Khamis, September 23, 2010

TAKTIK CONMAN


Fatin mendapat panggilan telefon dari Ms Ng, MBF Cards. Ms Ng menuntut Fatin melunaskan hutang kredit kad RM8500. Kali terakhir, kad tersebut dibelanjakan adalah di Jakarta, Indonesia. Ms Ng menyatakan butir nombor kredit kad, nombor kad pengenalan dan alamat Fatin di Lot 261, Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Fatin naik marah. Dia tidak punya kredit kad MBF. Dia juga tidak pernah jejak kaki di Indonesia. Passport pun dia tidak ada. Dan dia tidak tinggal di Kota Kinabalu. Fatin bermastautin di Johor Bahru.

Ms Ng memberi nombor telefon Pusat Aduan Pemalsuan Kad Kredit, Bank Negara kepada Fatin. Ms Ng menggalakkan Fatin membuat aduan. Fatin segera menelefon. Pegawai Bank Negara menanyakan butir-butir kes serta butir-butir akaun sebenar Fatin.

Fatin rasa tidak sedap hati mendedahkan maklumat sulit melalui telefon. Dia segera meletak telefon. Dia segera bergegas ke Balai Polis berdekatan dan pusat MBF. Saya menjadi drebar Fatin untuk ke Balai Polis dan MBF. Ya, watak saya kecil sahaja dalam episod ini. Hi hi hi.

Menurut Polis yang mengambil laporan, dalam minggu ini sahaja sudah ada 4 kes yang sama. Salah seorang mangsa penipuan bagai terpukau dan menyerahkan RM10 000 walaupun dia tidak pernah ada kad kredit. MBF juga membuat penjelasan Ms Ng tidak bekerja untuk mereka dan tiada orang membuat kad kredit menggunakan nama Fatin.

Nasib baik Fatin cepat sedar walaupun ketika itu emosinya bercampur baur panik dan marah. Nasib baik dia tidak menyerahkan butir-butir akaun yang membolehkan "pegawai bank negara" menyedut duit dari akaunnya.

Apa pun, untuk tujuan keselamatan. Fatin bukan nama sebenar mangsa yang hampir tertewas. Dan kawan-kawan semua hati-hatilah. Sekian laporan saya.

Selasa, September 21, 2010

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN RAYA

  1. Salam cengkam sampai terseliuh jari orang.
  2. Salam bini orang sambil laga pipi kiri kanan.
  3. Tapau makanan open house sedang ramai lagi belum datang.
  4. Duit masuk poket sampul sepah-sepah.
  5. Mengutuk makanan tuan rumah.
  6. Mengesat tangan penuh lekit nasik impit kat langsir.
  7. Balik pakai kasut raya orang sebelah.
  8. Tumpang toilet tuan rumah tapi tak flush.
  9. Parking depan pintu pagar jiran tuan open house.
  10. Ziarah jiran yang kaya-kaya dan skip jiran yang miskin.
Ada lagi tak?

Rabu, September 15, 2010

MAMAN

Maman, kawan aku semasa di Bukit Chagar dulu. Kami sama-sama main bola atas tar tapak letak kereta. Kami sama-sama cari kerja dari kilang-kilang bila habis sekolah.

Kami sama-sama tolak warung kopi mamak atas jalan Wong Ah Fook menuju ke pasar besar Johor Bahru. Kami jadi pembantu pembancuh air. Pada zaman ekonomi meleset, kami tidak boleh memilih kerja.

Kemudian Maman masuk Navy. Tapi sekarang dia sudah bersara. Bersara awal.

Setiap kali hari raya aku akan singgah ke rumah Maman di Rengit. Hari Raya tahun ini dia sibuk memasak. Badannya berpeluh-peluh masa aku sampai.

"Jom bergambar Man."
"Gua berkilat ni. Baju pagoda je pulak."

Aku pun tanggal baju raya aku. Tinggal singlet sahaja.

"Sekarang kita sama."
"Lu memang brader."

Klik.

Maman kawan aku semasa di Bukit Chagar dulu. Kami sama-sama main bola atas tar tapak letak kereta. Kami sama-sama cari kerja bila habis sekolah.

Isnin, September 13, 2010

RUMAH BATMAN

Ini bukan batu nesan Batman. Ini rumah batman. Hi hi hi.

Masa gua berhari raya di Sungai Kluang (Fruit Bat), Rengit, Johor, gua dapati rumah-rumah kampung di sana letak tanda nama tuan rumah seperti di atas.

Dan di bawah pula adalah logo Sekolah Tinggi Kluang. Kool bukan.

Selasa, September 07, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA 2

Penulis dengan Ujang #1 1994
Masa darjah empat, gua balik sekolah dan mendapati mak tidak membeli suratkhabar. Gua punya la kecewa dan patah hati, gua nangis guling-guling atas simen. Mak gua tak layan pun sebab mak tau, gua bukan nak baca laporan BSKL atau muka depan pun, mak tau gua nak baca komik je.

Setiap kali nangis, abah akan pujuk gua dengan Gila-gila, Bujal dan Gelihati. Oleh itu, lepas cabut gigi gua dapat komik. Lepas sunat gua dapat komik. Terus, gua ada ketagihan baca komik. Bila makwe tinggalkan gua pun, gua baca komik. Terubat hati.

Nak baca kenalah beli dulu.
Varia Lawak #1 1997

Masa gua mula simpan komik, gua bukan fikir nak berniaga pun. Gua cuma simpan sebab gua cintakan seni itu.

Gua beli macam-macam komik tapi gua tak layan set-set Pedang Setiawan dan komik-komik Hong Kong. Masa Pedang Setiawan menaik, gua kat El Paso. Gua dah naik satu level layan novel grafik pula.

Pun begitu, banjir besar berlaku. Wabak anai-anai melanda. Gempa bumi. Gunung berapi. Raksasa biawak keluar dari perut bumi. Gua berpindah-randah. Banyak juga komik-komik gua yang musnah dan hilang.

Kini, sudah tiba masanya gua berpisah dengan komik-komik gua. Gua nak wariskan komik-komik ini kepada orang yang menghargainya seperti mana gua menghargainya. Mencintainya seperti mana gua mencintainya.
Jimbo ada sound gua, "lu simpan beg kat Puduraya satu hari berapa lu bayar?" Betul kata Jimbo. Kalau simpan beg di Puduraya bayar RM5 sehari, bayangkan kos gua simpan komik dari 1985. Berapa kos storage tu? Ada makan juta-juta. Ini akan gua ambil kira dalam menentukan harga.

Lagi satu hal, gua takkan jual kepada orang hanya kerana dia ada duit. Gua tak mahu nanti ada anak jutawan beli stok gua  dan baca dalam tandas. Tak ada respek langsung. Gua memilih pelanggan gua. Gua akan interview dulu. Kalau belum kahwin, gua bagi diskaun.

Satu hari tu di Paso Bumbong, gua dah buat ujian pasaran. Memang meleleh air liur peminat-peminat komik tengok koleksi gua. Terus mengimbau masa silam. Ada satu brader belek komik gua dan letak semula kat lapis bawah. Dia bajet, sekejap lagi nak buat loan KWSP dan datang sambar komik tu. Sayang sekali, ada pelanggan lain dah sapu.

Sebenarnya, kalau tak terjual dagangan malam itu pun tak mengapa. Tujuan utama gua di Paso Bumbong adalah nak pamerkan koleksi dan jumpa kawan-kawan. Ada orang beli dagangan tu, kira bonus.

Sekarang gua akan mula simpan stok komik gua dalam plastik. Gua akan jual secara lelong bagi komik yang langka (rare). Siapa tawarkan harga tertinggi, gua lepaskan. Dan bagi komik yang tak berapa langka, jual borong je.

Tak lama lagi gua akan buka satu blog lagi dengan nama, jualbelikomik.com. Berapa banyak blog la gua ada?

Isnin, September 06, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA

Gua anak nombor dua. Angah. Anak nombor dua jarang dapat baju baru. Dalam banyak masa gua dapat baju bekas Brader Long gua. Baju bola gua ada Din kat belakang. Tak ada jati diri langsung.

Rupa-rupanya beginilah takdir bermula sejarah gua masuk scene barang terpakai.

Sampai masa, badan gua dah sama besar dengan Brader Long. Takkan gua nak kebas baju dia pula. Lagi pun gua tak berkenan benar dengan fesyen Montagut dia. Alternatif lain, gua mula layan Levi's Siam palsu pasar malam dengan duit biasiswa. Baju Abibas pun gua ada. Rasa poser pakai baju tiruan ni.

Kemudian bila gua dah kerja, baru gua mampu beli yang original. Mungkin bila gua dah kaya sikit, gua dendam beli baju baru-baru je.

Satu hari, gua kena hadir satu perkemahan lasak. Sah, baju akan kotor kena lumpur. Gua mula berjinak dengan Kedai Bundle untuk cari baju pakai buang tetapi akhirnya gua jatuh cinta dengan bundle.

Setiap helai tu ada sejarahnya. baju tu banyak pengalaman. Mungkin, dalam baju tu la, pemakainya mati kena serangan jantung. Hi hi hi. Gua selalu fikir bukan-bukan tentang pemilik asal baju yang gua pakai.

Setakat ni gua tidaklah nak berniaga baju bundle sangat sebab scene baju bundle ni dah establish kat Johor. Big Bundle dah monopoli scene. Mana-mana lu pergi, Big Bundle dah ada francais.

Yang bisnes bundle kecil-kecilan pun dah ramai. Memang kalau gua join, tak boleh menang.

Tapi gua ni adalah sikit-sikit darah art dalam badan. Kadang-kadang gua rasa benda-benda dalam market ni tak cucuk dengan gua. Baik yang baru, mahu pun yang terpakai. Ada tak ada, gua akhirnya kena buat sendiri.

Katalah gua nak pakai baju dengan design Big Foot Kota Tinggi. Gua kena bikin sendiri. Gila lu kos dia. Senang cerita RM100 sehelai kalau bikin baju sendiri dari A hingga Z.

Mahu tak mahu, gua kena print banyak dan berniaga juga untuk kurangkan kos. Dengan cara ini gua pun boleh pakai baju yang ikut selera gua. Gua pun print sendiri t-shirt dan mula jual.


Gua mula perlahan-lahan dengan projek t-shirt Language Camp, Geng Jurnal dan Sol-jah. Sekarang ni gua lebih minat design limited edition 10-20 helai baju je. Biar rare. Biar yang pakai rasa istimewa. Segan la Mat kalau gi bandar nampak orang pakai baju sama dengan dia turun eskalator. Boria ke apa. Tak istimewa langsung.

Jadinya, gua buat sikit je. Semalam masa kat Paso Bumbong, gua gantung 2-3 helai baju Jesse Labu. Last kopek punya. Ada satu awek ni, boleh tahan cun, tengok terus ketawa. Dia dapat siot lawak baju tu. Terus dia beli dua helai. satu hitam, satu putih.

Sekarang tinggal sehelai je baju tu. Saiz XL. Bukan saiz gua tapi gua sayang nak jual. Gua azam makan lebih sikit sampai gua muat ngam masuk dalam baju tu.

Esok lusa gua mati, t-shirt gua akan melambung harga. Macam bila Michael Jackson mati, tiba-tiba mat punk pun cari t-shirt Bad.

Pendek kata, kalau gua mati, pelanggan gua boleh jual balik t-shirt tu untuk beli nasi minyak. Bukan untuk makan seorang tapi jenis jemput orang ramai datang punya. Masak pakai kawah. Amacam? Baik bukan.

Oleh itu, sesiapa yang ada t-shirt gua. Jaga elok-elok . Sidai dalam rumah, sidai kat luar kang kena rembat. Gua takkan hidup 1000 tahun, gua akan mati juga. Sabar ya.

(bersambung)

Ahad, September 05, 2010

KAWAN-KAWAN YANG GUA SUKA

Berdiri Dari Kiri: Buruh Kanak-kanak, Mat Enter Frame, Mat Donut, Mat Popia, Mat Komik, Mat Gajet, Mat Topi, Mat Printer Terpakai, Mat Skuter.
Melutut Di Depan: Mat Roti Jalanan
Tiada Dalam Gambar: Mat Ular (Khadak Hajat)

Lokasi: Atas bumbung Plaza Seni JB.
Majlis: Paso Bumbung anjuran Joho
Jurufoto: Kukubesi.

Sabtu, September 04, 2010

ASAL USUL TRANSFORMER

Pada zaman dahulu, lu semua belum lahir. Tapi ada juga dua tiga yang dah bertatih. Tapi pukul rata belum sunat lagi. Lu kalau terkenang zaman silam mengusik jiwa, lu cerita pasal Gundam, Macross dan Motospeda. Semua tak vintage Mat. Transformer apatah lagi. Yang vintage adalah Broker Corp Machine Blaster. 1970 tu. Masa tu Dahlan Zainuddin adalah superstar,



Anime Broker Corp Machine Blaster mengisahkan Tempe dan kawan-kawan memandu Robot gergasi walaupun boleh tembak lazer, tapi mereka lebih suka tempur dengan senjata tajam. Lawan mereka adalah robot alien.

Semua budak-budak mesti belajar lukis robot ni. Bukan itu sahaja, kami juga buat origami robot ni. Beli-beli robot plastik sambung-sambung masih tak cukup DIY mat.

PASO BUMBUNG

Buku CERKAS boleh didapati di sini. Sila ke gerai Wonder Stuff.
Paso Bumbong
When: September 4, 2010
Where: Plaza Seni Rooftop
Time: 3:30pm - 12:30am
Gua bawak sikit je, siapa cepat dia dapat.

Rabu, September 01, 2010

KONFLIK MALAYSIA INDONESIA


Konflik Malaysia - Indonesia  sebenarnya konflik Indonesia - Indonesia. Konflik dalaman kelompok manusia yang baran.

Indonesia gegak gempita dengan tunjuk perasaan, membakar bendera, melempar najis, membaling batu dan mengutip tanda tangan darah. Di bulan puasa yang mulia kenapa marah tidak tentu arah?

Pada pandangan Malaysia, tenang-tenang dong. Jangan emosi. Jangan gawat. Malu dong ah perang-perangan hanya kerana perselisihan faham yang sedikit. Where is the love?

Sejarah perang Malaysia memang sedikit berbanding Indonesia, ini kerana kami ini pencinta keamanan.

Tenaga yang banyak-banyak itu lebih elok kalau kita tumpukan ke arah memakmurkan manusia sejagat. Bantu membantu dalam soal pasca-tsunami, pasca-gempa dan pasca-ledakan gunung merapi. Dan seribu satu macam masalah lagi. Indonesia should know better, we are lovers not fighters. Peace. No war!

Salam lebaran dari Malaysia. Maaf zahir batin.

Isnin, Ogos 30, 2010

BIRTHDAY WISH


Pada tarikh ulangtahun kelahiran aku kali ini, aku sedar bahawa adalah agak terlambat bagi aku untuk mati muda. Hi hi hi.

Aku sambut harijadi kali ini dengan beli hadiah untuk diri sendiri. DIY la tu. Aku beli, sepasang kasut basketball adidas, sebiji bola nike dan dua pasang t-shirt WWF. Bukan World Wrestling Federation tetapi World Wildlife Fund. Atas baju tertulis mesej, "Selamatkan Harimau." Ya. Harimau semakin pupus. Hi hi hi.

Berikut adalah senarai hadiah bithday wish aku untuk tahun depan yang aku mohon dari kalian mengikut kesesuaian, keikhlasan dan kebakhilan masing-masing.

RM1000000
Sebuah dewan basketball tertutup yang juga serbaguna. Jika kelak aku tidak boleh berlari lagi dan mula solat atas kerusi, aku boleh convert jadi panggung wayang atau tempat gig jika perlu. Kalau tidak pun sewakan untuk majlis-majlis perkahwinan.

RM100000
Satu unit apartment mengadap kolam renang kongsi.

RM10000
Macbook Pro bundled with photoshop and finalcut video editing sofware.

RM1000
Official Spalding NBA tournament basketball.

RM100
Senaskah buku tentang pengarah-pengarah filem legenda.

RM10
Nasi beriani gam dan bandung soda dua gelas.

 RM0
Doa agar aku bahagia dunia akhirat.

Oleh itu, mula berjimat dari sekarang.

Sabtu, Ogos 28, 2010

TAYANGAN PERDANA PEMANDU PELENCONG

Sempena 31 Ogos, mereka akan tayang filem Bukit Kepon. Bagaimana dengan 28 Ogos?

Sempena meraikan tanggal 28 Ogos, filem pendek Pemandu Pelencong arahan Tok Rimau dan Jimbo disiarkan dengan sarikata Bahasa Melayu untuk bahagian Bahasa Jepun. Enjoy!

Masa kami tayang di Maskara Shorties dulu, hanya mereka yang tahu Bahasa Jepun sahaja boleh nikmati bahagian itu. Tonton sekali lagi dengan kefahaman baru!




SINOPSIS
Pemandu Pelencong adalah sebuah kisah penipuan peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh seorang kutu yang lemah dalam sejarah, ilmu alam dan pengetahuan am.

Filem ini dibuat dalam masa 24 jam. Ikuti cerita di belakang tabir pembikinan filem Pemandu Pelencong di SINI.

Trailer Penipu


PENGARAH
Tok Rimau adalah seorang penulis buku cerita di bawah label penerbitan indie Sindiket Sol-Jah. Manakala, Jimbo Tiram pula adalah front man kumpulan punk metal tepu Hellexist.

Bikin filem bukan periuk nasi mereka. Bikin filem adalah mangkuk mi segera mereka. Tok Rimau, Jimbo. Bergabung. Meletup! Jahanam! Ha! Ha! Ha!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...