Jumaat, April 17, 2009

Jef Jantan - On location. Day 2







LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Jef Jantan dari mata Didiz

Isnin, April 13, 2009

KUMPULKAN KESEMUANYA


Apa kata perokok tentang foto ngeri atas kotak rokok.
1. "Kotak rokok sekarang semakin cute."- Vovin
2. "I koyakkan gambar dan smoke as usual." - Babe
3. "Saya tak kisah. Saya hisap sheesha je."- Shirou
4. "Kotak Gudang Garam gua tak ada gambar ngeri. Hanya amaran impotensi pemerintah Indon." - Pipiyapong
5. "Aku baru beli cigarette case ala Bond. RM15 kat Sungai Wang. Sekarang, aku hisap rokok macam Jefri Zain." - Mael Muka Surat
6. "Lengkapkan koleksi. Kumpulkan kesemua design." - Tok Rimau

Jumaat, April 10, 2009

KOTAK BERGAMBAR


Sekarang atas kotak rokok, ada macam-macam gambar penyakit. 1/4 ruang kotak diambil untuk menakutkan perokok. Merokok boleh menyebabkan penyakit.

Bukan rokok sahaja yang bawa penyakit. Sepatutnya, atas bungkusan makanan pun mesti ada amaran begitu. Kita mulakan dengan meletak gambar orang amat obese boroi tak ingat dalam keadaan bogel atas bungkusan kentang goreng bergaram McD. Amacam? I'm loving it?




LAWATAN AMBIL BELAJAR
Stanford Entrepreneurship Corner: Great Videos

Khamis, April 09, 2009

LARI-LARI BAPAK DI TAMAN TASIK

 Foto oleh Lan Rasso

Di Universiti Selatan ada satu taman tasik. Tempatnya aman dan cantik. Di sana pelajar-pelajar berkenu dan melontar cebisan roti untuk makanan ikan. Dan ia juga tempat untuk mencuci mata.

Sesampainya di atas jambatan, aku dan Afimon berhenti bejoging. Aku keluarkan botol air dan menogak dengan lahap. Titis-titis menjejes jatuh ke dada baju bercampur dengan keringat olahragawan. Matahari petang yang keemasan menaikkan impak visual dengan menyuluh aku persis seorang simbol seks yang menjolok mata para gadis. Sungguh. Mereka yang tadinya riang memberi ikan makan roti mula mencuri pandang.

Tetapi Afimon merosakkan detik itu dengan merampas perhatian dari aku. Apabila aku bagi botol air kepadanya, dia dengan senang hati mencurahkan air ke dalam tasik.

"Bagi ikan minum," katanya.

Selasa, April 07, 2009

STALKERS

Rajah 1: Gambar Hiasan


Rima: I risau la. Ada kemungkinan Pak Guard tu stalk I.
Ajan: Kenapa kata begitu?
Rima: Semalam dia tegur I, "Jalan seorang je? Mana kawan baik awak?"
Ajan: Hari ni dia tegur lagi ke?
Rima: Tidak. Hari ni dia tidak jaga tempat biasa. Biasanya dia ada situ lepas maghrib.
Ajan: Awak tahu jadual dia. Eh siapa yang stalk siapa ni?
Rima: Jahat.

Ahad, April 05, 2009

CIKGU MASUK PENJARA

Guru bertugas di mana sahaja. Satu kejaya yang mulia. Jika dilihat sebagai beban, ia menjadi beban. Jika ia dibuat sebagai ibadat ikhlas, semuanya menjadi senang.

Jumaat, April 03, 2009

KALAU CINTA SUDAH MELEKAT GULA JAWA RASA COKELAT

Kuah mi rebus boleh disimpan lama dengan cara menempatkannya dalam ruang beku peti sejuk. Esok lusa kalau rasa nak makan, panaskan semula kuah itu dalam periuk. Celur mi kuning dan masukkan dalam kuah itu. Yummy.

Cuaca berbahang. Aku keluarkan bekas plastik Magnolia dari tempat beku. Buka tutupnya. Mmm aiskrim cokelat rupanya. Nampak yummy. Aku ceduk dengan sudu. Suap masuk mulut.

Pfttttt....  ptuih! Apa pasal rasa rempah aiskrim cokelat ni?

.......

Khamis, April 02, 2009

SIHIR GERAKAN SERENTAK

Aku pun sudah lupa sama ada Abdul Wahab atau Abdul Wahib yang memikat awek dengan cara menunjukkan sihir gerakan serentak. Mula dengan tangan kanan tumbuk peha kanan dan tangan kiri gosok peha kiri, kemudian tukar. Ulang. Buat laju-laju hingga hilang kawalan. Bukan main senyum awek-awek bila dihibur begitu. Hati mana la yang tidak tersihir.

Ini ada satu sihir gerakan serentak yang aku mahu kongsi. Ikut arahan aku. Buat gerakan A  dan B serentak.

A. Apungkan kaki kanan di udara dan buat putaran kaki ikut arah jam.
B. Dengan jari telunjuk tangan kanan, lukis nombor 6 di udara.

Apa macam? Boleh buat?

Sekarang kalian sudah tersenyum. Sudah tersihir dengan aku la tu. Hi! Hi! Hi!


.........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Rabu, April 01, 2009

ETIKA MEJA MAKAN

Jika engkau belajar Bahasa Inggeris, antara benda yang engkau belajar paling awal adalah ucap selamat seperti good luck, good morning, good evening, happy holiday, dan sleep tight.

Mula-mula minuman sampai. Aku punya bandung soda. Dean pesan kathira, John pesan jus lobak dan David pesan lobak campur epal.

John kata, "Cheers!" dan kami hantuk-hantuk gelas sebagai tanda kekamian. Tugas pengambaran dokumentari yang kami bikin sekitar Universiti Selatan dan bandar Johor Bahru sudah separuh selesai. Dan berjalan dengan lancar.

Kemudian makanan datang. Aku punya nasi goreng puteri. Dean pesan nasi goreng selasih, John pesan ayam opor dan David pesan beriani gam.

David kata, "Bon Appetit!" dan kami mula menyuap makanan. Ke mulut sendiri.

Kenapa bila ada di antara kami minta diri untuk ke tandas, tiada ucap selamat seperti "Enjoy your toilet!" Kenapa?


.............
REBIU PENDEK: PEREMPUAN SIMPANAN
Hari ini aku dapat buku Perempuan Simpanan yang aku bantu sunting. Kalau kau suka humor, baca separuh je buku ni. Kalau kau suka emo, baca separuh lagi. Tetapi,  kalau kau suka hemor, baca semuanya. Sekian.

Selasa, Mac 31, 2009

KAU BAGAIKAN UDARA


Ajan: Awak bagaikan udara...

Rima: Tanpa saya awak tak boleh hidup?

Ajan: Tak. Awak ada, tapi saya tak nampak.

Rima: Jahat!

.............
Nukilan Penulis Tamu: Mat Jan Jongkang Jongket


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Siri Ajan dan Rima

Sabtu, Mac 28, 2009

KEKASIH BARU

 

 Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Jumaat, Mac 27, 2009

MANUSIA SEMAKIN MALAS

Pukul 10 malam. Tok berjaya rampas remote control. Sorok dalam baju. Hi! Hi! Sekarang semua kena tengok apa yang Tok mahu tengok. 5 minit kemudian Tok tertidur depan TV.

Paginya mereka menyumpah-nyumpah terpaksa layan cerita Tok.

Selasa, Mac 24, 2009

DOA MUSTAJAB

Doa aku semakin mustajab. Mungkin aku akan menjadi wali tidak lama lagi.

Aku selalu kata aku mahukan sebuah motorsikal. Orang kata, kata-kata itu doa. Dengan tidak semena-mena, anak saudara aku yang duduk asrama di Melaka menang satu pertandingan yang hadiahnya sebuah motor Modenas. Tetapi, dia tidak pandai tunggang motor. Kalau dia tidak duduk asrama, boleh juga dia belajar menunggang.

Mahu dijadikan cerita, ayah dan ibu dia juga tidak ada lesen motor. Dan menjadi rahmat dalam penyamaran, kawasan flat tempat mereka tinggal selalu berlaku kecurian motor. Mmm... tiada hadiah untuk meneka, di mana motor baru itu ditempatkan. Bolehlah bila ada masa lapang, petang-petang, awek cun yang mengorat aku membonceng dan kami makan angin keliling kampung. Tekan brek. Tekan brek. Tekan brek. Amacam? Rimautik tak?

Aku kata dengan dia, doa aku semakin mustajab. Mungkin aku menjadi wali tidak lama lagi. Dan dia jawab, "Tidak mustahil sangat. You jadi wali kepada anak perempuan kita." Kemudian dia cubit aku. Tidak sakit tetapi aku kata, "Aduh."


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Like Deco: The maker of Lucky Star Lantern

Ahad, Mac 22, 2009

BOLA CAT



Antara permainan yang dilabel sebagai extreme games adalah Paintball. Sebenarnya tidaklah extreme sangat. Main basketball atau bolasepak lebih senang cedera berbanding main paintball.

Yang extreme tentang paintball cuma bayaran mahalnya. RM50 untuk 200 biji peluru. Main dalam satu jam. Kalau layan wayang, lima cerita boleh tonton tu.

Hafiz main buat pertama kali. Dia tanya aku, sakit ke kalau kena tembak. Aku kata tak sakit. Setakat lebam-lebam macam love bite je. Yang sakitnya kepada yang kena tembak adalah masa dengar sesi cakap besar sambil gelak jin berlagak nak mampus oleh penembak-penembak selepas game habis. Biasalah.

Sabtu, Mac 21, 2009

SEMANGAT SEORANG PELAJAR

10 malam. Semangat gila nak mentelah tetapi gangguan bunyi TV buat Tok tidak fokus. Elok tidur je dulu. Maka, Tok set penggera di telefon untuk kejutkan Tok jam 1 pagi. Zzzz.

1 pagi. Penggera menjerit. Tok tekan snooze.
2 pagi. Peggera menjerit. Tok tekan snooze.
3 pagi. Penggera menjerit. Tok tekan snooze.
.
.
6 pagi. Penggera menjerit. Tok ambil wuduk. Solat. Lepas Subuh rasa ngantuk lagi. Tidur tak lena. Macam ada gangguan setiap satu jam. Tidur semula.

Terjaga jam 10pagi kerana bunyi Ultraman Ace tengah lawan raksasa di TV.

Jumaat, Mac 20, 2009

SENI ATAS KAYU KERAS

Ini mungkin ulangan tetapi hidup ini memang begitu. Satu kitaran kejam. Aku pun hantar sms rungutan kepada kawan aku di KEKWA.

Tok: [Tok nak komplen.]
Dia: [Sila komplen guna saluran yang betul.]

Ada satu kaunter penyambut tetamu di kompleks kraf. Di dalamnya ada dua awek kedekut senyum. Harap kosmetik je tebal tapi muka macam cuka. Muka garang begini seeloknya jadi sekuriti je.

Tok: [Nanti baca blog Tok. Saluran komplen ceria anda.]
Dia: [Ha ha ha ha!]


AGENDA HUJUNG MINGGU ANDA

Teater Muzikal Sirah Junjungan
Tarikh: 09 Mac 2009 - 22 Mac 2009
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya

Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2009
(Kecuali dua orang, penyambut tetamu lain semua peramah)
Tarikh: 19 Mac 2009 - 30 Mac 2009
Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Rabu, Mac 18, 2009

PANGGILAN

Anak murid aku tanya, "Tok apa khabar?"

Aku jawab, "Sihat. Sihat orang tua. Batuk-batuk. Sakit-sakit sendi. Biasalah tu. Kubur bagi missed call la tu."

Dia jawab, ""Owh, really? Kena bertahan la ye. Baru missed call, belum call 3G lagi. He He."

Selasa, Mac 17, 2009

MITOS BAHASA

Katanya, jika engkau pandai Bahasa Inggeris, engkau boleh menguasai sains dan matematik yang bisa memacu negara ke arah negara maju.

Hidup aku sudah hampir ke penghujung. Markah IELTS (International English Language Testing System) aku menunjukkan aku ini "near native." Masih aku belum berjumpa masa untuk guna dy/dx dalam kehidupan.

Ahad, Mac 15, 2009

BOMOH TOLAK HUJAN KE MANA?

Miki tidak tahan lagi. Dia penat basuh rumah setiap kali banjir. Dia sudah beli satu unit rumah jenis pangsapuri. Ada kolam renang saiz olimpik.

"Kalau kau nak berenang datang la ke rumah," katanya. "Kalau hujan, datang ke rumah lama, dan kalau tak hujan, datang rumah baru. Hi! Hi! Hi!"

Miki tidak tahan lagi. Dia penat basuh rumah setiap kali banjir. Dia sudah beli satu unit rumah jenis pangsapuri. Ada kolam renang saiz olimpik.

Jumaat, Mac 13, 2009

PEREMPUAN LEBIH TELITI

4 Lelaki naik teksi:
Penumpang depan akan bayar tambang. Penumpang lain akan tawar untuk bayar balik tetapi penumpang depan akan kata, "Tak payah la. Sikit je."

4 Perempuan naik teksi:
Penumpang depan bayar tambang. Kemudian dia akan tuntut dari penumpang lain bahagian mereka. Penumpang lain korek beg tangan cari siling bagi memastikan tambang yang tepat mengikut kaedah pembahagian tambang kepada empat yang telah dicongak guna PPSMI. Jangan sampai terlebih bayar.

...........

RENUNGAN JUMAAT (pilot episod)


Orang selalu beri amaran kepada aku agar tidak bermain dengan api atau jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.

Khamis, Mac 12, 2009

AKU HANYA KAWAN KETAWA

Dulu, masa dajah empat, secara default budak depan dan belakang rumah engkau, dan sebelah kiri dan kanan rumah engkau adalah kawan engkau. Malah satu taman, satu flat, satu sekolah dan satu kampung kawan engkau. Bukan sahaja senang buat team bola, buat liga pun boleh. Punya la erat persahabatan, pagi gaduh pasal terup, petang dah boleh tangkap ikan sama-sama dalam parit.

Bila usia dah meningkat, mahu cari kawan bukan main punya susah. Mahu berkawan pun ada bersyarat. Kalau gaduh apatah lagi, dendam kesumat berabad simpan dalam dada.

Cuba engkau bilang kawan engkau masa darjah empat dengan kawan engkau sekarang. Macam langit dan bumi beza jumlahnya. Sekarang, semua orang engkau curiga. Nak main solitaire pun tak ada regu.

Selasa, Mac 10, 2009

FAJAR SELUAS ANGKASA

Walaupun dia di antara blogger Melayu yang terawal di Malaysia, ramai di antara kamu tidak kenal Fajar. Dulu, dulu sangat-sangat, aku tinggalkan komen gurauan dalam blog dia, "jiwang betul blog engkau ni." Ayat-ayat dia memang ayat pelembut hati bertentangan dengan aku yang mengeraskan hati.

Tapi. Pagi ini air mata aku mengalir membaca entrinya bertarikh 09.03.09, Untuk Kali Terakhir. Dia ertikan kasih sayang itu dalam patah-patah perkataan yang menyelubung satu peristiwa tentang hidup dan mati. Buat aku insaf.

Lawatan Sambil Belajar
Fajar Seluas Angkasa

Sabtu, Mac 07, 2009

TO KNOW ME IS TO LOVE ME

Foto adik beradik Tok Rimau + mon-mons. Yang rambut panjang tu Yem. Tok tak kisah. Biar la dia simpan rambut tu sebelum kepala dia jadi macam abang-abang dia. ha ha ha.

Jumaat, Mac 06, 2009

5 KENCAN FANTASI

Gwe sedang kangen sama seseorang, oleh itu gwe ingin memulakan satu meme. Bukan Memey. Itu Norman yang punya. Jangan gawat. Sebut betul-betul, meme.

Bila lu kepingin kencan sahaja, bawa dia ke bioskop atau makan di restoran. Klise amat dong ah. Apa ngak ada kencan yang seru lagi dari itu? Nah. Ini gwe senaraikan 5 kencan fantasi yang ngetop pilihan gwe.

1. Main layang-layang dari kertas surat khabar di atas bukit yang berpadang.
2. Hanyut di kali dalam pelampung bersaiz tayar lori dari darat ke baruh.
3. Bekelah di pulau kecil tanpa penghuni dari matahari naik hingga ke petang.
4. Petualangan fotografi dengan Keretapi Tanah Melayu: Johor-Kelantan-Johor.
5. Duduk di stesen bas sambil mengossip orang lalu lalang (fantasi murahan).

Romantik ngak? Jangan tiru dong. Lu bikin sendiri. Apa dong kencan fantasi lu?

Gwe tag meme ni kepada semua warga Universiti Selatan dan ahli Geng Jurnal. Termasuk la kepada kamu, sayang. Madu dan racun gwe.

Khamis, Mac 05, 2009

SEBELAH MASJID BELAKANG MINI MARKET

Pulang dari kerja, aku dapati ada lebih kurang 20 cina berkumpul depan rumah aku. Muka masing-masing ketat macam tidak puas hati mula nak berentap. Aku turun kereta dan berkata, "Apa hal?"

Mereka tidak endahkan aku. Jiran sebelah aku, yang aku selalu lupa nama dia, sedang ditenangkan oleh seorang lain. Aku tidak tahu nama dia kerana aku panggil dia dengan nama universal untuk Cina, Tauke. Tauke itu bertekak dengan seorang apek dalam bahasa Cina. Bahasa mandarin ke atau kantonis ke, aku pun tidak tahu beza. Jiran-jiran Cina lain cuma berdiri tengok. Cuma kadang-kadang tangan tauke menunjuk kepada aku. Nampaknya, secara tidak langsung aku terlibat dalam pergaduhan itu.

Tiba-tiba tauke bercakap dengan aku. Dia pun tidak tahu nama aku. Dia panggil aku dengan nama universal seorang Melayu.

"Encik, betul tak dia ada bawa anjing dia datang gate?"

"Ada. Beberapa kali," jawab aku.

Memang apek tu kalau bawa anjing dia jalan-jalan makan angin, mesti nak berhenti depan pagar jiran sebelah aku. Anjing jantan kalau bertemu anjing jantan lain yang tidak dikenali, mereka akan buat perangai. Macam anjing dengan anjing. Menyalak-nyalak. Aku nak tidur pun tidak senang.

"Ya CCTV pun ada rakam. Dia mahu anjing dia gaduh-gaduh sama anjing saya," tegas tauke.

Rupanya anjing tauke dah mark apek yang selalu acah dia bila dia dalam pagar. Sabit la, bila lepas dari pagar dan nampak orang tu, terus dia gigit. Apek itu pun pukul anjing itu sampai patah kaki. Itu yang jadi gaduh jiran sama jiran.

"Okay la Soli," kata yang tertuduh. Yang ini aku faham sebab macam bunyi orang putih.

Rupanya tadi dia tidak mengaku salah. Bila aku sudah jadi saksi, dia tidak dapat elak lagi. Terus dia minta maaf. Kemudian, mereka pun bersurai. Tetapi muka masing-masing masih ketat macam urusan tidak selesai. Tingallah aku dengan tauke.

"Wa malu la. Wa duduk lama kat sini tak pernah gaduh, sekarang sudah gaduh. Mahu bawak gengster lagi. Wa tak mau la bawak gengster, kawan wa lagi banyak. Mesti dia kalah punya. Kalau nak gaduh juga, one on one la." Masih tidak puas hati walaupun dia sudah maafkan apek tu.

Kemudian tauke tepuk bahu aku, "Jiran-jiran lain semua tak mahu jadi saksi. Thank you la lu ada cakap tadi. Baru semua percaya sama wa. Dia pun ngaku salah."

Aku tiba-tiba teringat wayang, Young and Dangerous. Part 1 sampai Part 4. Alamak. Apa kes yang aku sudah libatkan diri ini?! Plot makin menebal.

Rabu, Mac 04, 2009

NOMBOR 5 PERSIARAN SATU

Aku, kalau ke Kuala Lumpur, jarang sangat melawat adik-adik aku. Mereka sibuk dan aku pun sibuk.

Yem kemalangan sekitar 4 pagi. Dia tidak sedar bila dia kemalangan dan bagaimana dia ke hospital. Doktor scan dia dan sahkan dia boleh keluar sekitar 9 pagi. Yem berkaki ayam, jeans dan bersinglet sahaja. Mukanya lebam. Badannya bercalar. Dia tidak boleh angkat tangan kiri. Dia tidak boleh diajak berbual sangat sebab kesan ubat masih kuat. Aku dan Unos ambil dia di Hospital Kuala Lumpur dan bayar kos rawatan. Aku telefon polis untuk tahu sama ada motor Yem ada di balai atau tidak. Tidak ada. Kami susur jalan pulang Yem dari tempat kerja ke rumahnya. Jumpa motor dia di kawasan Sentul. Kemudian, kami hantar Yem ke rumah Alang di Damansara. Alang boleh bagi rawatan selanjutnya. Mak, abah dan Ipah menyusul dari Johor. Selepas kerja, Hadi pun sampai rumah Alang malam itu.

Kami adik beradik berkumpul. Kami kutuk-kutuk Yem. Perlu ada orang hampir mati baru kami berhenti sibuk.

Isnin, Mac 02, 2009

SEKS DAN KESIHATAN

Deja Vu. Aku syak soalan panas dalam ruang soal jawab Seks dalam majalah-majalah ditulis sendiri oleh sidang pengarang. Kemudian, pengarang akan mengarang jawapan yang berbentuk ceramah.

"Saya berumur 17 tahun. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Kami kerap mengadakan hubungan seks. Seks oral (Seks Lisan?) sahaja. Bla. Bla. Bla. Adakah saya akan hamil? Adakah saya berdosa?" (Ruang Seks dan Kesihatan. Majalah Remaja)

Dulu Sarahmon baca Bintang Kecil. Tetapi sekarang dia sudah 12 tahun. Dia minta belikan majalah Remaja. Maka, aku pun ke kedai majalah. Aku belek majalah itu dan bayar.

Sebelum sampai rumah, aku koyak, renyuk dan buang laman Seks dan Kesihatan. Adakah aku berdosa?

IKLAN
Tiket Jason Mraz. 4th March 2009. 8 Malam. Stadium Negara. Harga RM 65 sahaja. Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya di fadzdiela85.gmail.com (Tuan punya X boleh pergi).

Sabtu, Februari 28, 2009

SELERA

Aku tidak ada selera untuk hidup.

Rabu, Februari 25, 2009

AYAT MESTI POWER

Secara semula jadinya, aku bukan lelaki romantik. Perempuan memang suka dengan lelaki romantik, jadinya aku kena belajar untuk jadi romantik. Don Juan ajar aku, "A simple SMS will go a long way." Dia bagi petua, sebelum tidur ucapkan selamat malam kepada Si Dia:
  1. Good night darling.
  2. Sweet dream sugar.
  3. Mimpikan abang tau.
Sebagai murid yang berdedikasi. Aku mesti lawan tok guru. Mesti buat lebih baik. Oleh itu, masa awek cun yang mengorat aku berkursus di Sabah, aku SMS dia jam 12 tengah malam.
Babeh, malam ni igaukan abang tau.
Amacam? Power tak ayat?

Selasa, Februari 24, 2009

THE WRESTLER

Dalam silat ada buah. Engkau kena hafal buah-buah ini. Jika engkau boleh baca buah lawan engkau, engkau lebih bersedia mematikan gerakannya.

Isnin, Februari 23, 2009

MELAYAN YM CHAT

Dia add aku. Aku accept. Layan je.

Tok Rimau: Engkau gay ke?

Zul: Taklah. Aku lelaki sejati. Ada dua awek lagi.

Tok Rimau: Jarang la pulak lelaki nak berkenalan dengan aku.

Zul: Sebenarnya aku nak cari partner bisnes.

Tok Rimau: Aku tak minat MLM ni. Aku suka duit tapi taklah cinta masyuk sangat dengan duit.

Zul: Bukan MLM. E-Dagang.


Aku dah mula rasa terganggu emosi.

Tok Rimau: Aku bagi engkau peluang. Manalah tahu aku berminat. Jelaskan kepada aku. Pilih perkataan engkau. Kalau aku tak suka aku delete engkau.

Zul: Huh... direct je kau sound. Begini. Aku pelajar universiti. Team aku pun semua budak U. Kami mencari partner. Bisnes ni bukan MLM. E-dagang. Kau tak perlu cari member. Cuma kena buat investment sikit. Dan...

Aku tekan punat delete dan ignore user. Aku rasa puas. Ha! Ha! Ha! Gembira betul aku hari ini. Seperti pemuda gagah perkosa. Betullah kata pakar bahawa Internet menjanjikan kuasa di hujung jari anda. Berapa banyak sudah usahawan yang aku delete. Ha! Ha! Ha! (Ketawa macam George Soros).


Aku rasa aku sudah disenarai-hitam oleh persatuan mereka. Mmm... lepas ni aku layan e-mel Nigerian Black Money pula. Baru antarabangsa sikit kegembiraan aku ini

Jumaat, Februari 20, 2009

KEJOHANAN TERTUTUP

Nama kejohanan itu Kejohanan Futsal Malam Tertutup Universiti Selatan. Nama pasukan futsal kami, The Dish. Lauk.

Perlawanan berlangsung di waktu malam di gelanggang futsal Kolej Kaynain. Gelanggang futsal ni macam gelanggang tennis. Terkepung dengan pagar dawai. Lantai simen. Lampu limpah. Tiada bumbung. Maksudnya, kalau hujan basah la semua.

Masa sesi memanas badan, Hafeez, ayam tambatan kami, merungut dengan aku pasal keadaan gelanggang. "Tak tertutup pun."

Nama kejohanan itu Kejohanan Futsal Malam Tertutup Universiti Selatan. Nama pasukan futsal kami, The Dish. Lauk.

Selasa, Februari 17, 2009

CARI KAYU CARI KAYU

Satu kumpulan akan naik kenu ikut kuala sungai untuk masuk ke dalam hutan. Mereka akan jumpa kumpulan aku yang bergerak ke dalam hutan ikut jalan darat.

Kami dipandu oleh orang asli yang mahir dengan selok belok hutan. Jins namanya. Sungguh. Aku tak tipu.

Jins menunjukkan kami khasiat pokok-pokok kayu hutan. Daun untuk ubat sakit perut. Kayu penghalau setan. Akar penguat tenaga batin. Pucuk ubat kencing manis. Getah pembuang resdung. Buah penahan racun ular. Biji pemikat wanita. Dan macam-macam lagi. Aku ambil banyak  sampel masuk dalam beg.

Dua kumpulan tadi bertemu di tepi sungai. Giliran kumpulan aku pula naik kenu dan meneruskan perjalanan pulang ke kem ikut jalan air. Begitulah kisah aku merentas hutan simpan Mersing.

Sampai di rumah aku tunjukkan kepada Pak Long kayu-kayu penuh khasiat itu.

"Yang ini apa khasiatnya?" Pak Long.

Aku garu kepala kerana aku dah lupa. Aku tak catat.

"Kau rebus semua, kau minum je airnya." Pak Long.

"Tak mahu. Tak mahu la minum air kayu penghalau setan." Aku.

"Pak Long tahu khasiat kayu-kayu ni."

"Nasib baik. Apa dia Pak Long?"

"Kayu-kayu ni elok buat kayu api. Ha! Ha! Ha!" kata Pak Long menyindir.

"Cheh! Cucuk dengan kayu ni kang," kata aku. Dalam hati.

Ahad, Februari 15, 2009

MEMBAIKI GENG UPIN DAN IPIN

Dalam entri sebelum ini, saya seperti berpuas hati dengan filem Geng. Mana boleh! Saya blogger, mesti ada komen. Ha! Ha! Ha! Ada beberapa cara penceritaan Geng boleh dibaiki.

Terlalu banyak watak maka penulis tidak berjaya mengembangkan watak-watak utama kepada 3D. Watak Badrul dan Lim boleh digabungkan. Maka Badrul akan jadi wira tidak sempurna. Seorang hero yang gabra dan clumsy. Baru konflik cinta Badrul dan Kak Ros boleh bergeser.

Watak ketua jahat boleh dihapuskan juga. Ganti dengan Sally sebagai ketua. Maka, Sally akan lebih menonjol jahatnya. Aku akan buat bas yang membawa Badrul rosak kerana near-accident dengan lori Sally. Jadinya ada hubung kait antara konflik orang jahat dan orang baik sejak awal lagi.

Aku juga tidak suka cara Oopet digambarkan. Macam watak cuplikan dari Barbie Mariposa animated. Oopet lebih mirip watak kartun Hollywood berbanding dengan watak lain yang lebih Malaysia. Watak makhluk asing perlu out of this world. Lihat contoh makhluk ET, Ewok, Gremlin, CJ7 dan Ultraman. Makhluk seperti Jenglot mungkin lebih sesuai untuk Oopet.

Babak berulang seperti gelongsor atas tanah dan kenderaan skid seperti drift perlu dikurangkan. Dan isi ruang itu dengan keletahan Upin dan Upin.

Itu sahaja komplen saya. Selebihnya cerita ini best. Gi la beli tiket.

GENG UPIN IPIN



Malam tadi aku dan mon-mon pergi tonton wayang cerita Geng: Pengembaraan Bermula. Fuh! Panggung penuh sampai ke seat paling depan. Orang beratur nak beli tiket je sampai terkeluar dari lobi TGV ke kedai video game. Nasib baik aku call booking awal. Seat pun baik punya.

Kekuatan filem ini adalah pada plot dan lakon layar. Plot Geng menyerupai Harry and the Hendersons (1987) gaul dengan kartun Scooby-do tetapi Geng berjaya suntik unsur tempatan dengan baik dengan isu global sebagai pengikat. Banyak watak dalam filem ini tetapi plot masih boleh bergerak gengan kejelekitan yang efektif. Humor dalam filem ni segar dan dihidangkan secara bersahaja. Aku bagi dua ibu jari jempol untuk filem ni.

Semoga review aku yang membodek ini buat ramai lagi pergi panggung dan Les'Copaque jadi kaya. Pecah pejabat kotak Rm10 juta ke. Biar mereka ada duit dan buat lebih banyak filem lagi.

Watak Fevret: Tok Dalang


Lawatan sambil Belajar
Blog Geng Movie

Rabu, Februari 11, 2009

KERETA SUKAN PIPIYAPONG

Di Kuala Lumpur ada seorang pemuda zuhud bernama Pipiyapong. Pipiyapong adalah seorang pemuda harapan bangsa yang selalu merendah diri dan rajin membantu orang-orang yang lebih tua darinya.

Pipiyapong memiliki sebuah kereta yang diberi nama Kereta Sukan. Kereta Sukan itu juga zuhud seperti tuannya. Ia sebuah kereta lama dua pintu tanpa hawa dingin dan tanpa talipinggang kaledar. Pipiyapong selalu membuat amal dengan membantu menghantar kawan-kawannya ke tempat yang ingin dituju dengan Kereta Sukan zuhud miliknya.

Suatu malam, malam minggu, Tok Rimau dan Vovin meminta bantuan Pipiyapong untuk menghantar mereka pulang dari sebuah majlis sukaria. Pipiyapong pun dengan gembiranya bersetuju. Walaubagaimanapun, Tok Rimau risau jika terserempak dengan benda yang tidak boleh disebut dan mereka mungkin disaman. Tok Rimau mencadangkan mereka bersepakat untuk menipu pasukan Polis Diraja Malaysia bahawa kereta itu baru dibeli dan tuan lamanya tidak memasang talipinggang kaledar. Semua setuju. Maka mereka pun berlepas.

Malam minggu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Terdapat kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak. Vovin kata mungkin ada projek pembaikan jalan di hadapan. Pipiyapong kata mungkin ada kemalangan di hadapan. Tok Rimau kata mungkin ada benda yang mereka tidak boleh sebut. Dalam jarak 100 meter, mereka pun nampak kon, lampu dan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia. Sah la itu benda yang tidak boleh disebut.

Tok Rimau ada terfikir mahu turun dari Kereta Sukan dan jalan kaki sahaja. Biar Pipiyapong dan Vovin yang kena saman. Pun begitu, dia merasakan tidak baik meninggalkan kawan-kawan yang baik hati itu dalam keadaan genting begitu. Maka, dia pun nekad menempuh pancaroba itu bersama-sama.

Pipiyapong cemas. Dia meraba di bawah kerusi. Dia jumpa talipinggang kaledar rosak yang berbelit dan panjang cuma satu kaki. Dia cuba mengenakan talipinggang putus itu di atas perutnya. Kononnya itu talipinggang kaledar.

Vovin juga menjadi cemas. Dia menyelimpang tali beg kamera ke badan. Kononnya itu talipinggang kaledar.

Tok Rimau juga menjadi cemas. Dia mengeluarkan talipinggang kulitnya dan sangkut di bahu. Konon-konon itu talipinggang kaledar.

Mereka melihat sesama sendiri dan bersepakat bahawa mereka kelihatan bodoh sekali. Cemas dan bodoh. Mereka juga sepakat bahawa Polis Diraja Malaysia akan ketawakan mereka kerana bersungguh-sungguh berlakon macam begitu. Lalu, mereka nekad jika disaman, mereka mahu kelihatan bijak. Mereka tidak berpura-pura dengan talipinggang imaginasi dan pasrah dengan takdir.

Mereka berdoa agar Polis Diraja Malaysia membuat operasi motorsikal, bukan kereta. Tetapi semakin mereka menghampiri benda yang tidak boleh disebut itu, semakin mereka nampak banyak kereta ditahan. Mereka bertambah cemas. Tok Rimau menasihatkan Pipiyapong dan Vovin membaca semua ayat Quran yang mereka hafal dan niat kurung diri mereka dalam ayat itu agar mereka kelihatan halimunan. Mereka pun membaca. Sekejap sahaja sudah habis baca kerana mereka hafal sedikit sahaja ayat. Mereka sambung cemas.

Kereta Sukan dipandu perlahan menghampiri benda yang tidak boleh disebut itu. Pipiyapong berhenti di hadapan Polis Diraja Malaysia sambil membuat muka masjid. Vovin dan Tok Rimau juga buat muka masjid dan pandang ke hadapan tidak mahu bertentang mata dengan Polis Diraja Malaysia. Anggota polis yang bertugas cuma melambai tangan memberi isyarat terus jalan. Pipiyapong pun dengan sopannya meneruskan perjalanan. Suasana dalam Kereta Sukan tenang sunyi seperti ada malaikat menyertai mereka bertiga turut menumpang.

500 meter kemudian barulah mereka berasa lega dan sambung bernafas seperti sedia kala. Vovin duduk macam raja sambil ketawa di bangku belakang. Pipiyapong memandu sambil mengeluarkan siku di tingkap agar kelihatan macam abang-abang. Tok Rimau? Tok Rimau tidak perlu keluarkan siku. Dia sudah pun memang abang-abang. Mereka hidup bahagia sehinggalah mereka sampai tempat yang dituju.

Selasa, Februari 10, 2009

Belakang tabir pembikinan Maskara 13


Arahan: Masukkan dialog yang sesuai untuk watak-watak dalam gambar ini.

MANIC MONDAY

I got the Monday Blues on Tuesday. Abah ada pesan, jangan suka sangat, nanti duka.

Khamis, Februari 05, 2009

PUTERI GUNUNG LEDANG


Dia: Jom la pergi Istana Budaya. Ini kali terakhir Tiara berlakon PGL the musical tau.

Aku: I tak pernah pergi Istana Budaya. Ada dress code kan? I nak pakai apa?

Dia: Baju berkolar. Kemas. Jangan pakai jeans koyak. Alah... pakai macam pergi kenduri je.

Aku: I gi kenduri rock je. I rewang kat belakang dapur. Bukan tetamu kehormat duduk kerusi makan damai.

Dia: You berhenti la rock sekejap. Ni majlis high class. Pakai proper sikit.

Aku: Okay. I cari baju batik. Orang tengok pementasan mesti proper. Mmm... orang atas pentas berkemban boleh pulak. Hi hi hi.

Dia: Hi hi hi. Ikut je la. Masuk kandang harimau, mengaum. Masuk kandang kambing, mengembek.


P.S.
Lepas PGL, terus ke Maskara. 8.30 malam. 7 Feb. 2009. Rumah Pena. KL. Gua bertugas jaga parking. Pemandu semua sila tunjuk hemah kepada penjaga parking. Gua rizab parking spot baik untuk lu orang.

Rabu, Februari 04, 2009

BEREBUT KERUSI

Kafe itu selalu sesak dengan orang. Tempat duduk pula amat kurang.

Aku: Edi, tak gi amik lauk?

Edi: Korang amik dulu. Aku jaga kerusi.

Aku: Kau letak fail je kat situ. Itu kira chup la.

Edi: Bahaya. Biar kekasih dirampas orang, kerusi jangan sekali.

Aku: Macam falsafah kerajaan Perak je.

Isnin, Februari 02, 2009

Sabtu, Januari 31, 2009

SORAK HOREY UNTUK RTM @1

Dulu bila RTM buat penjenamaan semula, aku tak rasa apa-apa pun perubahan. Setakat tukar logo, bukan penjenamaan namanya. Setakat tambah pembaca berita cun, bukan penjenamaan namanya. Isinya masih di takuk lama. Awani yang setahun jagung pun lebih matang dari RTM yang entah berapa banyak lilin atas keknya. Kena ambil air sebaldi untuk padamkan agaknya.

Dulu. Itu dulu.

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Sekali menteri bertukar, sekali RTM dijenamakan lagi. Semua dah @1 sekarang. Setakat huruf "a" kerinting tu tak ada aku hairan sangat. Tetapi paling aku suka dalam latihan penjenamaan kali ini adalah RTM 1 jadi macam BBC + Discovery. Macam je. Niat dan cubaan yang bagus tapi masih belum dapat bersaing dengan Awani dan Bernama TV.

Niat tu dah ada. Mungkin terlalu awal untuk menghukum. Janganlah kejam sangat. Kan? Aku nak bersorak agar RTM lebih bermotivasi berlari lebih laju. Teruskan fokus kepada Non-Fiction TV. Lebih dokumentari, lebih berita, lebih talk show. Tapi kurangkan la rancangan menteri-menteri bercakap. Bosan. Lebih baik aku layan Ben 10 di Carton Network. Okay RTM, jangan pandang belakang lagi. Terus maju. Terus laju.

Yang aku nak hukum adalah penerbit-penerbit drama TV Melayu yang mengeluh kerana ruang drama dah kurang. Tidak boleh lagi jual melodrama ahli korporat bercinta mereka tu. Rakyat tak rugi. Sheikh dah ke bulan, mereka masih guna formula Dallas dan Knots Landing. Untuk mereka, gunakan peluang sebaiknya. Apa ada susah, buat la dokumentari pulak. Tambah dokumentari Melayu. Banyak dokumentari boleh buat. Contoh: Parit-parit Di Johor, Dari Setinggan ke Flat, Merancang Sebuah Demo Halal, dan banyak lagi. Kalau tidak idea sangat, datang cari aku. Setakat idea memang aku @1.

Kalau RTM jemput aku ke Blog @1, aku nak pakai baju apa ek? Ha ha ha.

Khamis, Januari 29, 2009

LEBIH KECIL, LEBIH TERAMPIL

Sudah pupus akbar-akhbar bersaiz besar yang boleh dibuat saprah waktu makan malam. Berita Harian pun dah bersaiz comel, zaman dah berubah katanya.

Kempen perubahan Berita Harian ke saiz tabloid dipacu dengan slogan "Lebih Kecil, Lebih Terampil." Jika akak bertuah, akak dapat t-shirt percuma kempen Berita Harian ini. Terpampang di dada baju "Lebih Kecil, Lebih Terampil." Tetapi kak, bukan saya nak kutuk, kalau akak cuma boleh masuk dalam t-shirt bersaiz XXL atau lebih besar sahaja, tolonglah jangan pakai baju tu.

Kalau akak pakai juga, nanti orang kata akak dalam penafian.

Selasa, Januari 27, 2009

TERROR



Sinopsis: Seorang agen Mossad (Israel) mengupah seorang pembunuh tempatan untuk membunuh seorang Al Qaeda di dalam sebuah surau. Plot jahat itu terganggu bila seorang pencuri menggagalkan cubaan bunuh itu secara tidak sengaja.

Isnin, Januari 26, 2009

KASUT BIRU TOK RIMAU

 
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain leather, perforated upper for breathability,  durable toe covering for extra level of durability in high wear areas,  lightweight phylon midsole with maximum volume air-sole unit in the heel for extra comfort. 

Pepatah ada mengatakan:

1. Dia yang menunggu kasut orang mati akan berkaki ayam lama. (Perancis)
2. Aku merungut kerana tidak berkasut sehinggalah aku lihat orang yang tidak berkaki. (Parsi)
3. Jalanlah sebatu dalam sepatu orang lain untuk memahami dia. (Inggeris)
4. Sepasang kasut yang ringan bukanlah syarat tunggal untuk menari. (Danish)
5. Antara bercakap dan berbuat, banyak kasut sudah haus. (Itali)
6. Jangan biarkan kaki engkau berlari lebih laju dari kasut (Scottish)
7. Biasannya tukang kasutlah yang berkasut buruk. (Sicilian)
........
Tambahan:
Kasut yang cantik tidak menjamin permainan yang cantik. (Tok Rimau)

Ahad, Januari 25, 2009

DAM DAM DUM BUNYI MERCUN

Kalau hujan malam ini berterusan hingga ke pagi, jiran Cina aku akan simpan mercun mereka. Boleh la aku tidur nyenyak malam ini.

Kalau hujan berhenti, berdentam-dentum la kejiranan ini. Lebih-lebih lagi pada detik 12 tengah malam. Alang-alang tidak boleh tidur, aku pun turut serta la. Heret kerusi ke laman dan layan bunga api di langit.

Jumaat, Januari 23, 2009

BILIK PENGANTIN

Aku dan anak saudara menyusun semula kerusi selepas usai majlis kahwin adik aku. Sambil-sambil tu kami berbual la.

"Pelik la Pak Ngah"

"Kenapa?"

"Kenapa perempuan-perempuan yang datang merayap masuk samapai ke dalam rumah?"

"Diorang nak tengok bilik pengantin tu."

"Tahu. Tapi kenapa nak tengok bilik pengantin?"

"Entah la. Pak Ngah bukan ensaiklopedia. Pak Ngah tidak tahu semua benda la."

Kenapa ek? (Johor la sangat bunyinya)

Khamis, Januari 22, 2009

LAPISAN MAKNA

"Sorang je?"
"Yang lain dah makan. I makan sorang la."

Aku pasang telinga kepada perbualan Shah dengan seorang wanita yang sedang menceduk lauk di kedai makan. Kemudian, aku tanya Shah kenapa dia tanya sesuatu yang sudah jelas dan terang di mata. Shah membalas dia sebenarnya tegur bertanya khabar sahaja. Mahu tunjuk kemesraan.

Dalam kajian analisa wacana (Discourse Analysis) pertuturan terbahagi kepada tiga:
a ) Locution: perkataan sebenar yang dituturkan
b) Illocution: niat, maksud dan hasrat sebenar penutur ayat
c) Perlocution: impak pertuturan kepada pendengar

Kemudian Shah tengok pinggan aku. Dia nampak tempe dan kuah bening. Dia pun menegur, "Itu je engkau makan?"

"Khabar baik." Jawab aku ringkas. Seolah-olah aku boleh baca fikiran dia.

Aku dan Shah pun ketawa. Ketawa kerana ganjilnya perbualan itu. Bersembur-sembur nasi.

.........
p.s.
Kalian tentu tidak ada komen tentang entri ini sepertimana kalian komen entri sebelumnya. Ha ha ha.

Rabu, Januari 21, 2009

JANGAN PARKING MELINTANG

Lesen kopi janda betul. Setiap kali orang itu parking, mesti keretanya tidak masuk dalam petak parking. Makan dua kotak sekali. Sudah tahap tua pun masih menyusahkan orang.

Tapikan, tidak semua isu parking ini mudah di jawab.

Hari tu anak saudara aku tanya soalan pasal parking yang aku sendiri tidak tahu jawapannya. Mungkin aku perlu talian hayat untuk ini.

"Pak Ngah, orang nak tanya ni."

"Tanya la."

"Jika parking, elok mengadap ke atas atau ke bawah?"

"Mmmm... entah la. Ikut je gerak rasa engkau. Tiada jawapan salah kot."

Sejak aku lahir lagi aku sudah jadi lelaki tetapi soalan cepuemas dia masih lagi aku tidak boleh jawab dengan pasti.

Selasa, Januari 20, 2009

MASKARA 13


Bam! Bam! Bam! Tandakan 7 Feb 2009 dalam diari. 8.00 pm. Kita ada temujanji di Rumah Pena. Ambil poster ini dan letak di blog kamu. Blog kamu bakal kelihatan kool dan sexy.

Supaya kamu nampak lebih hip dan kenal serba-serbi tentang karyawan yang naik pentas, bacalah beberapa soalan temubual artis vs sol-jah dalam siri Bercakap dengan Karyawan di blog Sindiket Sol-jah. Bam! Bam! Bam!

Ahad, Januari 18, 2009

KOPI JANDA



Dari engkau minum kopi di Starbuck, lebih baik engkau minum Kopi Janda. Kenapa?
Howard Shultz, the chairman of Starbucks is an active zionist. (More info)
Aku bukan anti-janda. Nabi pun kahwin dengan janda. Que Haida pun ada cadangan yang sama. Tetapi yang aku mahu bincang adalah soal perniagaan. Nothing personal, just business. Ini soalan cepuemas, adakah Kopi Janda satu pilihan jenama yang baik untuk satu produk?

Ya dan tidak.

Ya, kerana seorang janda sering dikaitkan dengan pengalaman. Mungkin peminum kopi merasakan kopi ini dibuat oleh orang yang berpengalaman.

Tidak, kerana yang membelibelah biasanya kaum isteri. Mereka akan mengelakkan Kopi Janda kerana paranoia suami mereka akan dirampas oleh seorang janda. Ada ruangan testimoni dalam Kopi Janda . Kosong tiada isi. Dalam pembangunan katanya. Mmm... engkau terkejut tak?

Jika pengeluar Kopi Janda mahu buat penjenamaan semula, apakah nama yang sesuai? Kopi Dara? Kopi Janda Muda? Kopi Paste? Kopi Foto? Kopi Dangdut? Kopi Duda? Kopi Bujang? Kopi Jantan? Kopi Pre-Owned?

Sokonglah produk tempatan.

Sabtu, Januari 17, 2009

OTOMATIK

Lelaki bagaimanakah Mobius ini jika dia membiarkan gadis comel menjadi supir kepadanya. Tak gitu? Mobius beranikan juga diri sukarela memandu kereta otomatik milik gadis comel itu, meredah jalan metropolis yang sesak sempit di malam minggu.

Mobius pandu perlahan. Ada tiga sebab kenapa dia pandu perlahan. Pertama kerana dia tidak biasa dengan kereta otomatik. Kedua, dia tidak biasa dengan simpang siur jalan pusat bandar dan ketiga, dia mahu berlama-lama dalam perjalanan. Destinasi dan perjalanan adalah sama penting.

Tangan kiri Mobius pula kekadang meraba-raba mencari sesuatu. Ya sesuatu. Handle gear la. Engkau mesti fikir Mobius cari benda lain. Cheh!  Kaki kirinya pula tertekan-tekan clutch yang halimunan. Mobius memang tidak biasa dengan kereta otomatik.

Malam pun tidak muda lagi. Secara teknikal, waktu itu sudah pagi. 4 pagi. Dengan rasa berat hati mereka berpisah menuju hala masing-masing. Setelah benjanji untuk temujanji yang akan datang, gadis comel itu memandu pulang membelah malam. Mobius mesti meneruskan perjalanan dengan keretanya sendiri.

Sesampainya di tol, kereta Mobius mati enjin. Mobius lupa tekan clutch. Lupa bahawa keretanya manual, bukan otomatik seperti kereta gadis comel.

Jumaat, Januari 16, 2009

EX-GIRLFRIEND

Aku jumpa soalan Ramalan STPM 2009 di blog Nida Madu Lebah. Aku pun salin dan cuba jawab. Soalannya berbunyi begini:

"What If Your Ex-girlfriend/ex-boyfriend said these to you.."

1. Hi, how r ya?
Now that you are gone, I am on the top of the world!

2. Hey! you wanna go to mall?
And do what? Waste money on you? F**k you!

3. I love you..
Repeat telecast. Don't say things you don't mean.

4. Do you want some cookies?
No thank you. Entah-entah ada kemiyan dalam tu.

5. Can u take me a picture?
Okay. Go pose behind that wall.

6. Help me in my homework
Damn it! Do I look like a fool?

7. Here's my gift to you
Put it in the trash can there.

8. Let's just be textmates
No can do. I deleted your numbers long time ago.

9. Do you want me to buy u an iPod?
No. I have everything that I wanted.

10. Let's sit together in the bus..
You know what happens if we sit next to each other. Better not.

11. Hi baby..
Bukan Babi ke? I still remember our last fight.

12. You still cute..
Get your eyes checked.

13. I still love you..
Deja vu.

14. Can I visit your house?
I moved and you are not welcome.

15. Do you love me?
Yes. As much as I love tahi kucing.

Khamis, Januari 15, 2009

HINGUS HIJAU PEKAT

Aku demam. Semua orang nasihat aku untuk minum 100+. Bagus betul kempen pemasaran 100+. Kalah kempen madu, gamat dan air kelapa sebagai ibu ubat tradisional.

Kemudian aku dengar berita di radio kereta dari sebuah stesen radio tidak berbayar:
"Angka korban pengeboman di Gaza meningkat 1000 orang. Manakala artis Syura melaporkan dia akan menumpukan kepada butiknya apabila dia bersara dari bidang seni kelak."

Sepotong berita 1000 kematian bersebelahan sepotong berita artis tempatan (yang aku tak kenal). Demam aku bertambah.

..........

Media dan rakyat Israel sendiri pun buat lebih dari engkau (dalam menentang perang):

Rabu, Januari 14, 2009

DEBU-DEBU HITAM DALAM KALBU

"Pencemaran udara semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kereta di jalanraya. Sepatutnya ada kuota kepada jumlah kereta yang dijual. Lu tengok! Asap dan jerebu mengaburkan pandangan. Debu-debu kotor berterbangan. Ish... apa nak jadik ni! Bak kata mak gua- pagi sidai baju bersih, petang angkat baju kotor." Tangan aku bergerak-gerak macam benggali TV3. Beriya-iya aku bercerita kepada Zainal.

"Eh! Tiba-tiba je merungut pasal pencemaran alam. Apa hal?"

"Gua baru polish kereta semalam, hari ni dah hitam balik."

"Belah la lu!"

Selasa, Januari 13, 2009

KENAPA SINGGAH KALAU TAK MASUK

 
Hampir terpijak. Siapa la letak buku Filem Melayu, Dahulu dan Sekarang oleh Abi (1987) depan pintu aku? Tiada nota pun. Apa la. Apa pun, terimakasih.

Slumdog Millionaire



Gua memang ada soft spot untuk cerita-cerita berlatarbelakang kemiskinan urban. Gua follow perkembangan berita pembikinan Slumdog Millionaire. Tup-tup menang 4 Golden Globes (Best Picture, Director, Screeplay, Music). Dari sebuah filem yang target cuma mahu lepasan DVD, kini mula ke pawagam perdana. Bila la filem ni nak sampai Malaysia. Tapi gua tetap benci Abang Jalal dalam Siapa Mahu Jadi Jutawan.

Lawatan Sambil Belajar
Slumdog


.....Iklan

Subject: Call for Entries: May 13

May 13

Editors: Fathi Aris Omar & Jimadie Shah

Publisher: Gerakbudaya

Preface

This year, May 13 will bring added meaning to all Malaysians, particularly our post-1969 young generation, because we will be marking its 40th year. The Youth Societies and Youth Development Act 2007 defines ‘youth’ as being anyone below the age of 40.

The May 13 incident will be approaching its final year of youth, will become an adult and, therefore, mature. The question now is: have we successfully exorcised the ghost of May 13 and are we showing enough maturity today in facing all issues pertaining to race and religion?

To answer this question, we in Gerakbudaya wish to gather all writings in various forms, sketches and photographs from our youth – in short, expressions of their views on this tragedy.

All contributions will be compiled in a book and published by Gerakbudaya. This book will be officially launched at the 2nd KL Alternative Bookfest (KLAB) on 9-10 May, 2009 at the Annexe, Central Market.

Contents

We will give ample opportunities to contributors whose creations fulfil the theme and criteria stipulated.

The main theme of this book is to get rid of the ghost of May 13, towards a better Malaysia.

Style of writing

The following styles of writing can be applied although you are free to write in any way:

1) Stories from secondary sources like from parents, teachers, members of political parties, lecturers and others

2) Creative writing

3) Interviews with people who were directly involved and experienced the tragedy, political and social leaders and others

4) Open letter to politicians

5) Essay

Each piece of writing that is sent must not exceed 2000 words. There is no minimum limit.

Contributions must be in Bahasa Malaysia or English

For those who are doing sketches or photographs, the contribution must not exceed 4 pages.

Every contribution must bear your own name or widely-known pen name.

Contributors must be 40 years or below, and Malaysian citizens.

Email your contributions and all enquiries with the subject' May 13' to zulhabri(at)gerakbudaya.com

Everyone who contributes will be given 2 copies of the book and a good chance to publish books with Gerakbudaya or with our other publisher, SIRD.

Closing date for all entries is 28 February 2009.

Isnin, Januari 12, 2009

PENGINTIP YANG MENCINTAI AKU

Dr. Ghoulam memberi motivasi untuk Jef Jantan berpaling tadah.

Dr. Ghoulam: Engkau masih bawa kancil Jef? Ikut skim aku, kau pasti pakai kereta besar macam aku. Baru ada kelebihan.

Jef Jantan: Orang yang kekurangan sahaja suka menunjukkan kelebihan. Jef tidak kekurangan.

Dr. Ghoulam: Kau takkan rugi Jef. Ramai menteri sokong aku.

Jef Jantan: Hanya orang yang mahu rebah sahaja yang perlu sokongan.

Dr. Ghoulam: Engkau menghina aku secara melampau Jef. Jalak, hapuskan dia!

Jalak pun tampil berdiri di depan Jef Jantan. Badannya besar sekali. Sambil membuat muka garang, dia menegangkan semua otot-ototnya. Kemudian, dengan sekali sentap dia mengoyak t-shirtnya, mendedahkan otot-otot yang terbaja dengan steroid.

Sabtu, Januari 10, 2009

JANGAN TUA SEBELUM WAKTU

Dia tidak sabar mahu beli krim kacip fatimah untuk sapu pada muka. Cikgu Nora Zain kata kacip fatimah ada elemen anti-penuaan. Krim kacip fatimah mestilah kacip. Ha ha ha.

Kemudian dia tanya aku, "You nampak lebih muda dari usia you. Apa rahsia you?"

"Banyak rahsia I tetapi I boleh kongsi satu je."

"Apa dia?"

"I banyak bergaul dengan orang muda (baca: Vovin, Mat Jan, Samurai dan Pipiyapong*)."

"I pun campur orang-orang muda tapi tidak nampak muda pun I ni. Bertambah tua ada la."

"Ye ke?"

"Ye la. I kan Cikgu Sekolah rendah."

"Mmm. Patut la. Jaga budak-budak sekolah rendah memang formula anti-kemudaan. Ha ha ha."




p.s.
Vovin, Mat Jan, Samurai dan Pipiyapong tidak nampak muda kerana mereka banyak campur orang tua. Ha ha ha.

Khamis, Januari 08, 2009

MALAYA: 500 Early Postcards

 


Saya mahu cadangan kalian sebuah buku. Membaca buku ini buat saya lebih peka kepada nilai-nilai sejarah di persekitaran saya. Saya mula pergi ke lokasi yang sama dan mengambil gambar bagi melihat perbezaan antara dulu dan sekarang.

Tajuk buku: MALAYA: 500 Early Postcards
Penulis: Cheah Jin Seng
Harga: RM100

Causeway, Johor Bahru 1925 vs 2008

Johor Causeway, 1925 (postcard)

 


Masjid Jamek, Kuala Lumpur 1920 vs 2008


Masjid Jamek, KL

............

BUMBUNG AKU LANTAI ORANG REVIEW
The fifth film (BALO) was by far the most hilarious of all, portraying the life of an individual in a complex of cheap flats. This movie basically portrayed every single stereotype I could think of.

From the gossiping mak ciks, to the guy who thinks he's all high and mighty by asking criminals to make amends by writing an essay and returning his cash. However, it showed just how incredibly ridiculous the truth about Malaysians can be portrayed.

Seeing a person being helpful is somehow misconstrued as him having an affair.

How justice is dealt through mob mentality since the police have an SOP to determine the priority of investigating a case.

And even how the elevators in such apartments never seem to be working. Figures..

All in all I enjoyed this one the most for its freshness. Though after watching "Punggok Rindukan Bulan", I definitely wanted a less artsy portrayal of the life in a rundown flat complex.

... Taken From Filmmaker Anonymous

BALO will be shown again; at:
What: FA8 screening at Youth'09
When: Sunday January 11, 09
Time: 3pm - 5pm
Where: Creative Mafia, Mezzanine Flr, Tun Razak 1 Hall, Putra World Trade Center, KL. (take the LRT to PWTC station and cross the road)
Entry fee: FREE. as always. :)

(Psst, Sompek the thug will be there to answer all questions.)

PROTES



Aku menonton sinetron petang. "Lebih banyak jutawan di Indonesia dari di Malaysia," kata aku kepada awek cun yang mengorat aku. Dia ambil masa dalam 4 saat untuk dapat bahawa itu adalah cubaan buat lawak. Biasalah, rupiah memang kena kira juta-juta.

Sebenarnya aku nak bercerita pasal nilai duit. McD menawarkan hadiah misteri (mungkin kentang goreng saiz kecil) setiap kali kita berbelanja lebih RM20 ikut kaunter pandu lalu. Dengan syarat ada pelekat McD atas kaca kereta. Kita rasa kita untung. Lebih nilai untuk wang kita. Bodoh.

Sebenarnya kita tertipu. Kita pandu kereta ke hulu ke hilir dengan pelekat atas kaca kereta, 24/7 kita promosikan McD tetapi dia cuma upah kita jika kita ke kaunter pandu lalu. Itu pun kalau belanja RM20. Berapa kos kentang goreng dan pelekat itu? Sebenarnya lebih nilai untuk wang mereka. Bayar ciput, kita sanggup jadi tukang promosi. Kita promosi produk Amerika.

Dewasa ini, kita terima banyak emel dan sms suruh boikot barangan buatan Amerika, sahabat ketat Israel. Sekali Israel tabur bom, sekali lagi kempen ini dilancar. Musim. Engkau fikir engkau ada kekuatan ke mahu tinggalkan gaya hidup Amerika engkau itu? Boleh hidup tanpa Levi's? McD? Hollywood? Ahh. Aku pun sama. Kita sudah terbiasa dengan produk Amerika sehingga susah amat mahu tukar cara hidup.

Dalam kemiskinan iman dan kelemahan jiwa, aku gagahkan juga cuba buat apa yang aku boleh. Aku terbalikkan pelekat McD atas kaca. Aku buat kenyataan protes. Aku mahu korporat Amerika juga protes keganasan Israel yang melampau itu. Aku akan pandu protes aku ini ke hulu ke hilir 24/7 dan dalam masa yang sama masih boleh nikmati kentang goreng saiz kecil jika aku mahu. Itu sahaja yang aku mampu. Aku rasa ini lebih berkesan dari berhimpun dan menjerit di depan masjid.

Aku pun menonton sinetron petang lagi. "Lebih banyak rupawan di Indonesia dari di Malaysia," kata aku kepada awek cun yang mengorat aku. Dia ambil masa sedetik untuk buat keputusan itu lawak yang busuk. Tidak kelakar. Aku dapat cubitan super kapit berpulas tanda protes. Fuh! Sakit tu.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Tahniah pemenang AWET2008

Rabu, Januari 07, 2009

JEBAK KEKALUTAN

Dr. Ghoulam memandang Jef Jantan penuh jijik. Penuh benci.

"Jef, Jef Jantan, engkau ketinggalan zaman. Dari dulu sampai sekarang, engkau masih dengan fesyen yang sama."

Jef Jantan mengukir senyum sinis.

"Hah!" Jef Jantan berdengus. "Ini Jef, Jef Jantan. Buat apa ikut peredaran zaman, jika zaman boleh ikut peredaran Jef."

Kebencian Dr. Ghoulam terhadap Jef jantan makin menjadi-jadi.

Selasa, Januari 06, 2009

TAG

One of the many routines that I have to deal with is answering tags from people. I've been tagged by this Harimau Pipi Merah, Princess Liyana. Here goes:
1. Do you think you’re hot?
Yes, compared to a lizard. 37 degree celcius.

2. Upload your favorite picture of you. Why do you like that picture?

The photo was taken for "sekadar gambar hiasan" of an article in NST.

4. When was the last time you ate pizza?
Last month.

5. The last song you listen to?
Jangan Lupakan- Nidji


7. What name you would prefer besides yours?
Panthera Tigris

8.People to tag:
None.

9. Who is number one?
10. Number three is having a relationship with?
11. Say something about number five
12. how about number four?
For Q9-12, the answer is none of your business. ha ha ha.

Isnin, Januari 05, 2009

AIYU ANAANTE GUALU

Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang harimau mengaum. Kalau engkau mengembek di kandang harimau, mampus engkau kena gigit tengkuk. Begitulah resam hidup bermasyarakat.

Dalam waktu pejabat, aku berurusan dengan para professional wanita lulusan luar negeri. Jadi, sudah terbiasa kami beraiyu-aiyu (i and you).

Depan pejabat aku pula, pejabat para ustaz-ustaz. Jadi, sudah terbiasa la kami berana-ante. Beraiyu dengan ustaz rasa macam berdosa.

Masa aku duduk di Flat Bukit Chagar, kawan-kawan zaman muda dulu ramai. Kami bergua-lu sahaja.Beraiyu dengan geng sendiri rasa macam pondan.

Yang jadi masalahnya bila bos aku, Puan Roya, telefon aku kat rumah.

"Apasal you tak angkat telefon tadi? Penat I call."

"Biasak la. Gua pergi kedai tadi."

"Amboi! Rocknya."

"Opss sorry. I terlepas."

Nasib baik aku tidak kena gigit tengkuk dengan bos.

Ahad, Januari 04, 2009

GUA BUKAN POLIS FESYEN

"Dulu jeans ni longgar, jadi gua mesti pakai talipinggang. Sekarang, badan gua naik sikit. Lemak pun dah lebih. Pakai jeans ni tanpa talipinggang pun okay. Tak lucut punya," cerita Mobius ketika dia memutar stereng untuk belok ke kanan menuju Stulang Laut.

"What the.. Bukan talipinggang tu. Talipinggang kaledar la. Gua tanya apasal lu tak pakai talipinggang keledar la," jelas gua.

"Oh, anda mampu mengubahnya," sindir Mobius kepada dirinya sendiri sambil tersengih-sengih tarik talipinggang kaledar.

Rabu, Disember 31, 2008

KOMERSIAL



Selamat pengantin baru kepada Mawi dan Ekin. Semoga bahagia hingga ke syurga. Doa yang sama aku titipkan kepada Shalin Zulkifli dan Rita Rudani.

Kecoh la wartawan yang tidak dapat ambil gambar di majlis nikah Mawi dan Ekin. Kelakar juga bila mereka berhujah, tanggungjawab sosial mereka mendapatkan berita untuk pembaca terhalang. Tanggungjawab la sangat membawa berita Mawi dan Ekin. Yang pastinya, kalau Ekin melahirkan nanti, berebut lagi mahukan scoop gambar anak Mawi pula.

Mati itu pasti. Aku pun akan mati. Engkau juga. Agaknya bila Mawi mati, siapa dapat hak eksklusif upacara pengkebumiannya nanti?

Selasa, Disember 30, 2008

SEPARA TIPU



"You jahat. You tipu I."

"I tak tipu. I bagitau separa benar je. Memang benar ada kenduri kahwin di rumah I."

"Hello. You kata you yang kahwin, tetapi sebenarnya adik you yang kahwin."

"Separa benar la tu. Ha ha ha."

"Jahatttt. I tak maafkan you."

"Kalau I minta maaf sungguh-sungguh?"

"I maafkan. Separa maaf."

"Ha ha ha."



Ahad, Disember 28, 2008

BEST OF 2008

 
Untuk majlis adik gua, Epah dan Epin, gua hadiahkan mereka 3 biji periuk saiz ekonomi. Semoga bahagia hingga ke Syurga.


 Hujung tahun adalah musim banjir dan walimah. Kita doakan siang hari cerah agar majlis berjalan dengan lancar. Malam pula kita doakan hujan sehingga dingin sampai ke tulang. Tentu pengantin baru suka. Kan?

Selain dari itu Disember juga masa muhasabah diri. Oleh itu, para Bloggar sekalian bacalah arkib blog kalian dan bikin entri bertajuk 12 entri terbaik untuk 2008.

Jan: Ini Rindu
Feb: To Sir With Love
Mac: Isi Dompet
Apr: Ujang
Mei: Itu Baru Gezek
Jun: Ayat-ayat Cinta
Jul: Jangan Pandang Belakang
Ogo: Yang Remeh dan Yang Temeh
Sep: Letupan Dalam Kereta
Okt: Certot Cinta Kera
Nov: Ikan Terbang Dari Air Keroh
Dis: Babi

Ini tag untuk semua pembaca blog ini.

Jumaat, Disember 26, 2008

ILMU GHAIB DI ASPURA

Budak-budak tabligh datang meronda kawasan asrama menjelang maghrib. Mereka berdakwah ajak orang ke surau untuk berjemaah dan dengar usrah. Kalau engkau terperangkap, tidak sempat lari, terpaksalah engkau layan ceramah mereka. Engkau angguk-angguk kata insyallah. Insyallah itu maknanya engkau akan bersungguh-sungguh berusaha ingin pergi dan engkau cuma tidak akan pergi jika Allah tidak izinkan. Betul tak syeikh?

Satu hari aku terperangkap. Budak-budak berbaju kurta berserban ringkas sudah berada di kaki lima dorm. Dengan pantas aku guna ilmu ghaib dan jadi halimunan.

"Assalamualaikum," kata tiga suara serentak di pintu dorm.

Tidak jawab dosa. Betul tak syeikh?

"Waalaikumsalam," aku jawab dalam hati.

Setelah tiga kali salam cuma berjawab dalam hati, mereka pun beredar.

Line clear. Aku pun keluar dari gerobok. Begitu juga dua tiga orang lain. Bukan dari gerobok yang sama la. Mereka menyorok dalam gerobok mereka sendiri.

Tersengih-sengih memandang sesama sendiri.

Bukannya aku mahu lari dari pendakwah sangat. Aku cuma mahu mengelak berdusta kata "insyaallah" sedangkan aku sudah niat tekad tidak mahu pergi. Aku tidak mahu jadi munafik. Tanda-tanda orang munafik adalah apabila dia berkata-kata, dia berdusta. Betul tak syeikh?

Rabu, Disember 24, 2008

LUPA DIRI

"Di negeri orang jangan lupa diri," kata aku kepada dia di KLIA. Dia akan terbang ke Australia.

"Kalau orang lupa diri nanti, orang tengok MyKad," kata dia loyar buruk.

Pap! Aku ketuk kepala dia dengan majalah yang aku pegang.

"Orang serius ni."

"Baik Pak Ngah."

Selasa, Disember 23, 2008

GATAL

Mobius pakai jeans biru baru. Jarinya di punggung, tergaru-garu.

"Gatal punggung gua. Ada benang terkeluar kot," dia berteori.

"Bukan la," sangkal aku.

"Habis tu?"

"Itu alamat nak dapat duit la tu."

"Lu ingat gua apa?! Hampeh!"

Ketawa kami berderai kuat. Semua orang di kedai mamak memandang kami.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Funny Artsy Stuff: Munkao

MENGENAL DIRI

Flat Bukit Chagar bukan tempat yang baik untuk membesar tetapi percayalah inilah tempat yang mendewasakan. Diabadikan dalam tulisan blog, kemudian dimasukkan ke dalam buku Ayah Kita Bos dan akhirnya diwayangkan sebagai Bumbung Aku Lantai Orang.

Filem pendek itu dimainkan di Annexe, Central Market KL, hujung minggu lepas. Secara amnya penonton memberi reaksi positif tentang karya itu. Vovin turut menonton filem itu dan membuat komen, "engkau tidak boleh tinggalkan Flat Bukit Chagar."

Tidak pernah pula aku berfikir begitu tetapi ada benarnya ulasan Vovin itu. Walaupun flat itu sudah diroboh, kini hanya tinggal padang kosong, aku masih lagi ke sana. Melihat-lihat. Entah apa yang aku cari, aku pun tidak tahu. Mungkin aku mencari diri ku sendiri.

Rabu, Disember 17, 2008

PELEKAT KERETA LUMBA

Kancil aku nampak lusuh benar. Macam kereta pulang perang. Aku pergi kedai solek kereta dan beli pelekat Ralliart. Aku tampal melintang di kaca depan kereta. Fuh! Sekarang kancil aku macam kereta rally yang selalu lumba dalam kebun kelapa sawit.

"Amacam Pak Long?" aku menyoal mengail pujian dari Pak Long.

"Sekarang dah ada sticker Ralliart ni, kancil ni boleh lari laju ke?" Pak Long balas dengan soalan juga.

Hampeh. Esok aku nak cabut sticker ni. Tak tahan aku tengok muka Pak Long yang macam menyindir 24/7.

.......




Synopsis:
Based on a true short story written by Tok Rimau. Directed by Dean Sham. NOW SHOWING
4 p.m. Sunday. 21 Dec. 2008 Central Market Annexe. More info: filmmakersanonymous

Selasa, Disember 16, 2008

BABI

Aku, Vovin dan Mat Jan menanti Naga sambil membelek menu di Old Town Jalan Yap Kwan Seng. Ada tertulis Nissin Noodle with Chicken Ham and Egg.

"Chicken ham? Bukan ham tu babi ke?" tanya Vovin.

"Babi tiruan. Tak pe. Boleh makan," komen Mat Jan.

"Nampak sedap. Aku order ni la," kata Vovin.

Aku pun tidak tahu sama ada kepingan daging itu ayam berperisa babi atau babi berperisa ayam. Ha! Ha! Ha!

Jumaat, Disember 12, 2008

MARAH

"I nak tanya you satu soalan falsafah."

"Silakan. I akan bagi you satu jawapan falsafah juga."

"Kalau awek pakai baju terdedah cleavage, orang lelaki tenung cleavage tu, dia marah tak?"

"Falsafah la sangat."

Selasa, Disember 09, 2008

HO HO HO KATA SANTA

Aku tolak troli dan Pak Long pilih barang yang dia nak beli. Radio siar-raya berdendang lagu Jingle Bell. Ulang-ulang silih ganti lagu Krismas. Loop satu album The Best Xmas Songs agaknya.

Sampai di pokok krismas tinggi 10 kaki, aku pun mengeluh. Raya Haji esok, "tak ada tanda-tanda pun pada hiasan. Krismas dah sampai dulu."

"Hari Natal memang pasal shopping. Raya Haji pasal apa? Pasal korban. Tidak perlu ada hiasan-hisan di shopping complex," sambut Pak Long.

Dush! Aku kena.

Diam sejenak menjilat luka. Bagi laluan kepada malaikat melintas.

"Kenapa kita selalu dapat troli yang roda senget?" aku ubah topik.


..........

Tag:
Question: If you weren't straight, who's the celebrity(s) of the same sex would you ask for date ? from Miszazie.

Answer: I'll date Tok Rimau (writer/actor/director)
 
Ha! Ha! Ha! Vain! Don't hate me 'coz I'm beautiful.

Jumaat, Disember 05, 2008

Khamis, Disember 04, 2008

JABBERWOCKY

"Bang, pakej ni bagus untuk kemahiran Bahasa Inggeris. Bahasa global tu bang. Nak kerja sekarang kalau tidak tahu bahasa Inggeris, menganggur la."

Kadang-kadang mereka datang masa aku makan. Kacau aku sedang suap nasi. Datang pakai talileher membawa pakej English for Workplace Communication. Pakej jualan mereka dalam bentuk buku-buku bersiri dan kepingan CD.

"Brilliant. This is what I've been searching for. Pretty fly."

"Err... err..."

"How long does it take for one to be able to communicate fluently? Dead long eh?"

"Errr..."

Biasanya jurujual alat pembelajaran Bahasa Inggeris akan tergagap-gagap bila aku mula bertutur orang putih. Kalau aku masukkan slang American lagi mereka kaget. Kalau mood aku kejam, aku masukkan perkataan yang aku reka sendiri.

"Don't kiss and tell. Chronotov singular track to the very commanding rimaunism?"

"Errrr..."

Lagi keji, jika aku ada masa, aku baca sajak merapu Lewis Carroll:

'Twas brillig, and the slithy toves
Did gyre and gimble in the wabe;
All mimsy were the borogoves,
And the mome raths outgrabe.


"Errrr... Saya jual je bang. Maaf bang. Saya tidak guna benda ni."

Kasihan mereka. Mereka cari rezeki, aku main-mainkan pula. Ha! Ha! Ha!


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Rabu, Disember 03, 2008

STATUS OF THE DAY AWARD

Status Update Facebook adalah satu seni puisi. Aku suka status:
a) yang membuat aku teruja (ketawa/menangis/tersentuh hati)
b) yang sarat dengan cerita walaupun dalam 1-2 baris ayat.


Oleh itu aku persembahkan Tok Rimau's official selections:

26/11 ADii Ibrahim mengira bijik limau dalam teh o ais limaunya.
27/11 Sham Hardy berkata-kata: kawan biar beribu, admire biar beratus, scandal biar berpuluh, sayang hanya pada satu.. ;p.
28/11 Shah Abg Halil sedang memasak sebuah plot yang cukup bagus untuk meletupkan kebahagiaan orang yang menzaliminya.
29/11 John Hafiz wants someone he can grow old and have plastic surgery with.
30/11 Tiada pemenang: Semua status macam palat. Esok masih ada.
1/12 Affandi Mustapa Sedang memadam nombor telefon kawan² yang tak tahu angkat telefon. Apa guna telefon tu? Miscall saje ke?
2/12 Nurul Asyura kena behave dalam facebook sebab suaminya sudah berfacebook juga... :P.

Selasa, Disember 02, 2008

HARIMAU MENGAKAL SAUDAGAR


Gua berlagak macam jutawan. Gua kata dengan Saudagar Garam, gua akan bayarkan yuran untuk dia dan kawan-kawan masuk Barcamp JB nanti.

Barcamp adalah sebuah persidangan di mana peserta berkongsi ilmu dalam suasana yang terbuka. Barcamp JB (6-7 Dis. 2008) akan menumpukan kepada keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Suka betul Saudagar Garam. Loncat-loncat dia riang. Teruja sangat la tu. Gua pun bagi dia url untuk laman Barcamp JB. Dia pun baca. Dua tiga kali dia baca.

"Lahabau!" kata dia.

"Apasal?" Kata gua.

"Masuk Barcamp ni free je. Mana ada kena bayar."

"Hi! Hi! Hi!"

"Tak pe. Ada ubi ada batas! Ada lori ada bas! Tunggu."



p.s.
Gua juga akan bayar yuran untuk Syed Cengkeh Terpileh dan untuk lu juga. Jom! Sila uar-uarkan.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mari belajar bikin Stop Motion.

Isnin, Disember 01, 2008

CUBIT-CUBIT SENGOL-SENGOL

Aku dan awek cun yang mengorat aku suka pergi majlis perkahwinan. Bukan apa, untuk ambil mood. Nanti malam-malam, aku akan tanya dia soalan muqadimah, "Agak-agaknya, apa pengantin tadi tengah buat masa ni?"

Minggu lepas, kami pergi majlis pengantin yang sama dua kali. Bukan. Bukan pengantin tu kahwin dua kali. Masih pasangan pengantin yang sama. Cuma dua majlis berbeza. Sabtu, aku pergi majlis sebelah perempuan. Ahad pula aku pergi majlis sebelah lelaki.

Aku tidak kenal pun pasangan pengantin. Aku cuma kenal mak bapak mereka. Mak bapak mereka rakan sekerja aku dan mereka ditakdirkan berbesan. Justeru, dapatlah aku dua kad jemputan.

"Macam mana anak akak ni boleh bertemu dengan anak abang tu?" tanya aku memula wawancara.

"Suatu hari kami bersembang. Akak cerita la anak akak tu dah 28. Tak kahwin-kahwin lagi. Akak tanya la dia, anak dara dia tu dah ada yang punya ke? Dia pun bagi nombor telefon anak dia."

"Lepas tu?"

"Selebihnya budak-budak tu punya rancangan."

"Oh begitu kisahnya. Habis anak akak yang belum kahwin tinggal berapa orang?"

"Ada empat orang lagi."

"Akak nak nombor saya?" Aku tersengih. "Kalau... Ouchhhh!"

"Amboi-amboi!" marah awek cun yang mengorat aku. Ibu jari dan telunjuknya menguatkan kapit cubitan di pinggang. Fasa kedua adalah memulas cubitan itu.

"Adehhhhh! Deh! Deh!"



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Seni tajuk filem.

KEBAS 2

 100 copies