Rabu, Disember 31, 2008

KOMERSIAL



Selamat pengantin baru kepada Mawi dan Ekin. Semoga bahagia hingga ke syurga. Doa yang sama aku titipkan kepada Shalin Zulkifli dan Rita Rudani.

Kecoh la wartawan yang tidak dapat ambil gambar di majlis nikah Mawi dan Ekin. Kelakar juga bila mereka berhujah, tanggungjawab sosial mereka mendapatkan berita untuk pembaca terhalang. Tanggungjawab la sangat membawa berita Mawi dan Ekin. Yang pastinya, kalau Ekin melahirkan nanti, berebut lagi mahukan scoop gambar anak Mawi pula.

Mati itu pasti. Aku pun akan mati. Engkau juga. Agaknya bila Mawi mati, siapa dapat hak eksklusif upacara pengkebumiannya nanti?

Selasa, Disember 30, 2008

SEPARA TIPU



"You jahat. You tipu I."

"I tak tipu. I bagitau separa benar je. Memang benar ada kenduri kahwin di rumah I."

"Hello. You kata you yang kahwin, tetapi sebenarnya adik you yang kahwin."

"Separa benar la tu. Ha ha ha."

"Jahatttt. I tak maafkan you."

"Kalau I minta maaf sungguh-sungguh?"

"I maafkan. Separa maaf."

"Ha ha ha."



Ahad, Disember 28, 2008

BEST OF 2008

 
Untuk majlis adik gua, Epah dan Epin, gua hadiahkan mereka 3 biji periuk saiz ekonomi. Semoga bahagia hingga ke Syurga.


 Hujung tahun adalah musim banjir dan walimah. Kita doakan siang hari cerah agar majlis berjalan dengan lancar. Malam pula kita doakan hujan sehingga dingin sampai ke tulang. Tentu pengantin baru suka. Kan?

Selain dari itu Disember juga masa muhasabah diri. Oleh itu, para Bloggar sekalian bacalah arkib blog kalian dan bikin entri bertajuk 12 entri terbaik untuk 2008.

Jan: Ini Rindu
Feb: To Sir With Love
Mac: Isi Dompet
Apr: Ujang
Mei: Itu Baru Gezek
Jun: Ayat-ayat Cinta
Jul: Jangan Pandang Belakang
Ogo: Yang Remeh dan Yang Temeh
Sep: Letupan Dalam Kereta
Okt: Certot Cinta Kera
Nov: Ikan Terbang Dari Air Keroh
Dis: Babi

Ini tag untuk semua pembaca blog ini.

Jumaat, Disember 26, 2008

ILMU GHAIB DI ASPURA

Budak-budak tabligh datang meronda kawasan asrama menjelang maghrib. Mereka berdakwah ajak orang ke surau untuk berjemaah dan dengar usrah. Kalau engkau terperangkap, tidak sempat lari, terpaksalah engkau layan ceramah mereka. Engkau angguk-angguk kata insyallah. Insyallah itu maknanya engkau akan bersungguh-sungguh berusaha ingin pergi dan engkau cuma tidak akan pergi jika Allah tidak izinkan. Betul tak syeikh?

Satu hari aku terperangkap. Budak-budak berbaju kurta berserban ringkas sudah berada di kaki lima dorm. Dengan pantas aku guna ilmu ghaib dan jadi halimunan.

"Assalamualaikum," kata tiga suara serentak di pintu dorm.

Tidak jawab dosa. Betul tak syeikh?

"Waalaikumsalam," aku jawab dalam hati.

Setelah tiga kali salam cuma berjawab dalam hati, mereka pun beredar.

Line clear. Aku pun keluar dari gerobok. Begitu juga dua tiga orang lain. Bukan dari gerobok yang sama la. Mereka menyorok dalam gerobok mereka sendiri.

Tersengih-sengih memandang sesama sendiri.

Bukannya aku mahu lari dari pendakwah sangat. Aku cuma mahu mengelak berdusta kata "insyaallah" sedangkan aku sudah niat tekad tidak mahu pergi. Aku tidak mahu jadi munafik. Tanda-tanda orang munafik adalah apabila dia berkata-kata, dia berdusta. Betul tak syeikh?

Rabu, Disember 24, 2008

LUPA DIRI

"Di negeri orang jangan lupa diri," kata aku kepada dia di KLIA. Dia akan terbang ke Australia.

"Kalau orang lupa diri nanti, orang tengok MyKad," kata dia loyar buruk.

Pap! Aku ketuk kepala dia dengan majalah yang aku pegang.

"Orang serius ni."

"Baik Pak Ngah."

Selasa, Disember 23, 2008

GATAL

Mobius pakai jeans biru baru. Jarinya di punggung, tergaru-garu.

"Gatal punggung gua. Ada benang terkeluar kot," dia berteori.

"Bukan la," sangkal aku.

"Habis tu?"

"Itu alamat nak dapat duit la tu."

"Lu ingat gua apa?! Hampeh!"

Ketawa kami berderai kuat. Semua orang di kedai mamak memandang kami.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Funny Artsy Stuff: Munkao

MENGENAL DIRI

Flat Bukit Chagar bukan tempat yang baik untuk membesar tetapi percayalah inilah tempat yang mendewasakan. Diabadikan dalam tulisan blog, kemudian dimasukkan ke dalam buku Ayah Kita Bos dan akhirnya diwayangkan sebagai Bumbung Aku Lantai Orang.

Filem pendek itu dimainkan di Annexe, Central Market KL, hujung minggu lepas. Secara amnya penonton memberi reaksi positif tentang karya itu. Vovin turut menonton filem itu dan membuat komen, "engkau tidak boleh tinggalkan Flat Bukit Chagar."

Tidak pernah pula aku berfikir begitu tetapi ada benarnya ulasan Vovin itu. Walaupun flat itu sudah diroboh, kini hanya tinggal padang kosong, aku masih lagi ke sana. Melihat-lihat. Entah apa yang aku cari, aku pun tidak tahu. Mungkin aku mencari diri ku sendiri.

Rabu, Disember 17, 2008

PELEKAT KERETA LUMBA

Kancil aku nampak lusuh benar. Macam kereta pulang perang. Aku pergi kedai solek kereta dan beli pelekat Ralliart. Aku tampal melintang di kaca depan kereta. Fuh! Sekarang kancil aku macam kereta rally yang selalu lumba dalam kebun kelapa sawit.

"Amacam Pak Long?" aku menyoal mengail pujian dari Pak Long.

"Sekarang dah ada sticker Ralliart ni, kancil ni boleh lari laju ke?" Pak Long balas dengan soalan juga.

Hampeh. Esok aku nak cabut sticker ni. Tak tahan aku tengok muka Pak Long yang macam menyindir 24/7.

.......




Synopsis:
Based on a true short story written by Tok Rimau. Directed by Dean Sham. NOW SHOWING
4 p.m. Sunday. 21 Dec. 2008 Central Market Annexe. More info: filmmakersanonymous

Selasa, Disember 16, 2008

BABI

Aku, Vovin dan Mat Jan menanti Naga sambil membelek menu di Old Town Jalan Yap Kwan Seng. Ada tertulis Nissin Noodle with Chicken Ham and Egg.

"Chicken ham? Bukan ham tu babi ke?" tanya Vovin.

"Babi tiruan. Tak pe. Boleh makan," komen Mat Jan.

"Nampak sedap. Aku order ni la," kata Vovin.

Aku pun tidak tahu sama ada kepingan daging itu ayam berperisa babi atau babi berperisa ayam. Ha! Ha! Ha!

Jumaat, Disember 12, 2008

MARAH

"I nak tanya you satu soalan falsafah."

"Silakan. I akan bagi you satu jawapan falsafah juga."

"Kalau awek pakai baju terdedah cleavage, orang lelaki tenung cleavage tu, dia marah tak?"

"Falsafah la sangat."

Selasa, Disember 09, 2008

HO HO HO KATA SANTA

Aku tolak troli dan Pak Long pilih barang yang dia nak beli. Radio siar-raya berdendang lagu Jingle Bell. Ulang-ulang silih ganti lagu Krismas. Loop satu album The Best Xmas Songs agaknya.

Sampai di pokok krismas tinggi 10 kaki, aku pun mengeluh. Raya Haji esok, "tak ada tanda-tanda pun pada hiasan. Krismas dah sampai dulu."

"Hari Natal memang pasal shopping. Raya Haji pasal apa? Pasal korban. Tidak perlu ada hiasan-hisan di shopping complex," sambut Pak Long.

Dush! Aku kena.

Diam sejenak menjilat luka. Bagi laluan kepada malaikat melintas.

"Kenapa kita selalu dapat troli yang roda senget?" aku ubah topik.


..........

Tag:
Question: If you weren't straight, who's the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ? from Miszazie.

Answer: I'll date Tok Rimau (writer/actor/director)
 
Ha! Ha! Ha! Vain! Don't hate me 'coz I'm beautiful.

Jumaat, Disember 05, 2008

Khamis, Disember 04, 2008

JABBERWOCKY

"Bang, pakej ni bagus untuk kemahiran Bahasa Inggeris. Bahasa global tu bang. Nak kerja sekarang kalau tidak tahu bahasa Inggeris, menganggur la."

Kadang-kadang mereka datang masa aku makan. Kacau aku sedang suap nasi. Datang pakai talileher membawa pakej English for Workplace Communication. Pakej jualan mereka dalam bentuk buku-buku bersiri dan kepingan CD.

"Brilliant. This is what I've been searching for. Pretty fly."

"Err... err..."

"How long does it take for one to be able to communicate fluently? Dead long eh?"

"Errr..."

Biasanya jurujual alat pembelajaran Bahasa Inggeris akan tergagap-gagap bila aku mula bertutur orang putih. Kalau aku masukkan slang American lagi mereka kaget. Kalau mood aku kejam, aku masukkan perkataan yang aku reka sendiri.

"Don't kiss and tell. Chronotov singular track to the very commanding rimaunism?"

"Errrr..."

Lagi keji, jika aku ada masa, aku baca sajak merapu Lewis Carroll:

'Twas brillig, and the slithy toves
Did gyre and gimble in the wabe;
All mimsy were the borogoves,
And the mome raths outgrabe.


"Errrr... Saya jual je bang. Maaf bang. Saya tidak guna benda ni."

Kasihan mereka. Mereka cari rezeki, aku main-mainkan pula. Ha! Ha! Ha!


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Rabu, Disember 03, 2008

STATUS OF THE DAY AWARD

Status Update Facebook adalah satu seni puisi. Aku suka status:
a) yang membuat aku teruja (ketawa/menangis/tersentuh hati)
b) yang sarat dengan cerita walaupun dalam 1-2 baris ayat.


Oleh itu aku persembahkan Tok Rimau's official selections:

26/11 ADii Ibrahim mengira bijik limau dalam teh o ais limaunya.
27/11 Sham Hardy berkata-kata: kawan biar beribu, admire biar beratus, scandal biar berpuluh, sayang hanya pada satu.. ;p.
28/11 Shah Abg Halil sedang memasak sebuah plot yang cukup bagus untuk meletupkan kebahagiaan orang yang menzaliminya.
29/11 John Hafiz wants someone he can grow old and have plastic surgery with.
30/11 Tiada pemenang: Semua status macam palat. Esok masih ada.
1/12 Affandi Mustapa Sedang memadam nombor telefon kawan² yang tak tahu angkat telefon. Apa guna telefon tu? Miscall saje ke?
2/12 Nurul Asyura kena behave dalam facebook sebab suaminya sudah berfacebook juga... :P.

Selasa, Disember 02, 2008

HARIMAU MENGAKAL SAUDAGAR


Gua berlagak macam jutawan. Gua kata dengan Saudagar Garam, gua akan bayarkan yuran untuk dia dan kawan-kawan masuk Barcamp JB nanti.

Barcamp adalah sebuah persidangan di mana peserta berkongsi ilmu dalam suasana yang terbuka. Barcamp JB (6-7 Dis. 2008) akan menumpukan kepada keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Suka betul Saudagar Garam. Loncat-loncat dia riang. Teruja sangat la tu. Gua pun bagi dia url untuk laman Barcamp JB. Dia pun baca. Dua tiga kali dia baca.

"Lahabau!" kata dia.

"Apasal?" Kata gua.

"Masuk Barcamp ni free je. Mana ada kena bayar."

"Hi! Hi! Hi!"

"Tak pe. Ada ubi ada batas! Ada lori ada bas! Tunggu."



p.s.
Gua juga akan bayar yuran untuk Syed Cengkeh Terpileh dan untuk lu juga. Jom! Sila uar-uarkan.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mari belajar bikin Stop Motion.

Isnin, Disember 01, 2008

CUBIT-CUBIT SENGOL-SENGOL

Aku dan awek cun yang mengorat aku suka pergi majlis perkahwinan. Bukan apa, untuk ambil mood. Nanti malam-malam, aku akan tanya dia soalan muqadimah, "Agak-agaknya, apa pengantin tadi tengah buat masa ni?"

Minggu lepas, kami pergi majlis pengantin yang sama dua kali. Bukan. Bukan pengantin tu kahwin dua kali. Masih pasangan pengantin yang sama. Cuma dua majlis berbeza. Sabtu, aku pergi majlis sebelah perempuan. Ahad pula aku pergi majlis sebelah lelaki.

Aku tidak kenal pun pasangan pengantin. Aku cuma kenal mak bapak mereka. Mak bapak mereka rakan sekerja aku dan mereka ditakdirkan berbesan. Justeru, dapatlah aku dua kad jemputan.

"Macam mana anak akak ni boleh bertemu dengan anak abang tu?" tanya aku memula wawancara.

"Suatu hari kami bersembang. Akak cerita la anak akak tu dah 28. Tak kahwin-kahwin lagi. Akak tanya la dia, anak dara dia tu dah ada yang punya ke? Dia pun bagi nombor telefon anak dia."

"Lepas tu?"

"Selebihnya budak-budak tu punya rancangan."

"Oh begitu kisahnya. Habis anak akak yang belum kahwin tinggal berapa orang?"

"Ada empat orang lagi."

"Akak nak nombor saya?" Aku tersengih. "Kalau... Ouchhhh!"

"Amboi-amboi!" marah awek cun yang mengorat aku. Ibu jari dan telunjuknya menguatkan kapit cubitan di pinggang. Fasa kedua adalah memulas cubitan itu.

"Adehhhhh! Deh! Deh!"



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Seni tajuk filem.

Rabu, November 26, 2008

IKAN TERBANG DARI AIR KEROH

Kalau aku tidak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku pun tidak akan percaya. Aku nampak ikan terbang dari parit naik ke tingkat tiga. Masuk ikut tingkap pula tu. Bukan sekali. Aku nampak dua kali. Sungguh! Aku tak tipu.

Dulu, parit yang keruh itu aku tuduh bawa malang sahaja. Masa hujan lebat, air dari parit tu bah. Air keruh melimpah masuk tingkat satu. Habis rosak server yang mereka letak di situ. Selepas dari itu, mereka alih semua server ke tingkat dua. Sekali air bah, sekali server berubah. Begitulah.

Tetapi sekarang aku tidak buruk sangka  lagi. Aku nampak orang tingkat tiga, yang tingkap pejabatnya bertentang dengan parit, menjulur kail memancing ikan pukul 10 pagi. Dalam masa sepuntung rokok, aku nampak dia bawa naik dua ekor ikan. Punca rezeki juga parit tu.

Isnin, November 24, 2008

JARI-JARI KU SAKIT SEMUA

Entah berapa lama, kasut sukan Kenchana tidak jumpa matahari, entah la. Minggu ini baru la Kenchana bawa kasut itu jalan-jalan. Lari-lari. Lari-lari anak. Lari-lari ibu. Akibatnya, bila Kenchana duduk dia pegang pinggang. Aduh katanya. Bila Kenchana bangkit dia pegang pinggang. Aduh katanya lagi.

"Apa la you ni. Muda-muda dah mengeluh macam nenek kebayan."

"Badan I sakit-sakit semua. Hati je yang tak sakit."

Kenchana pun berangkat pulang. Selalu dia jalan lenggang-lenggang catwalk. Petang ni kengkang-kengkang sikit. Apakan daya. Senyuman aku hanya boleh merawat hati, tidak boleh merawat otot-otot luka. Alahai!

THE ORIGIN OF TOK PIN

INT. BILIK
Suasana gelap. Pin Muda (7 tahun) di bawah suluhan lampu belajar. Satu himpunan buku setinggi satu kaki di sebelah kiri. Begitu juga di sebelah kanan. Di hadapan Pin Muda adalah buku latihan dan kotak pensil terbuka. Pensil dan pemadam atas buku latihan itu.
Di belakang Pin Muda adalah ayah kepada Pin Muda dalam silhut. Gigi dan kacamatanya putih.

AYAH KEPADA PIN MUDA
Papa dah hantar Pin pergi tuisyen. Setiap Sabtu dan Ahad. Setiap cuti sekolah pula, Papa hantar Pin pergi bengkel motivasi dan seminar menjawab soalan peperiksaan. Lagi, Papa dah belikan Pin buku-buku latihan, soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan ramalan. Pin tiada alasan untuk gagal.
Apa Pin minta semua Papa bagi. Apa yang Papa minta dari Pin cuma satu. 5A dalam UPSR. 8A dalam PMR. 8A dalam SPM. Itu sahaja. Jangan sia-siakan hidup. Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 

Pin muda memandang ke hadapan. Tertekan. Emosinya berada di tebing kesiuman.

Cahaya iTune visualizer menyala menari ikut irama. Lampu belajar padam tetapi iTune visualizer masih bermain.

Tajuk dan intro credit muncul.

......

Kalian pun tahu, dari dulu aku cuba bangunkan lakonlayar Kerajaan Laut ni. Banyak lagi yang masih perlu diperincikan. Tajuk pun masih belum mantap. Nama watak, Tok Pin, masih belum final. Aku masih bercongak-congak hala tuju cerita.
a) Kharisma seorang yang gila?
b) Bodoh orang-orang pandai?
c) Panas si batu api?

Notes on The Joker in The Dark Knight :
Nolan decided to avoid divulging an in-depth origin story for the Joker, and instead portray his rise to power so as to not diminish the threat he poses, explaining to MTV News, "the Joker we meet in The Dark Knight is fully formed...To me, the Joker is an absolute. There are no shades of gray to him—maybe shades of purple. He's unbelievably dark. He bursts in just as he did in the comics."[54] Nolan reiterated to IGN, "We never wanted to do an origin story for the Joker in this film", because "the arc of the story is much more Harvey Dent's; the Joker is presented as an absolute. It's a very thrilling element in the film, and a very important element, but we wanted to deal with the rise of the Joker, not the origin of the Joker."[17] Nolan suggested Batman: The Killing Joke influenced a section of the Joker's dialogue in the film, in which he says that anyone can become like him given the right circumstances.[55]




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sedang aku mencari nama dan tajuk yang sesuai, aku jumpa Namasutra.  Blog ini memberi jawapan kepada soalan cepuemas, ada apa pada nama?

Jumaat, November 21, 2008

JAMPI KASIHAN RINDU TANPA LADA HITAM

"Dulu, masa muda dulu, kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long baca jampi Kasihan Rindu dan tepuk bantal tiga kali," cerita Pak Long.

"Mengarutlah Pak Long ni," kata aku penuh ragu.

"Menjadi. Sungguh mustajab. Kadang-kadang Pak Long terserempak dengan dia di pasar, kadang-kadang selisih jalan, dan kadang-kadang di majlis kenduri."

"Pak Long masih amalkan ke lagi ilmu tu?"

"Dah lama tak amal. Ada amalan yang lebih mustajab sekarang."

"Kongsi la Pak Long. Jangan simpan sorang."

"Ya lah. Pak Long bagitahu engkau."

"Apa dia Pak Long?"

"Sekarang kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long call je dia buat apoinmen. Ha! Ha! Ha!"

"Hampeh."


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sembang Kosong dengan Tok Rimau

Rabu, November 19, 2008

LALUAN REVOLUSI POLO

Aku keluar dari Toko Busana dengan menjinjing beg plastik lutsinar, mempamerkan barangan yang aku beli.

"Beli baju bang?" tegur Fatin Alfian.

"Mana ada. Abang beli beg plastik dan dapat baju percuma," aku bergurau.

Fatin Alfian tersenyum. Perempuan memang suka lelaki lucu walaupun hari ini aku tidak bercukur.

...........


Event: 
Screen & Talk 4
What: Short Movies
SMOKING | KAMI YANG DISYAKI | 8 JAM
Host: Republic Theatre
Start Time: Friday, November 21 at 8:30pm
End Time: Friday, November 21 at 11:30pm
Where: Rumah Pena

Selasa, November 18, 2008

QUANTUM OF SOLACE

Aku masuk ruang parking. Tarik handbrake. Buka talipinggang keledar. Matikan enjin dan tarik kunci keluar. Ambil steering lock. Pasung stereng. Buka pintu dan keluar.

Penumpang-penumpang aku masih terhegeh-hegeh dalam kereta. Ada yang nak pakai lipstik. Ada yang sikat rambut. Ada yang lap air liur basi. Ada yang cari kasut. Sepanjang perjalanan tadi apa mereka buat?

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Ahhh! Lelaki memang disumpah untuk menunggu.


................

Now Showing
Superpowers (6.28)
a short film by Jeremy Kipp Walker and J. Anderson Mitchell

Sabtu, November 15, 2008

ANAI-ANAI


Klik gambar untuk besarkan.

Untuk menanam racun anti-anai, lubang 1 kaki dalam mesti digerudi berhampiran dengan dinding. Lubang-lubang itu 2 kaki jaraknya antara satu sama lain. Kemudian, racun yang telah dibancuh akan disuntik ke dalam lubang itu. Untuk rumah sesaiz rumah aku, mungkin ambil masa 3-4 jam kerja ni.

Malangnya pekerja Pest Control membanting tulang hampir sehari suntuk  Mereka tergerudi saluran paip air. Tiba-tiba, ada air pancut depan rumah aku.

Jadi satu kerja pula mereka cuba mengganti paip yang bocor bawah tanah tu. Kerja plumbing yang dibuat oleh Pest Controller ni yang lama.

Jumaat, November 14, 2008

FATALISME

Biasalah. Aku cepat bosan. Aku tinggalkan satu projek dan mula dengan yang baru. Projek penulisan untuk fiksyen yang berikutnya adalah dalam genre komedi tragik romantik kampungan yang gelap. Setting, theme dan mood yang jelas.

Kalau sudah dark, pastinya watak utama ghairah mengejar sesuatu yang bakal menghancurkannya. Fatalism in nature. Watak sokongan pula pastinya mempunyai kesiuman yang jelas menghalang fatalisme dari berlaku tetapi ia akan tetap berlaku. So, spoiler la. Kita tahu endingnya. Cuma bagaimana ending itu hendak dijatuhkan hukuman masih lagi kabur.

Daniel menghentak pangkal batang bambu bunga manggar ke bumi. Hablur debu tanah merah berterbangan ke tepi dalam bentuk bulatan. Gegaran tiang bunga manggar dari bambu hijau meledakkan betik muda di hujungnya. Bertaburan serpihannya. Helai-helai debunga manggar jatuh dalam gerak perlahan dirintang udara. Yang tinggal kini adalah buluh hijau runcing telanjang dalam genggaman Daniel yang tegap berkuda-kuda di atas hamparan debunga manggar berona roni.


Amacam?

..............

LAYAN VIDEO NI: SPOILERS

Khamis, November 13, 2008

Toshiba Timesculpture Commercial



* The TV ad was shot using 200 Toshiba Gigashot Cameras: the highest number of moving image cameras ever used in a film sequence
* This particular technique, viewing looping action in 360 degrees, has never been done before
* The time spent processing footage from 200 cameras was over four weeks - 24 hours a day seven days a week!
* In terms of data, this is one of the biggest jobs a post-production house has ever taken on - 20TB of data
* New offline and online editing software had to be specifically built for the job
* Soundtrack is provided by Crystal Castles
* Integrated campaign to promote Toshiba's new range of upscaling products – TV, DVD and laptops - that convert standard definition TV and DVD images to near high-definition quality.

More Info.

FEARS OF THE DARK

Rabu, November 12, 2008

BACALAH

Aku mahu akademik sikit hari ini.

Dalam kelas bacaan, sering kali guru bertanya, "Apa yang cuba disampaikan oleh penulis?" Dan bersegeralah murid-murid yang bijak cuba berfikir seperti Usman Awang atau A. Samad Said. dalam kelas literature pula mereka cuba memakai selipar Charles Dickens atau Shakespeare. Apakah yang difikirkan oleh sasterawan itu? Semua tidak mahu menjawab dengan salah. Semua tidak mahu kalah.

Jika kita membaca bukan kerana peperiksaan, nikmat pembacaan itu datang dari bagaimana kita membina makna berdasarkan pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek ketika bacaan. Malah, jika kita mengulang baca sesuatu teks, kita akan merasa nikmat yang lain dari bacaan pertama kerana pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek sentiasa berubah.

Kalau seni itu penting kerana ia memberi makna kepada hidup seseorang pembaca, maka perlulah seni itu juga dilihat dari pengalaman pembaca. Soalan penting yang patut juga ditanya oleh guru adalah, "Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?" Jika murid-murid itu sudah membaca dan mereka menjawab ikhlas, tentu pelbagai jawapan yang timbul. Dan tiada satu pun jawapan yang salah.

Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?





LAWATAN SAMBIL BELAJAR
In 2005, Everett published a paper about the Pirahã that rocked the foundations of universal grammar. Chomsky had recently refined his theory to argue that recursion - the linguistic practice of inserting phrases inside others - was the cornerstone of all languages. (An example of recursion is extending the sentence "Daniel Everett talked about the story of his life" to read, "Daniel Everett flew to London and talked about the story of his life".) Everett argued that he could find no evidence of recursion in Pirahã. This was deeply troubling for Chomsky's theory. If the Pirahã didn't use recursion, then how could it be a fundamental part of a universal grammar embedded in our genes? And if the Pirahã didn't use recursion, then is their language - and, by implication, other languages - determined not by biology but by culture?
~The Guardian

Isnin, November 10, 2008

MAGNUM OPUS

Aku tidak ada masa untuk layan TV atau wayang. Untuk catching up, aku tunggu DVD keluar dan layan marathon tonton masa cuti. Aku dapati ada perkembangan positif dalam program TV di Malaysia.

Upin dan Ipin- Animasi yang bermutu tinggi bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi juga dari sudut komedi, perkembangan watak dan mesej yang hendak disampaikan.

Kami - Drama bersiri remaja bersifat cross-over. Pendekatan yang berbeza dan tidak berceramah tetapi berkesan. Semua watak-watak utama besifat anti-hero dengan flaw masing-masing. Aku suka Dunia Baru, tetapi aku lebih suka Kami. Lebih real berpijak di bumi nyata.

Projek aku mendatang. Coming soon, short Peluru Cinta arahan Dean Sham akan siap. Aku ada minor role. Ceritanya masih lagi acuan Flip Flop Cakarama, filem-filem tanpa orang baik yang jelas tanpa bersikap didaktik. Kalau engkau tidak faham konsep yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan maka engkau akan dapati cerita ini tidak punya nilai moral.

Cerita dalam proses development pula adalah:
Kerajaan Laut: Sebuah kajian herd mentality. Seorang ketua cult yang kharismatik dan eccentric mengubah polisi kumpualan mereka dari apolitical spiritual kepada militant confrontational.

Kawan Khayalan: Sebuah thriller psychology/slasher. Satu entiti semangat berbentuk kanak-kanak yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seorang manusia untuk bertindak.

Aku bukan penulis atau pembikin filem professional, maka tiada tekanan untuk menyiapkan mengikut deadline. Aku siapakan pada pukul siap.

Khamis, November 06, 2008

SYARAHAN TOK PIN

TOK PIN
Pada 376 SM, Raja Iskandar Zulkarnain menakluki benua India dalam peperangan akhir baginda dengan Porus. Berkahwin dengan seorang puteri raja bernama Puteri Shahrul Bariah di atas amanat Nabi Allah Khidir. Salah seorang dari keturunan hasil perkahwinan ini adalah Raja Suran (Some say Chulan).

Menurut Sejarah Melayu, Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram (Some say Dika) di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka kemudiannya naik ke darat dan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Cerita ini bukan Tok Pin cipta. Ini sejarah Melayu. DBP pun cetak buku ini. Jika kalian mendustakan gagasan Kerajaan Laut Tok Pin, kalian menafikan sejarah Melayu itu sendiri.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mitos Kerajaan bawah Laut

Isnin, November 03, 2008

THE MAKING OF MASKARA SHORTIES









...........................
Gambar Crowd Dari Flickr Saiful Nang:

Sabtu, November 01, 2008

BODOH

Syaitan itu bodoh. Kalau kau fikir-fikirkan misi dia, tentu kau buat kesimpulan bahawa kau boleh buat kerja dia dengan jauh lebih efektif.

Satu mayat bayi digonggong anjing tanpa tuan. Yang mebuang bayi itu ke dalam tong sampah adalah manusia, bukan syaitan. Pemikat burung menjumpai mayat manusia dalam semak tanpa kepala. Mayat itu yang tanpa kepala, bukan pemikat burung. Pun begitu, pastinya itu kerja manusia, bukan syaitan.

Jika kau dapat tangkap orang-orang jahat itu, kau tanyalah kenapa mereka begitu jahat. Teramat jahat. Mereka akan jawab, hasutan syaitan. Syaitan yang dapat kredit. Seolah-olahnya mereka itu bagus sangat dalam urusan mereka. Walhal, syaitan itu bodoh.

Rabu, Oktober 29, 2008

COMING SOON- 1 Nov 2008

MASKARA DATANG LAGI
Sabtu, 1 November 2008, 8:30 malam. Rumah PENA. Tayangan filem-filem pendek & pelancaran antologi cerpen "Romlah: The Untold Stories"


Seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi
, tentang seorang gadis misteri. Cerpen-cerpen yang termuat:

ISTINJAK-ISTINJAK CINTA
oleh Mat Jan OBLIVION oleh Fadli al-Akiti ROMLAH 2108 A.D. oleh Sinaganaga TIADA HADHARI oleh Bahruddin Bekri ROMLAH SIMFONI DALAM A MAJOR oleh Nazri M Annuar BELALAI oleh Saharil Hasrin Sanin CINTA DALAM KACA oleh Tok Rimau SERABUT oleh Jowopinter ROMLAH CUTI SEMINGGU oleh Tok Rimau DADA MERAH oleh Zalila Isa HIP! oleh Op HALKUM oleh Si Dugong PUDING SUSU ROMLAH oleh Samurai KENAPA TERLALU SERIUS? oleh Kumprinx PELESIT oleh Jigo NAMAKU ROMLAH oleh Bambang Sastrowardoyo KEPANJING oleh Spyz TWIT TWIT TWIT oleh Harris Maulana CINTA KHIDMAT PESANAN RINGKAS oleh Pipiyapong


Filem-filem pendek yang akan ditayangkan:


MELAYU 106
oleh Mamat Khalid GRIP PHONE oleh Tok Rimau HITAM oleh Kumprinx 8 JAM oleh Che Wan Mohd Faiz & Mohd Nazri Zainuddin MY ALIEN GIRLFRIEND oleh Naz Annuar MATINYA SEEKOR AYAM KONGSI GELAP oleh Sinaganaga KERETA GOYANG oleh Jimadie & Cap Ayam SMS oleh Ajami Hashim HANTU SILAP MATA oleh Alif Firdaus Azis HAPPY PLACE oleh Ramdan Che Hassan ADIWIRA - PROLOGUE oleh Shazrol Suhaime HARI NI HARI BODOH SAYA CIK! oleh Bennylita Ramlee FIVE CHAIRS oleh Rozinor Razali RMN BROADWAY oleh Dean Sham CEKIK oleh Bin Filem KA SI PE CAH oleh Batsheeba Zalika Arsalan SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR oleh Geng Sifoo ULTRAMARINE | iBLACKHEART | SONG OF THE SEA oleh Zainuddin Jamil SURAT SEORANG IBU oleh Saiful Nang THE LOST COMMUNICATION oleh Fazleena Hishamuddin

TIPU KANAN TIPU KIRI

LEFT BRAIN FUNCTIONS RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses logic uses feeling
detail oriented "big picture" oriented
facts rule imagination rules
words and language symbols and images
present and past present and future
maths and science philosophy & religion
can comprehend can "get it" (i.e. meaning)
knowing believes
acknowledges appreciates
order/pattern perception spatial perception
knows object name knows object function
reality based fantasy based
forms strategies presents possibilities
practical impetuous
safe risk taking

Selasa, Oktober 28, 2008

KAWAN KHAYALAN

"Masa sudah tamat," kata Cikgu Khadijah, bekas pengikut Arqam yang kini menguruskan Tadika Al-Islah. "Semua hantar lukisan masing-masing."

Najmi mengambil lukisan budak lelaki berambut lurus disebelahnya. Budak itu diam sahaja. Tidak marah. Tidak menangis. Dia lihat sahaja Najmi menulis namanya sendiri Mohd. Najmi bin Ghazali dengan krayon warna biru atas kertas itu. Huruf  "z" Najmi terbalik macam biasa.

Cikgu Khadijah mengambil lukisan itu. Dia memerhatikan lukisan itu.

"Astaga! Apa nak jadi budak ni?! Cikgu suruh lukis gambar kucing, bukan gambar orang baring-baring atas lecak darah."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Opening Lines of great literature.

Isnin, Oktober 27, 2008

PELURU CINTA

Hujung minggu Depavali habis dengan shooting Peluru Cinta. Fun. Kali ini tuan pengarah Dean Sham lebih teliti. Especially on acting. Cast and crew semua lebih mahir dengan produksi.

Minggu ini tumpu kepada proposal thesis. Fokus Jali, fokus!

Hujung minggu depan zoom ke KL untuk Maskara Shorties. Ngeteh dan hisap rokok dengan Soljah!

Khamis, Oktober 23, 2008

CERTOT CINTA KERA 2

Ida perlu menunggu 27 tahun untuk mendengar pengakuan dari aku. Pengakuan itu merungkai misteri yang tersimpul lama. Sebenarnya, tidak misteri sangat pun. Masing-masing sudah tahu apa yang terbuku di hati dulu lagi. Cuma, kata-kata itu tidak pernah terungkap. Tiada yang berani memulakan.

"Awak sepatutnya luahkan dulu lagi. Saya perempuan, takkan saya nak mula dulu," kata Ida.

Dalam masa 27 tahun macam-macam berlaku. Perempuan datang. Perempuan pergi. Hati terluka. Hati meluka. Cinta-cinta bertunas dan kemudiannya mati diinjak-injak. Aku kira pengalaman dia juga sama. Sehinggalah masing-masing ketemu jodohnya.

"Awak menyesal?"

"Tidak."

"Kenapa?"

"Andai kata kita meluahkan perasaan masing-masing dulu, kemungkinan besar kita akan berpacaran dan kemudian ada yang terluka."

"Ya. Betul kata awak. Lebih baik perasaan yang naive itu tidak ternoda. Kita simpan sahaja bawa mati."

Kemudiannya kami berbasa basi bertanya khabar. Bertanya tentang kerja. Tentang kesihatan. Tentang ibubapa. Dan kadang-kadang ketawa kepada peristiwa lucu dulu bagaimana perasaan itu pernah diterjemahkan kepada perbuatan-perbuatan kecil yang tidak jelas. Kami dua orang yang kalah menulis sejarah seadil mungkin.

"Kirim salam kepada hubby awak."

"Kirim salam kepada wife awak."

Kami pun mengorak langkah pulang ke arah yang bertentangan. Yang jatuh hati dulu adalah kami yang remaja ketika darah masih panas. Bukan kami yang sekarang ini.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Certot Cinta Kera 1

Rabu, Oktober 22, 2008

NYAWA-NYAWA IKAN

Sedang saudara mara dan taulan masih membaca Yasin di sebelah jasadnya yang nazak, aku mengambil cangkul dan memilih tanah sekangkang kera di bawah pohon beringin. Aku mahu kuburkan blog aku di situ.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blog sudah ketinggalan zaman.

Isnin, Oktober 20, 2008

HAZARD (1992) by Richard Marx



Ada empat suspek kepada kematian Mary. Siapakah suspek itu dan apakah motif setiap satu? Tapi bagi aku, Richardlah yang mempunyai motivasi paling tinggi untuk membunuh Mary.

Ahad, Oktober 19, 2008

EKSYEN JEKSYEN

Tips dari Mobius:

Polisi aku untuk kawan Facebook adalah mengelakkan:
1. saudara mara,
2. rakan sekerja wanita, dan
3. orang yang tidak pandai jaga hati aku.

Hari ini, dua orang yang sudah aku remove dari Facebook buat request mahu jadi kawan. Macam mana?

Ya! Aku rasa macam bagus. Macam superdivo (Divo= Diva Jantan)! Aku tekan punat ignore. Mereka mesti kata aku ini berlagak dan eksyen. Well, sia-sia la butang ignore tu kalau tidak digunakan.

MAKE T-SHIRT

A birthday gift for a man too sexy to be 40.

Khamis, Oktober 16, 2008

AKU GAGAL PRINSIP AKAUN

KOS DAN PENDAPATAN (TAHUN?)
NO. TAJUK KOS PRODUKSI (RM) GENRE PENDAPATAN KASAR (RM)
1 Syaitan 1.26 mil Horror 0.494 mil
2 Qabil Khusry Qabil Igam 2.20 mil Romance 1.573 mil
3 Puaka tebing biru 1.28 mil Horror 1.030 mil
4 Mukhsin 1 mil Drama 1.963 mil
5 Chermin 1.87 mil Horror 0.760 mil
6 Jangan pandang belakang 1.72 mil Horror 5.778 mil
7 Zombi Kampong Pisang 1.23 mil Comic horror 2.371 mil
8 Sumolah 2.95 mil Comedy 1.194 mil
9 Waris jari hantu 1.5 mil Horror 1.743 mil
10 Diva 2.96 mil Drama 0.302 mil
11 Cinta yang satu 1.74 mil Romance 0.119 mil
12 Haru biru 500,000 Drama 0.412 mil
13 Kayangan 1.16 mil Romancec 0.257 mil
14 Impak maksima 1.53 mil Action 2.061 mil
15 Otai 1.5 mil Comedy 3.473 mil
16 Budak lapok (animation) 2.59 mil Comedy 0.161 mil
17 1957: Hati Malaya 3 mil Historical 0.316 mil
18 9 September 1.5 mil Comedy 1.186 mil
19 Mistri orang minyak 1.63 mil Horror 0.642 mil
20 Nana Tanjung 2 1.5 mil Comedy 2.245 mil
21 Anak halal 1.8 mil Drama 1.522 mil
22 *The bird house (C) 50,000 Drama 8,051
23 *Before we fall in love again (C) 193,000 Romance 3,893
24 *Things we do when we fall in love (C) 30,000 Romance 3,984
25 *Chalanggai (T) 250,000 Drama 7,321
26 *Hidden summer in my heart (C) 110,000 Drama 9,463
27 *A note of love (C) 88,000 Romance 4,255
28 *Flower in the pocket (C) 64,000 Drama 8,397
TOTAL IN RM 37.20 mil 29.64 mil

AKU CONGAK-CONGAK GUNA SEMPUA DARI SUMBER TAK RASMI.

Untuk pengetahuan, kos kasar projek Telefon Genggam: RM200. Pendapatan yang di anggarkan darinya pula adalah sifar ringgit Malaysia. Cuma aku ada hutang dengan Siti sekitar RM50 untuk kos alat solek. Harap maklum.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Muslim DVD rattles voters in key battleground states- CNN

Selasa, Oktober 14, 2008

FINAS FEATURE FILM FINANCING SCHEME (SPFC)

1    Orbit Mediasari Sdn. Bhd.    Kantoi RM1,000,000
2    The Cameracrew Production Sdn. Bhd    Aduh Saliha    RM1,000,000
3    Jajja Production Sdn. Bhd.    Jibam the movie    RM800,000
4    Mariana Hashim Production Sdn. Bhd.    8    RM1,300,00
5    *Starry Eye Production Sdn. Bhd.    Chermin  RM140,000
6    Halle Pictures Sdn. Bhd.    Rohaya Roy: Catatan si andartu RM1,200,000
7    Cosmovision Production Sdn. Bhd.    Taming Sari Lagenda tersembunyi RM1,500,000
8    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Sereem    RM1,300,000
9    Mega Wajasinar Sdn. Bhd.    Keris Taming Sari     RM1,500,000
10    Dayang Digital Sdn. Bhd.    Lembing awing pulang ke dayang RM200,000
11    The First Poststudio Sdn. Bhd.    Momok the movie    RM1,200,000
12    KRU Communications Sdn. Bhd.    Cicakman 2-Planet hitam RM1,500,000
13    Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.    Cinta monyet versi 2 RM1,500,000
14    Raffi Hussain Corp. (M) Sdn. Bhd.    The Chini    RM1,500,000
15    Hez Communication Sdn. Bhd.    CE 1    RM1,500,000
16    MRE Network Alliance (M) Sdn. Bhd.    RM Eee … Hantu RM1,000,000
17    AXS Naga Sdn. Bhd.    Estet RM1,500,000
18    Pentas Opera Sdn. Bhd.    Ancaman penggodam RM1,000,000

JUMLAH RM20,640,000
(Sumber: E-mel Layang. Aku rasa tidaklah susah untuk percaya.)

Isnin, Oktober 13, 2008

TELEFON GENGGAM - Coming Soon 1 Nov 2008


Tajuk: Telefon Genggam
Tagline: Genggam Hingga Jadi Abu
Sinopsis: Sebuah filem khusus untuk tontonan anda. Ha! Ha! Ha!
(Bila engkau tekan punat info atas remote Astro, sinopsis yang sama keluar.)
Wajib Tayang: Pawagam Rumah Pena, Maskara Shorties- Coming Soon 1 Nov 2008
Harga Tiket: Potongan 100%



Cakarama Entertainment dan Flip Flop Pictures (Kedua-duanya syarikat tidak berdaftar. Saja nampak gempak.)
Penulis/Penyunting/Pengarah/ Penerbit: Tok Rimau (Fuck-Damn, bukan ahli FDAM)

Pembunuh Upahan: Tina Koh (Dah mati pun masih nampak cantik.)
Ajen Mossad / Penerbit Bersama: Dean Sham (Mula menakutkan orang seminggu sebelum pengambaran kerana dia menjiwai watak cepat sangat)
Kleptomaniac/ Solekan: Siti Shuhada (Sanggup mengorbankan alat mekap sendiri demi filem)
Pengebom Al Qaeda: Azie (Kelihatan sudah bertaubat untuk satu hari)

Prop: Liyana (Gagal mencari terompah tetapi berjaya mencari 5 buah jam)
Pembantu Pengarah: Atiqah (Tangannya penuh kapur)
The Making of: Izzati (Multi talented, dia buat skrip, handle kamera, interview orang, mengarah untuk The Making of Genggam)

Kamera: Fenggo (Fenggo dan Raja berkongsi cawan di McD)
Sound: Raja (Raja dan Fenggo berkongsi cawan di McD)

Foto: Sabariah (Tidak dapat main api kerana pulang cepat kerana menumpang Bak)
Foto/Poster: Bakri (Tidak sabar melihat cameraman terkial-kial dengan kamera)

Kesilapan Dalam Filem:
JCB enter frame. Apahal pulak JCB operator tu rajin-rajin kerja hari Ahad kat tempat yang tersorok seperti lokasi filem?!

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
50 Poster Filem Pilihan

Sabtu, Oktober 11, 2008

DOKTRINASI

Semalaman seorang insan tidur, mimpi bertamu bersiri-siri. Tetapi, satu dua mimpi sahaja dari malam yang panjang yang diingat di pagi hari. Mimpi-mimpi lain dibaham malam. Sendawanya igauan dan racauan. Biasanya tidak jelas langsung butirnya.

Aku tertawan. Ketumbukan yang aku terajui terkepung ketika kami berundur menyusur kali menuju ke paya. Kecederaan dan kematian di pihak kami banyak. Hubungan dengan ibu pejabat sudah putus dengan tertembaknya pemancar. Bilangan mereka terlalu ramai. Menyerah adalah pilihan yang terbaik.

Aku tahu apa yang akan terjadi kepada kami. Yang cedera parah akan ditembak mati. Yang cedera ringan akan dirawat sebelum mereka dihimpun dengan soldadu yang tidak cedera.

Seperti yang aku jangka, layanan terhadap tawanan perang sama di mana-mana pihak pun. Aku dilumpuhkan buat sementara waktu. Dibaringkan atas perbaringan. Lampu-lampu menyuluh fokus kepalaku yang sudah bercukur botak. Sedia untuk satu pembedahan.

Prosedurnya begini, umbun-umbun dihiris. Tujuh kabel kecil dimasukkan. 4 darinya bertujuan menyebabkan amnesia tentang sejarah silam. Kemudian, 3 kabel lagi bertugas memasukkan memori baru. Memori ini milik sang soldadu idealis yang disalin. Maka wujudlah seribu soldadu baru dengan semuanya memiliki keazaman, falsafah, iltizam dan jatidiri yang sama. Minda mereka dari acuan yang sama. Soldadu baru ini akn berjuang untuk tuan yang baru.

Aku dengar pakar bedah itu berkata, "ada lima parut hirisan lama atas umbun-umbunnya."

Ini bermakna minda aku telah diceroboh lima kali. Ingatan aku dipadam lima kali. Memori baru lengkap dengan doktrin dimasukkan lima kali. Aku manusia dengan sejarah palsu. Aku tunggu sahaja doktrin palsu yang berikutnya.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Monitor Your Web Popularity

Jumaat, Oktober 10, 2008

AKU GAGAL HISAB TAMBAHAN

1 minit atas DVD = 10 minit klip video mentah.
1 minit atas DVD = 1 muka surat skrip.
1 minit atas DVD = 2 muka papan cerita (story board)
5 minit atas DVD = 8 jam pengambaran

Pemboleh ubah lain adalah cuaca, trafik sekitaran, cikadak krew dan pelakon. Dan. Cikabadak sutradara.

Tidak boleh marah sangat krew dan pelakon kerana mereka biasanya terlibat secara sukarela untuk resume. Tapi, sutradara dah bawa keluar anak orang mestilah bagi mereka makan. Tidak boleh biarkan kebulur.

Ini pengalaman yang aku timba. Tidak banyak, muat-muat dalam timba. Ha ha ha. Nisbah masa di atas ini hanya boleh pakai untuk pembikin filem bebas dengan satu kamera dan menggunakan taktik gerila. Kalau Hollywood, Kollywood dan Greenwood , aku tidak tahu la nisbah mereka.

Apa pun,
90 minit atas DVD = Rm5 per DVD di JB. :-)

.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR (Kalau engkau suka India dan ada masa senggang.)
Guerilla Filmmaking Tips 101
10:16

Khamis, Oktober 09, 2008

HADIAH DAN RASUAH

Dr. Nita, pensyarah aku, hantar sms - "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin."

Aku tepuk dahi. Aku lupa. Sepatutnya akulah yang ucap selamat kepada dia dahulu sebab aku ni murid. Tidak beradab betul aku.

Pun begitu, sehari sebelum cuti raya aku ada pergi pejabat dia. Bagi dia kuih raya satu balang. Hi! Hi! Hi! Aku cerita hal bodek ini kepada Azie dengan penuh bangga. Dia cuma bagi kad raya sahaja kepada Dr. Nita.

Azie kata, "Eleh! Kuih satu balang. I baru balik dari opis dia. Banyak hamper atas meja tau."

"Fuh!"

"Dr. Nita kata sebenarnya dia tidak suka students bagi dia apa-apa."

Alamak. Strategi pembodekan makan tuan. Nasib baik aku tidak mencuba sengguh-sungguh. Kuih raya je.

Rabu, Oktober 08, 2008

PERINGATAN

Bila emak dan ayah terpaksa tinggal rumah mencari rezeki, anak-anak kena pandai jaga diri.

Sabtu, Oktober 04, 2008

BOY SOLDIER




Selepas membaca A Long Way Gone oleh Ishmael Beah, aku mula Google tentang perang Sierra Leone. Membaca kemaskini perbicaraan penjenayah perang, Charles Taylor buat aku takut dan ngeri akan perang. Perang bisa membuat manusia hilang kemanusiaan.


"The rebels had captured a Temne man and wanted the Temne man to rape the witness. When the Temne refused the rebels started to beat him up. Eventually the Temne man gave in and raped her." Said witness TF1-064

SEDEKAH KERTAS

Aku, kalau bagi duit raya tidak suka pakai sampul. Aku berpandangan penggunaan sampul itu hanya menambahkan sampah dan membazirkan kertas. Tapi itu aku, orang lain tidak macam aku.

"Gi salam Pak Long."

Afimon pun berlari dan menghulur tangan kepada Pak Long. Pak Long bagi duit raya kepada Afimon dalam sampul merona hijau. Juga, ada tulisan khat berwarna emas atas sampul hijau itu.

Afimon nampak gembira.  Dia lari kepada aku untuk melapor, "Yeah ! Yeah! Dapat surat! Yeah! Yeah! Dapat surat!"

Ya. Afimon belum kapitalis lagi.

Selasa, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Aku banyak dosa. Maafkan aku.

Sabtu, September 27, 2008

DUNIA INI PENTAS SANDIWARA

Pemuda yang duduk bertentang dengan aku berambut pacak engkar graviti. Pasti banyak lumur gel. Dia sedang mengisi borang lawatan ke Kompleks Finas. Biasalah. Nama, nombor kad pengenalan dan pegawai yang hendak ditemui.

Di bahagian pekerjaan, dia isi "pelakon."

"Mmm.. aku tidak perlu isi borang ni," kata aku memulakan basa-basi.

"Kenapa?" tanya dia.

"Aku berlagak macam pegawai dan angkat tangan sahaja ketika lalu di gate tadi. Lepas."

"Masa saya lalu, mereka tahan saya. Terpaksalah ambil pas dan isi borang."

"Mmmm. Aku adalah pelakon yang lebih baik dari kamu. Ha! Ha! Ha!"

Dia sengih kelat. Tunduk dan sambung isi borang.

....
P.S.
Abah dah sedar. Sudah balik rumah. Kemudian dia tengok bil hospital, terus pengsan. Ha! Ha! Ha! (Ayat akhir tu aku bohong nak sedapkan cerita.)

Khamis, September 25, 2008

JB-KL

Aku ke KL 2-3 hari. Aku dapat lesen laut dalam ala Deadliest Catch.

Urusan Rasmi: Belajar di London Film School, UK (Ulu Klang).

ADDRESSING MULTI-PLATFORM AND NEW MARKETS
FOR YOUR FILM AND AUDIO VISUAL PRODUCTS

Date : Friday 26th September 2008
Venue : Theatre P. Ramlee, FINAS

With International Producer and Publisher: MICHAEL WIESE

Q: Supervisor aku tanya, bila pula nak buat Ph.D. Asyik bikin filem je?
A: Ini sebahagian dari Ph.D la. Aku suka sangat campur aduk bisnes dan nikmat.

Urusan Separa Rasmi: Buka Puasa Bersama Sol-jah
Sidang bulanan membincangkan pembentangan bajet, membincangkan peralihan kuasa, menaik-turunkan harga minyak dan masalah negara yang lain.
Venue: KL Sentral. Kenapa? Murah, Wi-Fi dan Boleh Hisap Rokok.

Q: General Soljah tanya, bawak awek ke?
A: Mana boleh. Aku nak solat jamak qasar. Perjalanan mesti bersih maksiat. Hi! Hi! Hi!

Urusan famili: Bawak mon-mon (anak sedara) balik kampung Johor, jimat tambang bas.
Q: Pukul berapa dato harimau nak sampai rumah akak?
A: Pukul siap. Siap urusan, sampai la.

MISC.
Shopping, sahur gathering, jumpa kawan-kawan, stuck in a jam dan menyumpah-nyumpah.

Rabu, September 24, 2008

MALAM-MALAM TERAKHIR

Malam-malam terakhir ini aku sepatutnya berbuka dan bersahur dengan Laila. Tetapi aku masih di sini. Maghrib ini di kedai mamak bersama roti telur.

Tiba-tiba Laila telefon bertanya khabar.

Laila: Buka apa?

Aku: Roti telur. You?

Laila: Buka baju dan spender. Hi! Hi! Hi!

(Gelak nada tinggi decibel rendah penuh keperempuanannya menggoda sekali.)

Aku: I nak buka dengan you.

Laila: Ngepong! Setiap tahun you kata begitu.

Aku: Sungguh. I cuba sedaya upaya.

Laila: Sekurang-kurangnya cubalah untuk cuba.

Kemudian talian putus. Senyap.

Aku masih di sini. Maghrib ini, di kedai mamak bersama roti telur. Walaupun orang ramai. Aku rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa kosong.

Selasa, September 23, 2008

JIRAN ERINMON

"Erinmon ni kepoh," kata mami Erinmon kepada aku.

Erinmon duduk atas pangku sambil pegang trumpet plastik warna merah jambu. Dia tiup-tiup tidak berbunyi.

"Erinmon tinggal kat mana?" tanya aku.

"Damansara," jawab Erinmon.

Setahu aku di Damansara ada ramai selebriti. Mungkin mereka tinggal berjiran dengan Erinmon. Setidak-tidaknya pernah terserempak di kedai runcit atau pasar malam.

"Rumah Erinmon dekat rumah siapa?"

"Dekat rumah orang sebelah."

Jawapan jujur Erinmon buat muka aku sedikit kelat. Padan muka kerana tanya soalan bodoh. Mami Erinmon ketawa terbahak-bahak.

Ahad, September 21, 2008

LETUPAN DALAM KERETA - Cerita benar

Bersepai hancur! Fuh tajuk macam laporan teroris. Cam bab buku Imam Samudra.

Cebis-cebis tembakau bersepah dalam kereta. Kotak rokok hancur berkecai. Plastik sisa pemetik api berterabur.

Mmm. Setahu aku dalam kotak itu ada sebatang je rokok aku simpan untuk berbuka nanti. Setahu aku, aku juga memasukkan pemetik api dalam kotak. Mmm. Setahu aku, aku letak kotak atas dashboard.

CSI Johor Bahru merumus kereta aku yang diletak di tepi jalan terdedah kepada panas terik. Ini menyebabkan lighter fluid meledak.

Nasib baik cermin kereta tidak pecah.

Ya. Merokok memerbahayakan kesihatan.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sastera Wangi

Jumaat, September 19, 2008

RADIO GAGA

TV aku mati. Kemudian hidup semula. Berkali-kali jadi begitu. Suatu hari aku nampak Afimon menabung siling dalam slot kad Astro. Dia ingat setiap mesin berlubang adalah mesin vending agaknya. Aku cungkil keluar siling itu. Aku goncang decoder. Bunyinya macam ada dua tiga posen siling di dalam.

Kemudian. Pemain CD dalam kereta pula rosak. Ada teks tulis "Error" setiap kali aku masukkan CD. Untuk beberapa hari, mahu tidak mahu, semua penumpang terpaksa mendengar aku menyanyi secara live. Unplugged. "Oh Biduan, pujaan tua muda..."

Aku marah-marah. Maki-maki di pusat servis Hummer. Katanya kalah membeli menang memakai tetapi kenapa cepat sangat rosak?!

"Pemain CD ini masih dalam jaminan. Kami akan tanggal dan repair FOC," kata pomen di pusat servis.

Seminggu kemudian pomen yang sama buat panggilan. Katanya alat itu sudah siap dibaiki.

"Bukan sahaja servis ini FOC, kami juga ingin bagi encik dua keping syiling 10 sen."

"Kenapa?"

"Pemain CD encik rosak kerana ada syiling ini dalam slot CD."

Pomen pusat servis itu menyimpul senyum. Senyum itu memulangkan paku buah keras secara hadhari. Huh! Pedih. Pedih.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dating Darth Vader Caption Contest

Khamis, September 18, 2008

A STUDY ON SPINNING

Aku jarang baca blog Che Det tetapi dengan perkembangan politik yang semakin menebal, seperti yang selalu disebut sebagai "the plot thickens", aku ziarah la blog Che Det untuk tahu pandangan beliau tentang isu semasa.

22. In my time the papers did self-censor themselves. But they did not spin. Now spinning is blatant.

Quoted Directly from Che Det.


Tidak dapat tidak, aku tersengih sinis. Mungkin Che Det ada mesin untuk merentas masa dan mengubah sesuatu di masa lampaunya atau beliau sudah pindah ke planet lain. Agaknya.

Selasa, September 16, 2008

SOMBONG

 Cerita Mobius:
.....
Aku tulis status sebagai "bertemu Tuhan" dan aku biarkan messenger hidup sementara aku ke tandas untuk wuduk. Aku masuk semula ke pejabat. Aku bentang sejadah dan solat Asar.

Ketka solat, aku terdengar bunyi ding dang ding dang dari speaker komputer. Ding dang ding dang. Ada mesej masuk la tu. Ding dang ding. Solat aku jadi tidak khusyuk. Nyesal aku tidak bisukan komputer.

Seusai solat, aku lihat di monitor.

STATUS: BERTEMU TUHAN
Julie Foxy: Akm.
Julie Foxy: Orang bagi salam tak jawab. Sombong.
Julie Foxy: Opsss! bertemu Tuhan. Semayang ya. Sori.
Julie Foxy: Rakaat berapa dah ni?
Julie Foxy: Sombong x mahu jawab.
Julie Foxy: Nanti u sunyi jgn cari I. Kita putus!

Mmm. Aku ketuk papan kekunci. Tukar status. Available.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Freedom Film Fest, JB. Cari Tok Rimau.

Isnin, September 15, 2008

TINAJAN



Angelica, perempuan dari Brazil itu mengaku dia lesbian. Patutlah, bila aku lalu depan dia, sedikit pun dia tidak memerhati. Langsung. Menjeling kepada aku pun tidak. Tetapi takdir menemukan kami untuk ngombrol.

"Kita sama," nyata aku.

"Sama bagaimana?" soal dia.

"Aku pun lesbian juga. Lesbian jantan."

Aku susuli dengan tawa. Angelica tidak ketawa. Mungkin dia tersinggung kerana aku tidak ambil serius tentang jatidirinya yang tidak berpaksikan alat kelamin fizikal, tetapi nafsu dan emosi.

Selepas dari itu Angelica sering menjeling aku, tetapi bukan dengan nafsu. Cuma emosi. Emosi marah mungkin. Tidak mengapa. Yang penting aku mendapat perhatian.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Illustrasi: Flowering Nose. The Art of Seth.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...