Khamis, Februari 11, 2010
BUKU KEKAH SAMPAI JB HARI SABTU
Gua memang tak pergi KL untuk Maskara Februari. Gua ada Urusan Seri Paduka Baginda sebagai penghalang. Bukan sengaja pun.
Jadinya sesiapa yang dah beli Siapa Kekah Bidan Sepiah, mereka dapat semua tanda tangan ahli Sol-jah kecuali gua.
Ada mamat sound gua kat FB, "Gua ada semua tandatangan kecuali lu. Nak buat macam mana ni?"
First and foremost, sign-sign buku ni memang perangai rockstar tak ingat. Bukan Sol-jah nak riak bangga diri ke apa. Ish, perangai tempah neraka tu. Tujuan sign buku ini adalah untuk meningkatkan harga buku. Untuk keuntungan masa tua pembaca juga.
Nombor satu, buku Sol-jah cetakan terhad. Rare. Gua cakap lu.
Nombor duanya, jika salah seorang dari Sol-jah mati. Atau dua orang. Atau semua mati. Jet peribadi kami terhempas misalnya. Buku ini akan bertambah rare. Lagi melambung harga kalau lu simpan signature orang dah mati.
Ketiga, lepas baca lu boleh ajak kawan-kawan main role playing game Harimau Jadian. Panduan dan cara-cara bermain ada dalam buku ini. Ini pertama dalam dunia orang buat buku interaktif. Rare gila tu.
Memang sekarang harganya RM20, tetapi bila buku ini habis dijual, ia jadi makin rare. Harga makin naik. Lu kena simpan baik-baik balut dengan plastik.
T-Shirt Nirvana dengan tanda tangan Cobain masa keluar dulu harga RM20 je. Sekarang kat bundle pun jual RM500.
Gua pun memang ada simpan beberapa naskah buku Sol-jah dengan tanda tangan lengkap ahli. Kalau gua mati kelak, buku ini boleh buat pelaburan.
Ada awek sms gua, "Bang, saya ada buku Sol-jah yang ada gambar bontot-bontot lelaki tu. Sekarang saya nak yang ori- Mwah! Syasha."
Ish, mana awek ni dapat nombor gua. Mmm... entah-entah bukan awek pun. Takuttttt.
Kembali kepada thesis statement.
Apa yang gua nak fokus sebenarnya, Buku Siapa Kekah Bidan Sepiah ini memang rare. Belilah untuk jaminan hari tua anda.
Kalau ada tanda tangan Sol-jah yang kat KL lagi la rare. Kalau lu boleh tangkap gua untuk lengkapkan tanda tangan, lagi rare buku tu. Lu sorang je ada.
Macam treasure hunt. Buku-buku Alaf 21 mana fun begini? Kan?
Okay, 10 naskah buku akan sampai di JB malam Sabtu ni. Mana-mana pergi gua bawak dalam beg. Gua akan makan sekitar JB. Kalau gua banyak duit, mungkin kat hotel 5 bintang. Kalau takde duit, warung belakang jalan Meldrum pun gua layan.
Kalau lu nampak gua, lu tegur. "Psttt, brader... lu ada barang tak?"
p.s.
Sesiapa yang tak suka direct selling, boleh la beli via online di SINI.
Rabu, Februari 10, 2010
GOOGLE BUZZ REVIEW
Like a kid with a new toy, I am so excited. Here's my review after an hour of Buzzing.
1. The Buzz is fairly easy to use.
2. I like the way it pulls info from my blogs, flickr and youtube.
3. I strongly feel it should be called Gbuzz instead of Google Buzz.
4. It is yet to connect to my twitter. Why?
5. So far, my buzzing is limited to other Gmail users. I dont know whether I can connect to Non Gmail users. I'll explore later.
6. I can read comments from the Buzz. I hate it when the same comments are sent to my inbox. Redundancy occurs.
7. My friend Jimbo buzzed at 11.21 am. He got into it earlier than me. Damn. My first buzz was at 9.39pm.
8. I guess there's no limit to the number of characters you can type. So, you can microblog or macroblog. I prefer the standardized twitter limit for everybody. So, everyone's is microblogging. If you want to go macro, you should write on your blog and just tweet the url.
9. Too much white space. Half the width of the column should be enough for me.
10. If the buzz has all the features of twitter and facebook, will it be penalized under anti-monopoly act?
11. Now I have all these social media accounts, I am confused when best to use google buzz and when to use the others.
That's it so far. I will explore more and read reviews by others.
Selasa, Februari 09, 2010
3 LAWAN 3
Beep. Beep. Beep. Spalding hantar SMS, "Jumpa di Muzium nanti."
Bulan lepas aku nampak iklan, 3-on-3 Basketball Tournament di Kompleks Sukan. Aku buat tidak tahu. Tidak khabarkan pun kepada kawan-kawan gelanggang aku, kawan-kawan basketball yang main setiap hujung minggu.
Tahun lepas aku dan kawan gelanggang masuk kejohanan dalam kategori Non-Chinese. Perkauman betul format ini.
Format ini wujud dengan andaian Cina lagi handal main basketball berbanding kaum lain di Malaysia. Kami pun terpedaya dengan propaganda yang sama. Andaian kami, jika kami bersaing sesama bangsa, lebih mudah untuk menang.
Apa yang kami lepas pandang adalah Non-Chinese juga bermakna Arab, Kazakstan, Iran dan lain-lain bangsa yang belajar di Universiti Selatan akan masuk kategori ini. Memanglah kami kalah teruk lagi lengit. Nasib baik kami bagi nama team kami Roti Tampal Goyang, bukan Lenjan Maut, Beruang Brutal dan nama-nama lain yang menggambarkan ketangkasan dan kehandalan.
Itu tahun lepas.
Pun begitu masa kejohanan berlangsung tahun lepas, pemain-pemain Melayu yang dalam main kategori terbuka tidak kurang hebatnya. Pada pendapat aku Melayu main basketball lebih mirip dengan mainan Negro berbanding dengan Cina yang main ala Mat Salleh. Melayu main basketball macam bersilat. Banyak bunganya. Fancy. Sedang Cina pula main tegak macam Tae Kwon Do. Straightfoward. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tapi ini semua generalisasi. Tidak semua Cina pandai main basketball. Dan, tidak semua Melayu pandai main takraw. Kita tinggalkan isu perkauman ini di luar. Semoga baju batik 1Malaysia dapat menyelesaikannya.
Minggu lepas, tahun ini, Abang Halim telefon aku. Dia perlu seorang lagi ahli untuk mencukupkan team 4 orang untuk 3-on-3. Seorang itu rizab. Aku tidak boleh kata NO kepada Abang Halim. Bukan kerana dia persuasive, tetapi kerana dia lebih tua dari aku. Umurnya 50. Malulah aku yang lebih muda tidak menyahut cabaran.
Maka, lengkaplah satu pasukan bola keranjang. Aku, Mik, Zizan dan Abang Halim. Jumlahkan usia kami semua, 152 tahun. Sedangkan ahli team lain semua bawah 30an. Kalau jumlahkan usia ahli team lain, lebih kurang 100 tahun maksimum.
Setelah undi dicabut, kami berada dalam kumpulan D. Lawan-lawan kami adalah The Xtremes dan The Wonder Boys. Kedua-dua team ini adalah campuran Cina dan Melayu tetapi majoriti Melayu. Aku kenal mereka. Mereka adalah wakil universiti dan kolej-kolej untuk basketball. Aku tepuk dahi mengeluh. Kami telah menempah maut saiz XXL.
Abang Halim daftarkan nama team kami sebagai Blast From The past. Huh! Kalau kalah pun tak malu sangat. Kan?
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Game kami menentang The Xtremes pada pukul 11 pagi. Dan menentang The Wonder Boys pula pada pukul 2 petang. Ya, matahari terpacak di langit. Gelanggang terbuka. Memang masak rentung.
Aku jadi gabra.
Dalam sesi warming up, aku lontar-lontar bola ke dalam keranjang. Memanjang tak masuk. Aku bertambah gabra.
Game pertama, Blast From The Past vs. The Xtremes. Mereka memang tangkas, tepat dan laju. Separuh masa pertama kami kena 6-0. Kami macam hilang arah. Semua skills ke laut. Keranjang macam tidak mahu telan bola kami.
Separuh masa kedua kami lebih stabil. Aku rizab. Pun begitu, pemain lawan telah melanggar lutut Zizan. Lututnya dislocated. Dia merengkok di tepi gelanggang menahan sakit. Perlahan-lahan Mik tarik tegakkan kaki Zizan. Dia tidak boleh main lagi. Kami usung dia ke tepi. Aku masuk semula.
Pada wisel penamat, skor 13-6. Aku skor 3 mata. Kalah tapi tidak teruk sangat.
Menunggu game yang berikutnya, kami mengeluh. Dengan 3 orang tanpa rizab, kami memang tidak ada harapan untuk menang. Apatah lagi ke peringkat suku akhir. Keputusan perlawanan antara The Xtremes dan The Wonderboys menunjukkan The Wonderboys lebih kuat. Kami baru kalah dengan The Xtremes, sekarang perlu berlawan dengan pasukan yang mengalahkan the Xtremes pula.
Masak.
Abang Halim ceria sahaja. Dia tidak menampakkan tanda-tanda ketakutan. Katanya, "Relax la.Kita buat biasa-biasa seperti kita main setiap pagi Sabtu dan Ahad. Kita main bukan untuk menang sangat. Kita main untuk seronok-seronok keluar peluh dan melepaskan tekanan hari-hari kerja."
Abang Halim betul. Kalau menang pun cuma dapat hamper. Tujuan asal kami masuk tournament ini adalah suka-suka sahaja.
Pritttttttttttt! Wisel game kedua bermula. Abang Halim dan Mik banyak main dalam bulatan. Mereka lebih laju dan lebih mahir berbanding aku. Lagi pun, aku takut dengan The Wonder Boys. Mereka main agak kasar. Aku ada kecederaan sukan lama yang membebel di buku lali dan lutut. Aku tidak mahu cederakan diri.
Aku main di luar bulatan. Jika tidak open, aku pass. Jika open, aku shoot. Polisi dan strategi ringkas. Tidak membebankan. Aku tidak peduli pun kedudukan skor. Aku main macam biasa-biasa.
Prittttttttttt! Wisel penamat ditiup. Kedudukan terikat 10-10. Aku sahaja skor 6 mata dari luar bulatan. Not bad for a Blast From the Past.
Wajah The Wonder Boys nampak gabra. Malulah kalah dengan orang tua. Kawan-kawan mereka sudah gelak-gelak di luar gelanggang.
Kemenangan akan ditentukan oleh free throw sebagai tie breaker.
Ringkaskan cerita, kami kalah untuk tie breaker. Mereka lebih tepat lontarannya.
Aku high five Abang Halim, Mik dan Azizan yang jalan tempang tapi masih menyokong di tepi gelanggang.
Aku cari redup bayang pokok dan duduk menyandar. Aku togak air dari botol untuk rawat dehydration. Aku lap peluh. Aku buka kasut basketball aku. Aku gerakkan jari-jari kaki. Aku tanggalkan guard lutut dan buku lali. Sebelah kanan dan kiri. Aku berlunjur dan stretch kaki aku.
Dan aku ambil telefon bimbit dari beg sukan.
Aku taip satu SMS, "Aku tidak mahu pergi muzium. Kalau kau nak jumpa aku, kau datang jumpa aku. Bukan aku yang datang jumpa kau." Aku tekan reply hantar kepada Spalding.
Orang tua-tua kalau tulis SMS tak pandai ringkaskan perkataan. Terbiasa tulis ayat penuh.
Rabu, Februari 03, 2010
JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI
Selalu aku dengar, orang membuat komen, "filemnya tidak jujur." Apakah yang dimaksudkan dengan ini?
Konsep filem itu sendiri, isi didalamnya adalah manusia berlakon. Berpura-pura jadi watak yang diberi. Mana bisa jadi jujur.
Pelakon boleh sahaja buat helah bela diri dan berkata, "aku bukan berlakon tetapi aku menjadi watak itu." Kalau kau penari kuda kepang, maka aku percaya. Kau memang jadi kuda. Selebihnya, tak payah tipu aku. Kau hanya berusaha jadi watak tapi engkau bukan watak.
Apa ni, sekejap kau dan sekejap engkau. Ikut suka mana sedap eja. Aku harus jujur dengan hati. Crap.
Bila dikatakan jujur atau tidak, itu ditujukan kepada pembikin filemnya. Bukan pelakon. Sebab tuan sutradara dan tuan penulis yang punya kawalan terhadap karya.
Aku cuba kupas isu ini dengan ilmu aku yang sejengkal. Pastinya bila berkata tentang jujur atau tidak, ia merujuk kepada statement yang dibuat oleh filem itu. Statement di sini bukan bermaksud pengajaran tapi pandangan pembikin filem terhadap isu-isu yang dibincangkan dalam karyanya.
Karya menjadi hipokrit, tidak jujur, jika statement dalam filem berlawanan dengan pendirian pembikinnya.
Maka. Kalau kau mahu ketengahkan kasih sayang, kau sendiri mesti penuh kasih sayang. Kalau kau mahu ketengahkan kekuatan perempuan, kau sendiri kena hormat perempuan.
Susah gila mahu bikin filem yang jujur. Mungkin seeloknya aku cari contoh filem yang jujur. Mmmmm... ada ke?
(mata menjeling ke siling)
mmmm
(letak jari telunjuk di sisi dahi)
mmmm
(dahi berkerut)
mmmm
I can't think of one. Filem aku yang dua kerat tu pun pembohong besar.
Ehh.. kalau aku ini pembohong, dan filem aku itu berbohong, maka selarilah falsafah aku dan falsafah filem aku. Dan semestinya itulah filem-filem yang jujur. Ha! Ha! Ha! Aku genius gila.
Selasa, Februari 02, 2010
HALOSCAN TUTUP KEDAI
....
Haloscan is being shut down on: Feb 13, 2010.....
The Haloscan hardware and software is physically failing and we have no choice but to discontinue the service.
Two Options: Switch to Echo or Export your comments FREE.
Although we can't rescue Haloscan, we are trying our best to limit the negative impact on users. To do this, we have worked hard to provide 2 options for Haloscan sites.
Sedih juga. Seperti separuh jiwa ku pergi.
Isnin, Februari 01, 2010
TEH BOTOL
Gwe ada pergi ke restoran Ayam Penyet Ria di Sunway Pyramid. Pelayan-pelayannya ngomong Indon dengan pelanggan. Tetapi bila ngombrol sesama sendiri ngomong Melayu biasa.
Mungkin macam McD Crew. Dengan pelanggan cakap Bahasa Inggeris. Sesama sendiri ngomong biasa je.
Gwe suka dong Ayam Penyet Ria. Enak banget. Cabai pedas buat gua mahu tambah nasi lagi dan lagi. Terangkat!
Untuk mendapatkan rasa Indon yang tulen, gwe pesan Teh Botol Sosro yang terkenal di Indon. Pelik bin ajaib, Teh botol datang dalam kotak. Patutnya tukar la nama ke Teh Kotak.
Apa pun, gwe bagi Nasi Penyet Ria 5 bintang.
Khamis, Januari 28, 2010
BAJET FILEM
"Aku ada cerita baik. Apa kata kita bikin filem berdasarkan cerita aku."
"Ada duit semua boleh jadi."
"Berapa kos bikin filem?"
"Kalau kau ada RM5, kita bikin filem RM5. Kalau kau ada RM5 juta, kita bikin filem RM5 juta."
Kalau aku dapat RM1 untuk setiap orang yang pitch cerita kepada aku, jutawan dah aku.
MASKARA SHORTIES GANU
Isnin, Januari 25, 2010
AKU BERKABUNG
Seorang raja telah mangkat dan semua satu negeri berkabung. Yang bukan Melayu memakai kain hitam di bahu. Yang Melayu pula memakai songkok dengan kain jalur putih lebar 2 inci melilit.
Zaman itu hanya pelajar tingkatan 3 ke atas boleh berseluar hijau panjang. Tingkatan 2 ke bawah masih disyaratkan berseluar pendek hijau.
Bayangkan ke sekolah dengan berseluar pendek tetapi bersongkok selama 7 hari. Combo yang adoyai!
Tapi itu sejarah lama. '80-an.
Hari ini seorang raja mangkat lagi. Satu negeri berkabung lagi. Yang baiknya pelajar-pelajar sekarang tidak berseluar pendek lagi. Hatta, pelajar sekolah rendah pun berseluar panjang.
Al Fatehah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Ahad, Januari 24, 2010
SEPARUH USIAKU PERGI
"Gua main punk rock peringkat tinggi. Kalau letak heavy metal kat sebelah. Heavy Metal kalah," Jimbo memperkenalkan diri di majlis ilmu BlogPartyJB.
"Gua ni punk dah lama. Dah otai dah," beliau terus menyambung ceramah perdananya. "Gua jarang campur budak-budak muda. Nanti gua rasa tua." Ketawa khalayak berderai.
Bila ketawa khalayak reda, Jimbo memandang kepada aku.
"Itu pasal gua selalu ngeteh dengan Tok. Gua rasa muda."
"Cheh!" Getus hati aku.
Sabtu, Januari 23, 2010
TENTATIF BLOGPARTY JB
9.30 Ada Apa Dengan Blog? - Tok Rimau
10.30 Future Web Trends - Sicksand
11.30 Mitos-mitos dalam Blogging - Syed
12.30 Lumba Blog
1.00 Rehat
2.00 Bicara Seni Blog Seorang Kutu - Pipiyapong
3.00 Storytelling - Rozinor
4.00 Keputusan Lumba Blog
Jimbo akan membuat pertunjukan sarkas sebagai selingan program.
Khamis, Januari 21, 2010
NO FREE SEX
Metro dan Kosmo selalu menyerang golongan yang mengunjungi gig sebagai golongan liar. Tetapi kalau dilihat pada poster larangan yang ditampal di dinding dewan persembahan, agak bertamadun juga ideologi dan pegangan mereka.
"No Free Sex? Tiada lagi benda yang percuma dalam dunia ni. Semua kena bayar," komen front man band The Devil Advocate ketika ternampak poster larangan.
"Oitt, No Free Sex tu maksudnya Larangan Sex Bebas bukan Larangan Sex Percuma," balas pemain drum band Bad Better Beasts.
"Ye ke? Ha ha ha. Tulislah No Fornication ke. No Premarital Sex ke."
"Bombastic sangat. Panjang sangat."
Apa pun, acara berlangsung tanpa kejadian yang tidak diingini. Malah banyak band memulakan persembahan dengan memberi salam kepada khalayak.
Rabu, Januari 20, 2010
BUKAN NAK BERNIAGA TAPI NAK MENGGODA
Berikut adalah alihbahasa temubual Tok dengan sebuah zine indie berpangkalan di Itali.
Q 1: Orang kampung dah sibuk kata Tok sudah kapitalis. Berniaga kain baju macam Hj Bakhil and Co. Apa cerita ni Tok?
A: Ye ke? Orang kampung ni prihatin la jugak. Asalnya Tok teringin sangat tee dengan poster Wanted Jesse Labu. Ada dua jenis idea dalam dunia, idea yang dicuri orang dan idea yang kalau bagi free pun orang tak mahu. Dan Tok dah bagi idea ni kepada ramai peniaga t-shirt tapi semua macam buat tak layan.
Kata Mahatma Ghandi, "You must be the change you want to see in the world." Maka Tok pun buat sendiri baju tu. Tapi kalau buat sehelai kosnya tinggi, Tok buat la 10++ helai. Mana la tau ada yang teringin juga bergaya macam Tok. Maka bermulalah bisnes label "10 Tee Rimau."
Q 2: Apa punya niaga la. Bila Tok nak kaya kalau buat 10 helai je?
A: Ini namanya skim lambat kaya. Kerajaan tak larang. Tok nak buat banyak-banyak pun bukan Tok ada modal. Nak gi Bank Pembangunan apply loan, kena buat kertas kerja. Tok tak gemar.
Baju "Saya Sayang Mak Saya" dan "Cap Ayam" adalah t-shirt paling best di Malaysia. Pun begitu bila kau tengok melambak-lambak kat pasar malam, downtown, uptown, oldtown, newtown dan Nilai 3, baju tu jadi tak best. Dah tak rare. Hilang makna. Tok akan cuba tidak tamak selagi boleh, dan jual 10 helai je. Kadang-kadang ada juga la print sampai 15. Baki tu bagi anak sedara buat dia pakai masa raya. Tak payah Tok bagi duit raya lagi. Yang pasti, yang jual harga biasa cuma 10.
Q 3: Tok design sendiri ke baju-baju ni?
A: Ada la Tok cuba design sendiri tapi Tok punya ilmu photoshop tak berapa nak bagus. Kalau nak tunggu Tok khatam photoshop, 10 tahun lagi pun tak siap-siap projek. Tok berkolobarasi dengan kawan designer lain la. Tok jadi creative director. Dia yang design. Tok arah-arah je. Kerja nak senang je.
Akan datang, kalau ada designer dengan idea bagus jumpa Tok, nak buat baju guna label Tok. Kalau kena dengan falsafah brand 10 Tee Rimau maka Tok on je.
Q 4: Bukan kosong-kosong. Ada falsafah juga ya. Apa falsafah 10 Tee Rimau?
Setakat ini, semua design (Baru dua. ha ha ah. Ketawa dangdut) bertemakan projek seni dan filem yang dekat di hati Tok.
Di China, jika kau melawat kilang sutera, mereka akan tunjukkan kau ulat sutera. Bagaimana nak keluarkan sutera dari ulat. Kemudian bagaimana teliti proses pembikinan kain sutera sehinggalah tips-tips penjagaan kain sutera. Setelah selesai, baru kau dibawa ke kedai kain sutera. Mahal gila babi sutera China ni. Yang ori mesti mahal. Tapi pelancong beli juga sebab mereka tahu makna, nilai dan susah payahnya menghasilkan kain itu.
Kau pernah melawat kilang sutera China? Tak? Tok pun tak pernah. Kawan Tok yang cerita.
Anyway, apa yang penting di sini adalah amat penting sesuatu brand itu punya nilai dan falsafah. Jadi pengguna boleh relate dengan brand itu dari hati ke hati. Jangan jadi macam RTM, penjenamaan semula cuma bermakna tukar logo. Programnya tetap sama.
Q5: Apa pasal Tee Rimau No. 1 dan No. 2 ada topi koboi?
A: Nak buat macam mana, Tok memang gila koboi. Masa kecik-kecik dulu cita-cita nak jadi koboi. Masa umur 10 tahun, Tok kejar biri-biri. Ikat leher dia, dan tambat kat peha. Malangnya budak 10 tahun tak kuat mana dan cuma pakai seluar bola. Sekali dia seret birat terkopek kulit peha Tok. Sampai sekarang ada parut sejengkal kat peha. Nak tengok? (Cheh! Gatal.)
Kat pintu opis Tok ada poster Young Guns, cerita pasal Billy The Kid. Sempat la juga Tok merantau dua tahun kat Texas, semua pekan kat sana pekan koboi. Kat Malaysia ni, Pekan Koboi dah kurang. Tak macam dulu-dulu. Cuma satu je, nenek ada pesan, "Kalau kau nak jadi koboi, jadik la. Jangan kahwin koboi sudah."
Kalau kau tak suka, next time, Tok buat design topi kombat la pulak.
Q6: Sebelum Tee Rimau, dah ramai buat baju ni. Ada yang kaya dan ada yang bankrap. Tok tak takut saingan ke?
Memang la ramai. Tapi yang buat 10 helai je tak ramai. Sebenarnya kalau ramai lagi bagus industri ni. Kita dah tak payah pakai duit. Kita trade je. Sistem barter. Kau pakai baju aku, aku pakai baju kau. Senang kan.
Q7: Inilah, ramai yang terkilan Tee Rimau No. 1 tak ada saiz XXL ke atas. Tok dah diskriminasi terhadap golongan berbadan sedap ni. Komen sikit.
Silap Tok la tu. Tak pandai berniaga. Tak peka. Tok ingat pelanggan Tok awek comel-comel je. Tu buat XS dan S. Alasan bela diri Tok adalah menggalakkan orang menguruskan badan demi untuk memakai Tee Rimau.
Giorgio Armani mensyaratkan BMI pragawati pakaiannya hendaklah melebihi 18. Dia tidak mahu model mati kerana Anorexia Nervosa. Memang ada kes model mati melaparkan diri untuk kurus. Takut tak dapat job.
Ini membuat Tok insaf, tak mahu la ada pelanggan mati kerana nak pakai Tee Rimau. Akan datang, saiz by demand. Tempah dulu. Tok buat baju berdasarkan saiz yang diminta.
....
P.s.
Sebenarnya banyak lagi soalan dari tukang tanya tapi malas la nak paste kat sini. Soalan-soalan sensasi lebih macam soalan Melodi. Bila Tok nak kahwin lagi? Tok pakai botox tak? Sensasi sangat.
Selasa, Januari 19, 2010
PEMBURU BUAYA DARAT TEE
Rekabentuk Tee Rimau No. 2 di atas 90% siap. Rujuk grafik di atas. Jangka siap 100% bulan Mac. Tempahan dibuka sekarang.
Tee Rimau No. 2 diinspirasikan oleh filem pendek Pemburu Buaya Darat (2009) arahan Toqreemaow. Pemburu Buaya Darat membicangkan isu gender dan dominasi dalam genre mockumentary. Di dalam kemanusiaan itu ada kebinatangan dan di dalam kebinatangan itu ada kemanusiaan. Siapakah yang menakluk siapa?
Harga adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat untuk pre-order sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel TEE RIMAU NO. 2- PEMBURU BUAYA DARAT. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.
Pembeli akan mendapat video Pemburu Buaya Darat (Percuma). Saya cuma terima pesanan dari 10 pelanggan pertama sahaja*. Siapa cepat, dia dapat. Bukan nak berniaga, cuma nak menggoda. Ahak!
TINGGAL 3 HELAI LAGI. (Updated frequently)
*(Krew Pemburu Buaya Darat tidak termasuk dalam 10 ini. Harga Krew Rm20.)
API
Mereka tak tau perasaan melihat api menari-nari atas foto. Ada tindak balas kimia antara api dan permukaan foto. Dan foto perlahan-lahan bertukar menjadi hitam. Lantas jadi arang.
Rapuh bila dipegang. Hancur bila cuba diselamatkan. Sudah terlambat.
Ahad, Januari 17, 2010
TEE RIMAU NO. 1 - JESSE LABU

"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu
"Iblis Tonic mana ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan" - Pelayan kelab
(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..." - Pelayan kelab
Ladies and gentlemen, batman and ultraman, tukang batu and tukang simen,
Dengan rasa sukacitanya diumumkan bahawa ini adalah koleksi butik Tee Rimau nombor 1. Fesyen ini diberi nama Jesse Labu sempena filem hitam putih Melayu arahan P. Ramlee yang saya paling minat, Labu dan Labi (1962). Filem ini adalah kisah dua pemimpi dan mimpi-mimpi mereka. Saya suka sangat filem ini lebih dari filem-filem P. Ramlee yang lain kerana saya juga pemimpi seperti Labu dan Labi. Mimpi saya adalah mahu jadi designer dengan label yang mantap macam Giorgio Armani.
Buat pengetahuan kalian, t-shirt sulung Tee Rimau ini ada 12 helai. Dan saya akan jual 10 helai sahaja. Amat rare. Amat terhad.
Harga pengenalan selepas diskaun Opening Sale adalah RM30 termasuk belanja pos. Jika kalian berminat sila hantar e-mel ke tokrimau(at)gmail.com dengan tajuk e-mel TEE RIMAU NO. 1- JESSE LABU. Nyatakan saiz yang anda mahu. Saya akan balas e-mel kalian dengan menyatakan langkah transaksi seterusnya.
Bilangan saiz terhad (updated frequently):
1 helai XS : Tinggal 1 helai (Simpanan peribadi)
3 helai S : Tinggal 0 helai (Sold out)
3 helai M : Tinggal 0 helai (Sold out. Saya Pakai M)
3 helai L : Tinggal 0 helai (Sold out)
2 helai XL: Tinggal 0 helai (Sold out)
Tinggal 0 helai lagi for sale, bakinya untuk simpanan peribadi.
Siapa cepat, dia dapat.
Sekian, Terimakasih.
p.s.
Sesiapa yang membeli Tee Rimau, kemudiannya bergambar dengan baju itu lantas e-mel foto kepada saya, maka dia akan dapat diskaun RM2 untuk produk keluaran yang akan datang. Bukti jelas, saya bukan Haji Bakhil & Co. Sayang kamu.
RAKSASA CINTA
Timmy bagi aku lirik lagu. Aku baca. Semua ahli band memandang aku menunggu aku habis membaca.
Aku ketawa sendiri.
"Tok ada idea untuk muzik video ke?" tanya Timmy.
.........
Montel mendekat. Dia memegang tangan aku. Aku sentap tangan aku. Dan melangkah pergi.
Montel mengikut aku dari belakang. Dia mempercepatkan jalannya agar dapat selari dengan aku. Aku menoleh ke arahnya. Aku merapat. Aku tolak dia hingga dia jatuh terduduk ke tanah. Dan aku melangkah pergi.
Montel merayu. Dia melutut. Tangannya memohon. Dalam matanya ada tanda kesal. Dalam matanya ada tanda meminta belas. Bunyi suaranya sedih sekali.
Aku berhenti. Aku lucutkan kasut aku yang sebelah kiri. Aku timang-timang dengan tangan kanan dan aku rejam kasut itu ke arah Montel. Kena tepat atas dahinya. Montel mengaduh sakit.
Aku lihat Montel tidak beranjak walaupun telah dibaling. Dia seakan redho bahawa itu adalah hukuman yang selayaknya untuk dia. Hukuman setimpal kerana meninggalkan aku ketika aku amat memerlukan. Montel kiam di situ.
Aku berjalan menghampiri Montel. Air muka Montel berubah. Seakan-akan ada sinar harapan bahawa kami akan bersama semula. Itu harapan Montel.
Aku berhenti di hadapan raksasa yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwa dan raga. Aku membongkok. Aku kutip semula kasut aku. Dan pakai. Sayang tu, kasut Supra bukan murah. Aku order dari Amerika Syarikat kasut tu.
Kemudian, aku berpaling semula dan beredar meninggalkan Montel.
Aku terus berjalan nekad meninggalkan Montel. Suara Montel kedengaran di belakang mengaum dan meraung meminta aku menerimanya kembali.
.......
"Cerita la Tok. Apa dalam kepala Tok?"
Jumaat, Januari 15, 2010
RAMBANG MATA

Lagu/Lirik/Artist: Young & Dangerous
Sutradara: Toqreemaow
DOP/ Penyunting: Dean Sham
Colorist: Razaisyam Rashid
Penerbit: Pulut Iskandar
Colorist bagi gua empat pilihan warna. Gua kena pilih satu.
Gua minta pendapat Ahmad Gunx. Dia kata, "Aku pilih X. Warna X macam CSI Miami."
Eh! Samalah dengan pilihan gua. Gua memang bagi arahan kepada Colorist untuk warna CSI Miami. Ahmad Gunx macam boleh baca fikiran.
Gua akan pakai helmet bila dekat-dekat dengan Ahmad Gunx.
p.s.
Young n Dangerous akan perform di Embrace Hall, Tampoi Sabtu ni. Sila buat laporan polis segera. Ha! ha! Ha!
Rabu, Januari 13, 2010
RAKYAT BIASA
Eh, lama pula mereka tahan jalan aku. Lampu hijau dah bertukar tiga kali, aku masih tersadai. Belakang aku banyak kereta lain beratur. Hati mula resah.
Sekonyong-konyong, lalu konvoi polis pengiring dan pembesar negara melintasi simpang. Bila konvoi itu lepas, polis yang berdua pun naik motor mereka dan meninggalkan simpang untuk dijaga oleh lampu trafik.
So much for, "Rakyat diutamakan."
Jumaat, Januari 08, 2010
BERJALAN DI CELAH-CELAH NESAN CONDONG
Pak Long kalau bercerita tentang kawan-kawan baik dia, mesti depan nama ada pangkat arwah. Contohnya, "Arwah Leman Drebar dulu mandu prebet sapu. Selalu sangat Arwah Mak Munah Sanggul naik kereta dia, terus jatuh cinta. Mula-mula, Arwah Talib Sekerap menentang habis. Tapi akhirnya dia redho la juga yang jodoh dia dengan janda tu memang tak ada." Begitulah lebih kurang.
Hari ni seorang lagi kawan Pak Long jadi arwah. Lebai Sanip bekas imam masjid Parit Pakis.Dan, kalau tak aku yang jadi supir hantar Pak Long menziarah, siapa lagi la yang boleh diharap?
Lepas urusan pengkebumian jenazah selesai, Pak Long arah aku singgah ke rumah Arwah. Tengok-tengok apa yang boleh dibantu untuk kenduri arwah malam ni.
Aku lihat, anak-anak arwah lima beradik sedang bermesyuarat. Agenda utama mesyuarat adalah pembahagian harta pusaka. Arwah Lebai Sanip tu memang banyak banyak tanah, rumit jugalah nak selesaikan urusan pembahagian harta pusaka ni. Sampai bertekak-tekak adik beradik tu. Sampai ada yang menumbuk-numbuk lantai mahukan "keadilan."
Aku dengar je. Tidak mahu masuk campur. Tapi Pak Long ni celupar sikit. Pak Long meninggikan suara dengan aku tetapi sebenarnya bukan dengan aku yang dia bercakap, "Sebelah kubur Arwah Lebai Sanip tu kosong, setakat lima orang boleh muat. Tak ada pulak yang nak merebut tanah tu."
Malu betul jalan dengan Pak Long ni.
Isnin, Januari 04, 2010
3 MENTALITI DUNIA KE-3
1. Aku benci bila tauke panggung wayang hidupkan lampu sebelum habis credit roll-up. Lantak la penonton lain nak bangun dan berpusu-pusu keluar, aku masih nak nikmati credit roll-up. Credit roll-up adalah sebahagian dari seni wayang. Penat pembikin filem buat, selalu orang skip. Seperkara lagi, fokus projektor tu peka la sikit. Jangan pasang projektor, kemudian tidur. Pastikan fokus sharp maksimum. Dan... seeloknya tempahan tiket guna telefon tu biar la manusia yang jawab. Mesra la sikit. Kalau kalian benci suara robot tekan 1.
2. Aku benci pembangunan kawasan baru tanpa membina jenjatas bila menyambung ke jalan utama. Setiap kali taman baru dibuka, lampu trafik dipacak bagi memudahkan laluan keluar masuk ke taman baru. Ini akan menyebabkan jalan utama semakin sesak. Contoh: Jalan Pontian sekarang semakin banyak lampu trafik. Perjalanan tersangkut-sangkut. Sepatutnya disyarat developer membina jenjantas setiap kali taman baru di buka supaya aliran lalulintas jalan utama tidak terganggu.
3. Aku benci bila ada orang kata kenaikan harga barang tak membebankan. Rasa nak ludah kaca TV. 2010 ni harga rokok ada lantai minimum dengan alasan nak rakyat jaga kesihatan. Dulu-dulu boleh tahan juga harga naik masa umum Bajet je. Sekarang dah macam durian, tak ikut musim. Nak naik bila-bila je. Dan gula juga naik harga. Penyelesaian yang ditawarkan adalah memujuk peniaga tak naikkan harga kuih dan memujuk pengeluar makanan mengurangkan kandungan gula. Ini samalah kes, roboh papan kat Melaka, papan di Jawa yang di dirikan. Permulaan buruk untuk 2010. Ptuiiii!
Mmm. Amacam? Ada bakat macam Che Det?
Khamis, Disember 31, 2009
SLAPSTICK
Pagi esoknya, seisi rumah mengejek Zura sebagai pengantin hidung belang. Terkial-kial Zura mencari minyak tanah nak hilangkan jingga inai di hidungnya.
Rabu, Disember 30, 2009
Selasa, Disember 29, 2009
SPACE GAMBUS EXPERIMENT
Baru-baru ni, agensi modeling Kulgai Model Agency menerima tempahan untuk cari model pakaian butik Space Gambus Experiment. Dan cerita ini tergantung di sini. Sila rujuk foto di atas untuk cerita sepenuhnya. (Foto oleh Haneem)
Untuk mereka yang mahu kelainan dalam muzik, sila lawat Space Gambus Experiment. Download sample MP3 di SINI.
p.s.
Buy limited edition standard Space Gambus Experiment CD with special design booklet only for RM20. For every purchase, RM5 will be donate to Tabung Amirul Fakir (TAF). Place your order now by email to kamalsabran@gmail.com.
Selasa, Disember 22, 2009
NINJA BUNNIES
Ahad, Disember 20, 2009
TOPI BANDIT
Juga, sementara gua masih murah lagi ini, baik lu orang upah gua jadi model.
Isnin, Disember 14, 2009
CAK
Aku diamanahkan sebagai videographer. Aku memandu untuk sampai ke majlis nikah yang dijadualkan selepas Isyak. Aku ingatkan Semerah berada di kawasan Batu Pahat. Sudah hampir sempadan Batu Pahat-Muar, tidak ada tanda-tanda lokasi bernama Semerah. Aku berhenti di papan tanda Sungai Nibong Baruh dan buat panggilan kepada tuan rumah. Depan lagi katanya.
(Ada sebab kenapa aku ditakdirkan berhenti di papan tanda Sungai Nibong Baruh.)
Hari semakin gelap. Mercu-mercu tanda yang terdapat dalam peta tertera atas kad jemputan tidak kelihatan juga. Maka, aku berhenti dahulu untuk Maghrib di sebuah surau.
"Tumpang tanya bang, di mana simpang ke Parit Resik."Nasib baik la aku pilih surau ini untuk berhenti. Patutlah aku ditakdirkan singgah di sini.
"Tu. Depan tu je. Kat lampu kuning tu."
Aku mula menyusur masuk jalan kampung menuju destinasi. Jalan semakin gelap dan sempit. Tiada lampu jalan. Di hujung jalan aku nampak papan tanda Semerah Darat. Tersasar lagi ni. Aku buat panggilan lagi. Patah balik, dah telepas katanya.
(Ada sebab kenapa aku ditakdirkan sampai ke Semerah Darat.)
Aku patah balik. Akhirnya sampai juga ke destinasi. Sampai saing-saing dengan Tok Kadi. Macam berjanji la pulak.
Keesokan harinya. Aku ke Parit Resik lagi untuk majlis persandingan pula. Kali ini aku menumpang Bak, jurufoto majlis. Ada kawan bersembang. Tidaklah mengantuk diperjalanan.
Borak punya borak, terlepas simpang masuk Air Hitam-Batu Pahat. Sedar-sedar dah sampai Yong Peng. Nak patah balik, jauh. Lantas, kami buat keputusan untuk ikut jalan alternatif Yong Peng-Parit Sulong untuk ke Parit Resik.
Dipertengahan perjalanan ternampak papan tanda Sungai Nibong Darat. Pasti jalan pintas ni. Kami susuri jalan Sungai Nibong Darat. Terjumpa pula Semerah Darat. Boleh tembus ke sini rupanya. Oleh kerana aku sudah terlajak ke Semerah Darat malam tadi, dengan mudahnya kami menuju ke destinasi seperti yang dirancang.
Tiada kebetulan. Takdir-takdir semalam berlaku kerana Tuhan nak tunjuk aku jalan pintas untuk ke destinasi dari arah yang berlainan. Itu yang nyata di mata. Sebab-sebab lain, hanya Tuhan yang maha mengetahui. Wallahuaalam.
Ahad, Disember 13, 2009
TAK PEDULI
p.s.
Foto produksi pembikinan muzik video Tak Peduli dendangan Young and Dangerous oleh kumpulan produksi video Old and Dangerous.
Selasa, Disember 08, 2009
BONGO
Kau boleh lihat orang cacat penglihatan bermain muzik di tepi jalan. Mereka ada bakat bermain muzik. Ada yang main gitar dan ada yang main keyboard.
"Senang main ni. Aku tengok orang buta tepi jalan selamba je main," komen aku.
Baru-baru ini Sindiket Sol-jah beli aset baharu. Bongo. Tetapi semua ahli Sindiket hanya tengok sahaja alat muzik itu. Lantas, aku capai bongo dan kepit celah kelengkang. Aku pun pejam mata macam orang buta, dan mula mengendang bongo. Aku dendang lagu Masih Jelas yang dipopularkan oleh Hafiz AF. Alaa... budak gempal rambut kerinting tu.
Dang, dang, dang, dung, dung, dung, dang, dang, dang.
"Amacam?" tanya aku.
"Kau main bongo memang macam orang kurang upaya. Tapi bukan macam orang buta. Lebih macam orang pekak," komen Naga.
"Cheh!"
p.s.
Pres Ban, band baru Pipi, Vovin dan seorang kawan berambut panjang, merekrut pemain Bongo dari Dewangga Sakti untuk menyelamatkan persembahan.
Jumaat, Disember 04, 2009
HAMPIR MASUK MUKA DEPAN METRO
Masa Zack call gua, gua tengah lipat kain. Dua bakul dobi banyaknya.
Zack: Bro, kitaorang memerlukan support untuk dokumenkan event 18 haribulan ni. Tok boleh bantu dari segi video?
TokR: Apa berlaku 18 ni? Takde jemputan FB event pun? Cerita la sikit.
Zack: Event di The Roost. Nanti kitaorang akan post kat FB event. Now tengah pre pro. Siap semua flyers akan kitaorang sebarkan. So nak tolong untuk video tak?
TokR: Tok amik video tapi amik sikit-sikit je kot. Tak whole event. Tok nak duduk enjoy the show.
Zack: Orait. Thanks. Nanti biar gua edit video tu. Apa-apa pertolongan kitaorang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Nanti kitaorang update lagi.
Satu hari kemudian Zack call lagi. Masa Zack call gua tengah kemas katil, tarik cadar kasik tegang.
Zack: 18 haribulan kensel! Awal Muharram. Will update balik for a new date. Kenapa Tok tak advise kitaorang pasal tarikh tu Awal Muharram? Ke Tok pun tak tau?! Hmmm.
TokR: Tok ingat 18 haribulan tu konsert nasyid sempena Awal Muharram di The Roost. Lu pun cerita tak terang. Tok pun on la.
......
18 Disember 2009 = 1 Muharram1431. Selamat berhijrah ke qada' dan qadar yang lain.
Rabu, Disember 02, 2009
Ahad, November 29, 2009
RUAS
Sabtu, November 28, 2009
Khamis, November 26, 2009
RARE: TIKET-TIKET KONSERT YANG PERNAH AKU PERGI
Selasa, November 24, 2009
BERCAKAP DENGAN GURU
Untuk edisi siasat blog Pukul Berapa Datuk Harimau, kita telah menculik Cikgu Ros ketika dia dalam perjalanan ke Sekolah Berasrama Penuh Sarkas Sudah Jinak. Kita tanya soalan-soalan cepuemas dan kita lihat sama ada dia cemas atau tidak ketika menjawab soalan:
1. Apakah kelebihan mengajar di SBP?
Kelebihan mengajar di SBP? Banyak, yang paling nyata ialah para pelajar terdiri dari pelajar yang cemerlang semasa UPSR ataupun PMR. Jadi guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar. Pelajar memang dah sedia ada keinginan untuk belajar serta berpotensi besar. Jadi lebih mudah mengajar mereka kerana senang cerita, mereka ni memang pelajar yang pandai.
Selain itu, di SBP, masalah disiplin tak terlalu banyak. Ada, tetapi mungkin tak terlalu teruk. Kalau ada pun, segelintir saja yang terlibat. Guru banyak masa untuk mengajar berbanding membuang masa untuk mengejar pelajar yang ponteng seperti di kebanyakkan sekolah harian. Dan matlamat guru mengajar ialah untuk memastikan pelajar mendapat semua A untuk subjek, bukan sekadar lulus.
Tapi cabaran pun banyak, sebab kadang-kadang pelajar suka menguji guru-guru dengan pelbagai soalan yang kadang-kadang mereka sendiri tahu jawapannya. Maka adalah perlu untuk para guru melengkapkan dan menambahkan ilmu sebagai persiapan menghadapi situasi sebegini.
2. Adakah guru-guru SBP ditapis ketat macam tapisan pelajarnya?
Ha ha ha. Yang itu tidak pasti, tetapi setiap guru yang dihantar ke sekolah, baik sekolah harian mahupun sekolah SBP telah disaring dengan teliti oleh pihak kementerian.
3. A total of 48,171 obtained all A’s in 2009 compared to 46,641 in 2008. Agak-agaknya cukup ke tempat dalamSBP ( Sekolah Berasrama Penuh) nanti?
Tak cukup. Penilaian bukan dibuat sekadar berdasarkan keputusan UPSR, tapi penglibatan aktif dalam kokurikulum diambil kira. Bukan sekadar perlu memegang jawatan penting di sekolah, tetapi perlu ada penglibatan seperti mewakili sekurang-kurangnya negeri ataupun di peringkat antarabangsa. Kalau setakat wakil rumah, sendiri-sendiri fahamlah,hi hi hi.
4. Pelajar yang dapat 4A 1B dan yang lain-lain, apakah peluang mereka ke SBP?
Senang cerita, sangat susah la untuk masuk ke SBP, melainkan ada orang dalam yang boleh membantu. Ini kerana pelajar yang dapat 5A pun tak semua ke SBP,apatah lagi yang keputusannya kurang dari 5A
5. Ada perbezaan ke belajar di SBP berbanding MRSM?
Secara amnya, mungkin tidak banyak perbezaan kerana dua-dua merupakan asrama penuh. Yang membezakan mungkin dari aspek pengurusan MRSM yang berada di bawah MARA manakala SBP di bawah unit Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, iaitu di bawah KPM. Guru -guru yang berkhidmat di bawah MRSM juga dipilih sendiri oleh pihak MARA berbanding SBP yang dipilih oleh KPM, sama seperti sekolah harian yang lain.
6. Secara idealnya, siapakah yang cikgu rasa patut diutamakan untuk ke SBP?
Pelajar cemerlang yang berasal dari luar bandar. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai peluang seperti pelajar cemerlang di bandar yang mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pendidikan. Jika pelajar-pelajar cemerlang seperti mereka tidak diberi peluang sewajarnya, maka kecemerlangan mereka mungkin tidak dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. SBP mengadakan ratio 70% kuota untuk pelajar luar bandar dan selebihnya untuk pelajar bandar bagi penempatan di SBP.
7. Apa nasihat cikgu kepada pelajar-pelajar yang gagal masuk sekolah berasrama?
Jangan putus asa kerana terdapat pilihan lain seperti memohon di 'sekolah kawalan' yang terdapat di tempat anda. 'Sekolah Kawalan' merupakan sekolah yang hanya menerima pelajar tahun 6 yang mendapat 5A dalam UPSR untuk memasuki tingkatan 1 dan 8 atau 9A untuk kemasukan ke tingkatan 4. Walaupun mungkin bukan sekolah berasrama penuh, sekolah -sekolah kawalan ini masih berupaya bersaing dan mencapai keputusan cemerlang seperti SBP yang lain. Jika masih gagal ditempatkan di sekolah kawalan, teruskan kecemerlangan anda di sekolah harian lain kerana statistik membuktikan pelajar sekolah harian juga masih mampu mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam seperti SPM.
......
Mmmm... jawapan skema. Tak sensasi langsung. Tak melariskan blog ini langsung. Lain kali kita tanya Cikgu Ros pasal kehidupannya sebagai gadis hot dari kota besar yang berkerja di desa terpencil yang tidak ada panggung wayang. Apakah persaan hidup sebagai ros di kalangan duri-duri? Adakah sosiopolitik kedai kopi kampung berubah dengan kehadirannya? Adakah dia berjaya masuk ranking Gadis Melayu Terlaris luar bandar? Dapatkah dia mengalahkan Nona Atirah yang berkerja sebagai jururawat di klinik desa? Dan banyak lagi. Kita tungguuuuuuu!
Jumaat, November 20, 2009
Khamis, November 19, 2009
ANAK KECIL MAIN API
Sekarang, memohon masuk MRSM sudah canggih. Mula-mula fotokopi surat beranak budak dan slip keputusan UPSR dia. Jumpa mana-mana pegawai kerajaan dan minta sahkan benar. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la).
Hantar dokumen yang telah dicop ke pejabat MARA. Pegawai MARA akan masukkan maklumat ke dalam talian.
Mmmm... belum habis lagi. Beliau kemudian akan cetak password untuk anda. Anda pergi mana-mana cybercafe, masuk ke laman web MARA untuk isi borang online. Tekan submit
Mmmm... belum habis lagi. Cetak borang itu. Rasanya, masukkan mana-mana lagi dokumen lain yang dipinta. Pastikan disahkan juga. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la. Macam deja vu la ayat ni.). Akhir sekali pos ke alamat yang diarahkan guna pejabat pos.
Baru selesai. Canggih tak? Angguk cepat. Kalau kau tak mahu angguk dengan red-tape ni, daftar je budak tu ke pesantren.
Selasa, November 17, 2009
MEMBUKA BLOG KE 10
Isnin, November 16, 2009
TUGASAN UNTUK HARI INI

dirty little MINI
Originally uploaded by sevenworlds16.
Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta. Orang nak basuh pun tak berbaloi kerana musim hujan makin menjadi-jadi. Panas sekejap-sekejap sahaja. Habuk lebih senang lekat atas kereta.
Apa ni? Menulis dalam gaya loop.
Tugas anda hari ini adalah:
Gunakan jari dan tulis perkataan comel atas kereta kawan anda, Pilih satu:-
a) "Basuh saya doh."
b) "Biar kereta kotor, Hati jangan."
c) "Tuan kereta jimat air."
d) "Baru pulang dari perang"
e) "tokrimau.blogspot.com"
f) "4 Good Time, call 1-600-2349876"
g) "tak bayar installment 3 bulan"
Jangan tulis: "Sarkas sudah jinak." Itu dah ada "kawan baik" tulis atas kereta aku. Masa untuk dendam.
Jumaat, November 13, 2009
OLD BOYS
"Kalau kau pergi pasar, kau tak boleh beli pisang sebarangan. Pisang keling, keling punya. Pisang raja, raja punya, Pisang tanduk, kerbau punya," ngomong Pak Long.
"Pisang apa yang kita punya?"
"Pisang awak, awak punya la. Ha! Ha! Ha!"
Terkena aku. Nak balas tak boleh sebab aku wak yang paling muda. Tak sopan nanti lawan orang-orang tua. Aku diam je. Sedut hela gudang garam panjang-panjang. Biar paru-paru penuh.
SENARAI SEMAK
Esok gua nak gi Melaka untuk cipta sejarah di bandaraya bersejarah tu. Gua nak buat show kat Barcamp Melaka. Gua akan kembara dengan Syed Syahrul dari Sireh Cengkih. Dia pun perform juga. Tidur tak tahu kat mana lagi. Selagi ada langit sebagai bumbung, bumi sebagai lantai, kami okay-okay sahaja.
Ini senarai barang gua bawak:
1. Handycam + DV Tape + Tripod. Ingat nak buat road movie satu.
2. Laptop + DVD Kiri + DVD The making + PPT presentation
3. Sleeping bag. Badan gua dengan simen memang tak serasi.
4. Jeans yang beli kat bundle + Tee yang ada statement. Kami rockstar Jay Bee. Kena jaga imej.
5. Sepasang persalinan spare. Just in case. Spender 3 helai.
6. Berus gigi + ubat gigi, bedak baby jonson. Kulit gua cam baby. Kena jaga.
7. Poket penuh doa.
Okay. Cukup kot.
p.s.
Apasal penulisan gua berbaur gaya Pipiyapong ni? Pengaruh rakan sebaya kot.
Khamis, November 12, 2009
TERLAJAK KATA
Di sebuah sekolah, di hari penyampaian hadiah, seorang guru besar mula berucap, "Izinkan saya berucap panjang..." Terus aku angkat kaki.
Isnin, November 09, 2009
SONATA MUSIM HUJAN
ACT 1
Ext. Luar stadium.
Kereta bersusun-susun. Manusia bergerak menuju stadium. Ada yang berbaju kuning. Dan ada yang berbaju merah. Tapi lebih ramai berjersey merah.
Ext. Luar pintu stadium.
Tiga orang penyokong pasukan merah sedang berbincang. Peminat fanatik dengan muka bercat merah.
Penyokong Merah 1: Tak boleh masuk. Habih. Takde tiket.
Penyokong Merah 2: Kita rempuh je.
Penyokong Merah 1: Mampuh kena pukul FRU nanti.
Tiba-tiba suara dari tepi.
Jinggo: Awang-awang semua ada masalah?
Penyokong Merah melihat ke tepi. Jinggo berdiri bebaju biru. Dengan jaket hitam.
Penyokong Merah 1: Mu sapo?
Jinggo: Sabar. Gua ada tiket. RM100? Mahu?
Penyokong Merah 3: Fuh! Jual tiket gelap. Nate mu. Patut tiket habih.
Jinggo: Mahu tak mahu? Game nak mula tu.
Kumpulan Penyokong Merah pegun tidak boleh buat keputusan. Jinggo mula bergerak meninggalkan mereka.
Penyokong Merah 1: Nanti. Ambo amik. (Mengeluarkan dompet)
ACT 2
Ext. Kawasan letak kereta.
Gelap. Rintik-rintik hujan mula gugur. Kedengaran gendang-gendang sorak di latar datang dari stadium. Jinggo berlari dengan meletak buku sajak Salon Eksotikata atas kepala. Dia berkira-kira untuk berlari ke arah keretanya di padang letak kereta.
Jinggo: Sial!
Kereta Kancil Jinggo terkepung dengan kereta penyokong-penyokong yang double park. Hujan semakin lebat. Jinggo berkira-kira mahu lari berteduh di stadium.
Honk! Honk!
Sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memberi hon. Lampu flash sekali. Pemandunya memberi isyarat untuk Jinggo masuk. Dia masuk.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Pemandu wanita. Kurus macam model. Hitam manis orangnya. Memakai jersey pasukan Merah.
Safiah: Teduh dulu sini. Bukan boleh ke mana pun. Duduk sahaja dalam kereta. Temankan I.
Jinggo: Apasal tak masuk stadium?
Safiah: Hujan. Demam nanti. Lagipun mekap I luntur nanti.
Jinggo: Oh.
Safiah: You?
Jinggo: Masa Dunhill taja permainan tengok la. Kemudian, bila terbongkar judi juga taja permainan dah tak minat bola. Jual tiket je.
Safiah: Itu salah dari sisi undang-undang.
Jinggo: Dalam industri bola Malaysia ni, lagi banyak kesalahan besar yang mereka lakukan. Jual tiket ni kecil-kecilan je. Nak hidup.
Hujan semakin lebat. Hampir tidak nampak apa-apa atas kaca windscreen. Safiah meminta lihat buku di tangan Jinggo.
Safiah: Salon Eksotikata.
Jingga: Buku sajak.
Safiah: Bagus ke?
Safiah mencapai buku dari tangan Jinggo.
Jinggo: Biasa-biasa sahaja.
Safiah membuka buku. Lantas dia membaca satu sajak.
Safiah: andai runtuh pagar ilusi/ dan kuluah segala isi/ apa pula jawabmu nanti?/ kita sehati?/ atau aku bertepuk sendiri?/
Safiah berhenti. Dia merenung mata Jinggo. Jinggo pun membalas renungan. Bayangan air yang mengalir di kaca kereta jatuh atas wajah mereka. Jinggo tersenyum.
Ext. Tempat letak kereta. Hujan melebat.
Kereta-kereta bersusun. Voice over suara watak sedang bersajak.
Safiah: Lust oleh yang mimi morticia. Di malam malam dingin sebelumnya, sama seperti malam ini- ingatan tentang bibirmu di situ...
Jinggo:...tanganku ditengkuk mu
Safiah: ... tahi lalat mu yang di sebelah kiri itu
Jinggo: ...parut kecil di ubun ubun mu...
Safiah:... dan
Sorak sorai dari stadium menenggelamkan kata-kata mereka.
ACT 3
Ext. Lecak air. Rintik-rintik air atas lecak. Hujan gerimis atas cahaya lampu. awan hitam berarak. sipi-sipi wajah bulan terang di langit. Titik-titik air atas body kereta. Bendera yang lencun.
Ext. Peminat Merah 1, 2 dan 3 bergerak di celah-celah kereta. Mereka basah. Muka marah. Muka hampa. Muka macam sial.
Penyokong Merah 1: Kalau ambo tahu. Ambo tokse datang.
Penyokong Merah 2: Baik gi tengok wayang.
Penyokong Merah 3: Buat perabih pitih je.
Mereka berhenti di depan proton Saga merah.
INT. Dalam kereta Proton Saga Merah.
Jinggo melihat kelibat lembaga berbaju merah di kaca tingkap. Dia menoleh sebelah kiri, juga ada kelibat lembaga berbaju merah. Dia melihat muka Safiah. Muka Safiah cemas. Sebelah kiri dan kanan ada orang menjenguk ke dalam. Penyokong merah 1 mengetuk kaca tingkap dari luar.
Safiah: Boyfriend I.
Jinggo: ...
Fade to black. End Credit.
Rabu, November 04, 2009
THE MAKING OF MASKARA SHORTIES 2
Sesampainya di Rumah Pena pada petang itu, semua Sol-jah mendongak ke langit. Bakal hujan ni. Semua Sol-jah kata kalau kita lambung spender ke atas bumbung, kita boleh alih mendung di langit ke lokasi lain. Mungkin ke Seremban. Tetapi tak seorang pun mahu tanggal spender mereka. Kata-kata tinggal kata-kata.
Lepas Asar, Sol-jah mula menyusun kerusi di laman Rumah Pena. 30 minit kemudian rintik-rintik hujan dipanggil graviti. Kelam kabut Sol-jah bawa semula kerusi untuk berteduh. Bila kaki langit mula menguning dan menjingga, hujan pun berhenti. Sol-jah susun semula kerusi di laman. Tetapi kepala masih lagi mendongak ke langit. Awan kelabu masih berarak.
Pengunjung mula sampai. 8.00 malam hujan lagi. Sol-jah buat andaian, hujan-hujan ni tidak ramai orang datang. Kalau kita buat kat dalam Pena pun mesti muat. Segera kami memindahkan peralatan ke dalam. Beberapa Sol-jah lain menyelamatkan kerusi lagi.
Di dalam Rumah Pena, acara pun bermula. Rumah semakin lama semakin sendat. Bila aku keluar, baru perasan ada ramai lagi pengunjung kat luar rumah. Ada yang terjenguk-jenguk dari jendela rumah. Memang rugilah datang kalau tak dapat masuk.
Usai putar 5 filem, hujan pun teduh. Kami pindah keluar. Kerusi disusun semula. Itulah je kerjanya. Masuk keluar. Susun kerusi.
Sambung tayang filem lagi. Hujan renyai-renyai turun menguji kesabaran lagi. Ikutkan hati nak pindah masuk dalam semula. Peralatan letrik dan air memang tidak bersahabat tetapi melihatkan penonton duduk dalam hujan tak berganjak, rasa segan pula. The show must go on. Cover peralatan dengan plastik. Teruskan tayangan.
Rasa-rasanya jam 10 malam baru hujan berhenti betul. Alaaa hujan air. Apa nak kesah kan, belum hujan api lagi. Terimakasih kerana sokongan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perspektif lain tentang Maskara Shorties: Ulasan Maskara Shorties
Isnin, November 02, 2009
TAK LAKU
Rima: You tak percaya ke I dah ada boyfriend?
Ajan: Percaya.
Rima: You ingat I tak laku sangat.
Selama 60 saat suasana sarat dengan sepi.
Ajan: Rima.
Rima: Ya?
Ajan: You dah makan obat?
Rima: Jahattttt!
105 BIKE CULTURE YALA
Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Aku mahu meracau-racau pun bukan ada yang mahu dengar. Semua sudah ke sekolah dan ke tempat kerja. Aku masih terlantar, terdampar atas sofa ...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...























